Bio Essence Miracle Bio Water; Memang Miracle!

14 November


Produk Bio-Essence Miracle Bio Water ni dah lama juga berada dalam pasaran, tapi saya baru lagi cuba guna dalam tahun ni. Kulit saya sebenarnya agak sensitif, jadi saya takut nak cuba produk baru, takut nanti kulit bertambah teruk. Ni pun sebenarnya Mama yang cadangkan supaya saya cuba Miracle Water ni. Honestly, I didnt regret trying it at all! Sebab sekarang produk ni dah pun menjadi kegemaran saya. Nak tahu apa yang membuatkan saya rasa Miracle Bio Water ni memang betul-betul miracle?! Teruskan membaca untuk mengetahui keajaibannya yaa.



Kulit saya jenis kering, tapi saya tak boleh guna pelembab secara sebarangan je sebab kalau tersalah pilih pelembab, terutamanya yang jenis berminyak, kulit saya akan mudah naik jerawat dan whitehead. Kalau nak pakai pelindung matahari (sunblock) pun tak boleh yang lebih tinggi daripada SPF30. Jadi, saya terpaksa pilih pelembab dengan teliti sebab taknak kulit jadi makin teruk. Miracle Bio Water ni berfungsi untuk menyejukkan dan menghidratkan kulit dengan kandungan garam yang rendah. Okay, seperti yang kita tahu, kandungan garam yang terlalu tinggi akan mengeringkan kulit kan? Dalam Miracle Bio Water ni, kandungan garamnya rendah, maka kesannya kulit akan jadi lebih lembab.


Another thing that I love about this Miracle Bio Water is the refreshing effect it gave immediately after a good spray. Rasa segar je, penat kat mata pun kurang. Saya selalu bawa botol yang paling kecil tu dalam beg, senang. Masa tengah duduk kat perpustakaan ke, kalau rasa mengantuk tu, haa sembur je. Masa tengah memandu pun sama, kalau jalan jammed dan mata rasa penat, mesti saya sembur sikit. Terus rasa sejuk dan segar.


Okay, satu lagi keajaiban yang palinggg saya suka tentang Miracle Bio Water ni ialah keberkesanannya dalam meredakan merah-merah atau bintik-bintik pada muka saya. Sebenarnya saya pun tak pasti kenapa muka saya senang sangat naik merah-merah secara tiba-tiba, mungkin sebab saya alah dengan bulu kucing (tapi tetap suka main kucing), mungkin sebab makan makanan laut, atau kadang-kadang mungkin sebab sumber air yang kurang bersih kat kolej ke kan (mungkin). Tapi yang pasti memang muka saya kerap naik merah-merah macam gatal (tapi takdelah gatal sangat pun), dannn Miracle Bio Water ni lah penyelamat keadaan! Sembur je sikit, mesti reda dah merah-merah tu. Rasa selesa je, takde gatal-gatal dah.


Saya suka ketiga-tiga saiz botol Miracle Bio Water ni. Botol yang paling besar tu (300ml) memang saya simpan untuk kegunaan dalam bilik. Botol sederhana tu pula (100ml) saya simpan dalam kereta. Tapi tengok cuaca jugalah, kalau panas sangat saya tak adalah simpan dalam kereta. Haa botol yang paling kecil tu pula (30ml) saya bawa dalam beg je. Sangat praktikal. Tapi tu lah, botol kecil tu cepat sangat pula habis huhu. Yang botol besar tu tahan lama juga, hampir sebulan baru habis sebotol. Saya pula memang jenis sembur berbelas-belas kali sehari haha.


Oh ya, saya juga suka sembur benda ni setiap kali lepas pakai make up sebagai setting spray. Make up harian saya takdelah tebal mana, foundation pun tak pakai, tapi saya perasan yang make up akan tahan lebih lama dan muka pun nampak lebih segar lepas saya guna spray ni. Huish, banyak betul kegunaan produk ni, miracle betul kan?! Btw, saya turut menggunakan satu lagi produk dalam rangkaian Miracle Water ni, iaitu pencuci muka Miracle Bio Water Cleansing Gel. I will make a separate review for that one soon.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Bio Essence Miracle Bio Water atau produk lain, bolehlah lawat laman FB mereka ye -- https://www.facebook.com/bioessencemalaysia/.

Thanks for reading!
Zulfati Izazi.

You Might Also Like

0 comments