Kafe Gelaihh, Penang

07 November


Gelaihh ialah sebutan gelas dalam dialek utara. Tudiaaa memang kena sangatlah nama kafe yang terletak di Bukit Jambul, Pulau Pinang ni kan. Kafe ni sebenarnya baru lagi dibuka, tak sampai sebulan pun lagi. Saya pun dapat tahu tentang kafe ni melalui laman Facebook Penang Kini.



Suasana kafe ni ringkas je, tapi sangat menarik. Sesuai dengan logo Gelaihh, perabot dan hiasan dalamannya pun banyak mengetengahkan warna hitam dan putih. Haa tapi tapiii, Jaji sebenarnya agak terkejut dengan harga makanan kat sini tau! Huhuuu.

Sebabbb, tak sangka kat kafe cantik macam ni pun, semangkuk laksa cuma RM5.00 jeee. Sama macam harga yang kita boleh dapat kat kedai yang biasa-biasa. *Psst, kalau kat KL, gerai tepi jalan pun jual laksa RM5.00 okay huhu*


Ni pula senarai harga makanan lain yang ada kat sini. Honestly for me, the price is a quite okay, not too pricey.  Its still possible to eat with only RM10.00 per person here. Haa tengoklah senarai minuman tu kannn, macam-macam ada. Kalau tak pasti apa rasa minuman tu berdasarkan nama, boleh terus tanya kat pekerja kedai ni sebab mereka semua memang ramah melayan pelanggan.


Disebabkan saya datang dengan seorang kawan je, maka kami hanya mampu memesan dua jenis makanan je lah. Sebenarnya kalau ikutkan hati nak pesan banyak lagi *tamak betul haha*, sebab nama makanan dalam menu dia semua nampak menarik okayyy. Jadi saya pilih untuk cuba Penang laksa, dan kawan saya pula pilih Grilled Chicken Pasta. Sebenarnya lama juga kami ambil masa untuk buat pilihan, sampailah tuan kedai sendiri yang datang dan bagi cadangan pada kami hehehe.



Haa tahu tak, laksa Penang yang sebenar mestilah menggunakan laksa yang agak jernih, sedikit liat, dan panjang-panjang. Kalau anda makan laksa Penang tapi laksa dia lembik dan putus-putus, maknanya tu bukan laksa Penang yang sebenar! Jeng jenggg. Menurut Puan Ash (tuan kedai), resepi laksa yang digunakan di Gelaihh ni sebenarnya diambil dari orang Cina, cuma dah diolah dan dipastikan kehalalannya. Jadi kepada anda yang teringin nak makan laksa Penang halal, mai lah pekena kat Gelaihh ni okay!

*Makan laksa pun pakai bib sebab taknak bagi tudung kotor! Hahaha gigih*


Untuk Grilled Chicken Pasta ni pula, rasanya memang seindah rupa. Saya mula-mula tertarik dengan pinggan cantik dan ayam yang agak besar tu hehe, lepas dah cuba rasa sikit, saya tertarik pula dengan kesedapan hidangan pasta ni. Sos pasta tu memang sedap. Saiz hidangan pun agak berbaloi dengan harganya.




Dah nama pun Gelaihh, tak sah lah kalau tak cuba minuman yang menjadi signature kafe ni kan. Seperti yang dicadangkan oleh Puan Ash, saya memilih minuman Snickers dalam gelas sederhana (kiri) dan kawan saya pula pilih Vanilla Latte dalam gelas besar (kanan). Untuk yang Snickers tu, rasanya memang betul-betul macam coklat Snickers, cuma dalam bentuk minuman. Oh btw seperti biasa, minuman yang saya pesan mestilah kurang manis. Haa walaupun kurang manis, air Snickers saya tetap sedap!


Inilah dia Puan Ash, tuan kedai yang sangat peramah. Katanya, lepas ni mereka akan keluarkan menu baru pula, antaranya nasi tomato. Kedai mereka pun sebenarnya masih dalam proses dekorasi, banyak lagi dinding yang belum 'diconteng'. Oh ya, kat sini pun ada hidangan shell out tauuu. Memang saya nak kena datang lagilah lepas ni! Hehee.

Kafe Gelaihh:

Alamat:

31-1-5 The CEO, Lebuh Nipah 7, Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.
Waktu operasi:
1 petang - 11 malam



Terima kasih kerana membaca!
Love,
Jaji

You Might Also Like

5 comments