Psst, Pentingnya Pakai Sports Bra!

11 December



Syyhh, entri kali ni memang khas untuk kita-kita je tauuu (kaum perempuan semestinya). Saya nak kongsi sikit tentang pentingnyaaa kita memakai bra sukan (sports bra) masa bersukan dan bersenam, terutamanya ketika berlari atau berjoging. Sebagai seorang yang suka makan, saya juga mestilah kena 'suka' bersenam kan (hehehe).

Senaman yang biasa saya lakukan adalah jenis workout yang boleh dibuat dalam bilik dan juga berjoging. Kadang-kadang kalau tengah rajin, saya akan workout pada waktu pagi dan berjoging pada waktu petang. Kalau tengah malas sikit, saya selang-selikan rutin senaman tu, contohnya kalau hari ni dah workout, esoknya saya akan joging pula. *kalau tengah malas banyak, kadang-kadang seminggu tu langsung tak bersenam ish ish, jangan tiru aksi ini* :p

Apabila kita bersenam, badan kita akan bergerak dan kulit juga akan cenderung untuk mengalami perubahan. Pada bahagian dada wanita, ada ligamen Cooper yang akan mengendur sekiranya tidak mempunyai sokongan yang baik. Oleh itu, semasa bersenam, dada memerlukan sokongan yang lebih supaya tidak mudah kendur. Maka, salah satu cara terbaik untuk melindunginya adalah dengan memakai sports bra yang sesuai.

Tips Memilih Sports Bra:



1. Saiz


Sama seperti memilih bra biasa, sports bra juga tidak boleh terlalu ketat (sehingga menimbulkan kerengsaan pada kulit atau menyekat aliran darah) dan tidak boleh terlalu longgar sehingga tiada sokongan langsung pula. Pilihlah saiz yang benar-benar sepadan supaya anda selesa ketika bersenam. Kalau boleh masa tengah fitting bra tu, cuba angkat tangan ke atas untuk pastikan yang saiz tu memang betul-betul ngam. My choice are these 'techfit' sports bras by Adidas.

2. Material 


Material sports bra pilihan saya adalah daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh. Macam sports bra Adidas daripada siri Climalite ni, fabriknya memang sangat menyerap peluh dan cepat pula kering. Its says "made from recycled yarn" on the tags. Kalau boleh, elakkan bra yang diperbuat daripada kain kapas (cotton) sebab walaupun menyerap peluh, kain kapas agak lambat kering dan boleh menimbulkan ketidakselesaan.


3. Jenis

Black and pink!
Jenis ni pada saya adalah dari segi reka bentuk bra tu sendiri, sama ada yang boleh disarung terus macam yang saya punya ni, atau yang direka dengan fungsi zip. Ada juga jenis sports bra yang boleh disilang talinya tu. Terpulang pada cita rasa masing-masing kan. Ada macam-macam rekaan sports bra yang cantik-cantik sekarang ni.


Apa akan jadi kalau tak pakai sports bra masa bersukan atau bersenam?

Macam yang saya dah sebut tadi, kulit akan mudah jadi kendur. Rugilah kan kalau badan dah cantik sebab rajin bersenam, tapi kulit pula tak cantik kan? Haaa. Lagipun, keselesaan yang kita rasa masa bersenam dengan sports bra memang sangat berbeza jika dibandingkan dengan bra biasa tau. Kalau sesiapa yang pernah cuba joging pakai bra biasa mesti tahu betapa tak selesanyaaa rasa dia kan haha.


Oh ya, lepas pakai sports bra mesti semangat nak bersenam tu pun makin meningkat haha, sebab selalunya kalau tengok model-model yang pakai sports bra ni semua cantik-cantik kan, jadi secara tak langsung kita pun lebih bersemangat nak bersenam untuk dapatkan fizikal yang cantik macam mereka juga! Hehehe, May these tips help you in finding the right supporter for your breasts. If you havent had a sports bra already, you really should think about getting a pair or two!

Terima kasih kerana membaca
Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments