Cabaran Disember: Air Lemon!
05 DecemberRamai yang tahu bahawa buah lemon mempunyai pelbagai khasiat, terutamanya untuk detox. Menurut pembacaan saya, air lemon boleh mempercepatkan metabolisma, jadi apabila metabolisma semakin tinggi, maka aktiviti pembakaran lemak pun menjadi lebih pantas. Selain tu, lemon juga mengandungi antioksidan yang mampu melindungi sel-sel badan daripada rosak. Haa dan yang paling semua orang tahu, lemon sangat kaya dengan vitamin C yang mampu mencantikkan kulit.
Nampak tak hirisan lemon kat dalam tu? |
Fungsi botol tu sebenarnya bukan apa, sekadar nak menyuntik semangat saya untuk rajin minum air lemon ni je, sebab botol tu comel sangat! Hehehe. Terima kasihlah KitKat sebab bagi botol tu percuma dengan pembelian sebungkus KitKat. *makan coklat makan juga, tapi detox tetap detox yee hehe*
Ringkas je kan cabaran ni? Jomlah buat sama-sama! Tak sabar nak tunggu hasilnya pada akhir bulan nanti. Mungkinkah berat akan turun sikit? Atau mungkin kulit akan menjadi lebih berseri? Hehe sama-sama kita cuba ye!
Terima kasih kerana membaca,
Salam sayang,
Jaji.
0 comments