Breakfast: January - February Favourites!

16 February


Sebagai individu yang menjalani hidup yang aktif (lah jugak), sarapan adalah amat penting untuk saya. Saya jarang tinggal sarapan, melainkan kalau dah memang tak sempat langsung. Untuk sarapan, saya tak berapa gemar makan makanan yang terlalu berat, lagi-lagi kalau saya ada hari yang penting untuk dijalani, sebab takut nanti mengantuk. Jadi, saya pilih makanan yang tak terlalu berat, tapi masih mampu memberikan khasiat dan tenaga yang cukup untuk saya menjalani hari saya. Okay, ayat iklan sangat! Hehehe. :p Menu sarapan saya kerap bertukar-tukar, sebab kalau asyik makan benda yang sama je kadang-kadang bosan juga kan. Jadi, sekitar bulan Januari dan Februari 2017 ni, ada dua benda yang menjadi peneman pagi saya. Teruskan membaca ya!





Tadaaa, my January - February favourite breakfast combo; Belvita Breakfast biscuits and Rizqi milk! I discovered Belvita when I first saw their advertisement on Youtube earlier this year. Susu kambing Rizqi tu pula memang dah lama saya minum. Rasanya memang sedap! Saya pernah campurkan susu Rizqi dalam satu lagi menu sarapan kegemaran saya iaitu oat. Boleh klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut ya.



Berbalik kepada Belvita, biskut ni terdapat dalam dua variasi, iaitu Milk & Cereal dan Honey & Chocolate. The one in photos is in the flavour Honey & Chocolate. The biscuit itself already taste so good, but I love it better with some warm milk! Susu Rizqi tu saya akan bancuh dengan air panas, dan kemudian cicahkan biskut Belvita. Memang sedap!

*Please ignore the background, there is only so much space to take photos in my college room*

Anggaran jumlah kalori untuk kombo sarapan saya ni adalah kira-kira 150kcal (kalau makan sepaket Belvita) atau 250kcal (untuk dua paket Belvita). Satu paket Belvita ada dua keping biskut. Satu keping biskut ada kira-kira 45kcal, dan segelas susu Rizqi pula kira-kira 52kcal. Pada saya, jumlah kalori ni dah cukup untuk memberikan tenaga pada waktu pagi sementara menunggu waktu makan tengah hari tiba. Menu makan tengah hari di negara kita ni kan sedap-sedap belaka, lagi-lagi kalau makan nasi campur hehe. Jadi saya 'simpan' perut untuk makan tengah hari dengan hanya memakan biskut dan susu pada waktu pagi.

Oh ya, kalau anda nak tahu tentang diet kalori yang saya amalkan, boleh baca kat sini ye. Saya ni bukanlah jenis yang sekat makan sepanjang masa, sebab makan tu kan menggembirakan! Haha. Cuma, saya pantau jumlah pengambilan kalori saya setiap hari sebab badan saya sangatlah cepat naik. Kalau tak jaga, memang cepat je naik 2-3kg *lap air mata jap*. Diet kalori juga membantu saya untuk mengurangkan pengambilan makanan manis dan bergula, sebab sebenarnya gula tu je dah tinggi kandungan kalorinya. Jadi, diet bukan hanya untuk kurus ye, tapi juga untuk menjaga kesihatan.

Baiklah, sampai sini je dulu perkongsian saya tentang sarapan kegemaran saya buat masa ni. Bagaimana pula dengan anda? Kalau anda ada menu sarapan sihat dan berkhasiat yang menarik, mohon kongsikan ye!

Terima kasih kerana membaca!
Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments