Nyonya Laksa TERBAIK di Old Malaya Kopitiam
02 NovemberPada satu hari yang indah, sahabat saya Dr. Alia Zurina mengajak saya untuk menemaninya membeli-belah di sekitar Bangi Sentral. Ramai yang sedia maklum bahawa Bangi Sentral memang tempat menghabiskan duit hahaha sebab kat situ ada banyak butik fesyen muslimah macam Bella Ammara, Sugarscarf, Zawara, dan baaanyak lagi. Haa jadi lepas dah puas keluar masuk butik, mestilah kami lapar kan. Fikir punya fikir (hey mestilah fikir, sebab soalan "nak makan mana?" tu kan soalan yang paling susah! haha), kami pun memutuskan untuk ke Bangi Gateway pula.
Setibanya di Bangi Gateway, kami seakan-akan terpanggil untuk menjejakkan kaki ke dalam restoran Old Malaya Kopitiam ni. Suasananya cozy, dan kehadiran ramai pelanggan biasanya menandakan yang makanan kat tempat ni memang sedap. Jadi disebabkan dah lapar, kami pun terus masuk dan duduk. Tak perlu tunggu lama, pelayan dah datang bawa menu dah. Comel okay menu dia, macam buku sekolah zaman dulu hehe.
Perbualan sebelum memesan makanan:
Alia: Babe I lapar gila sebab tak makan apa-apa lagi dari pagi. I nak order nasi beriani ayam ni.
Jaji: Okay. I teman you makan je sebab I dah makan bihun sup pagi tadi, kenyang lagi.
Apabila pelayan tiba:
Pelayan: Maaf cik, nasi beriani ayam takde.
Alia: *berfikir seketika* Okay kalau macam tu bagi saya nasi lemak ayam rendang ni lah.
Jaji: *tak tahu kenapa tiba-tiba rasa nak pesan makanan juga padahal tadi kata dah kenyang?!* Saya pula bagi asam laksa ni ye.
Pelayan: Maaf asam laksa pun takde.
Jaji: *masih nak pesan makanan walaupun dalam hati dah kata tak payah* Oh okay, kalau macam tu bagi nyonya laksa ni lah.
*tengah sabar menunggu makanan* |
Nasi Lemak Ayam Rendang - RM13.90 |
Nyonya Laksa - RM9.90 |
Waktu operasi: 9 pagi - 11 malam
Thanks for reading
Love,
Jaji
0 comments