Texas Chicken is Finally in Penang!

22 January


Empat hari yang lalu (19/1/2017), restoran makanan segera Texas Chicken telah membuka cawangannya di Pulau Pinang! Saya memang penggemar ayam goreng Texas Chicken ni, dan biasanya kalau saya teringin nak makan, kena tunggu balik KL baru dapat. Kadang-kadang tak sempat sampai rumah lagi, dekat KLIA2 tu saya dah singgah makan kat cawangannya di situ hehehe. Where in Penang exactly is this Texas Chicken? Please, continue reading.




Tadaaa, Texas Chicken terletak di tingkat LG, 1st Avenue Mall di Georgetown. Sekarang, tak perlulah saya tunggu sebulan sekali bila teringin nak makan ayam goreng yang rangup ni, sebab saya hanya perlu memandu kira-kira 15 minit je untuk sampai ke 1st Avenue.


Untuk empat hari pertama pembukaannya di sini, macam-macam promosi yang ada tau. Ada percuma ayam goreng, burger, beg pun ada. Semasa kunjungan saya semalam, saya berbelanja lebih daripada RM35.00, jadi dapatlah satu beg serbaguna dan sampul angpow. Sambutan warga Penang terhadap Texas Chicken memang sangat menggalakkan. Beratur panjang sampai ke luar kedai okay!



Apa yang best sangat ayam goreng Texas ni?! Haaa, pada saya, ayam gorengnya kurang berminyak dan kerangupannya pun tak buat kita cepat muak. Coleslaw dia pula segar je, sayur dia memang betul-betul rasa sayur. Oh lagi satu, honey butter biscuits dia pun sedap tau! Memang tak dapat kat tempat lain. Alamak, maacam mana nak diet ni?!


P/s: Tak sangka hajat yang saya suarakan di Twitter beberapa bulan lepas kini dah menjadi kenyataan hehehee. Next, Dunkin Donuts please?!


Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

1 comments

  1. bila nak bawak kita pi sini? jom pi sinilah xpyah pi kapit hhahahah

    ReplyDelete