Things I Do for Money - Part1

11 February


Hi everyone! I've been really busy with work and studies lately. I work during the day and I write my thesis during the night. But, now that I have submitted my draft, I can start blogging again. Yay! Jadi, seperti yang dijanjikan dalam post saya sebelum ni, saya akan kongsikan cara saya mendapatkan duit. Yaaa, duit... duittt... *suara bisikan halus* hahaha. Semua orang nakkan duit kan? Walaupun kita semua tahu bahawa duit bukanlah segalanya, tapi kita tetap perlukan duit demi kelangsungan hidup. Nak makan, nak membeli-belah, nak bayar yuran, semualah. Semuanya perlukan duit, kan? Duit tu takkan datang bergolek kalau kita tak berusaha. Jadi, sebagai seorang pelajar yang masih belum ada kerjaya tetap, apa agaknya yang saya buat untuk dapatkan duit poket lebih ye? Kalau nak tahu, teruskanlah membaca! :D



In this post entitled Things I Do For Money - Part 1, I'm just going to share about ONE thing that can get me money. Satu post, satu cerita je dulu. Yelah, mana boleh kongsi semua rahsia sekaligus kan?! Hehehe. :p And that one thing is... *drum rolls*

SELLING YOUR USED STUFFS!

Yesss. This would really work, especially if you're a shopaholic who just can stop shopping! Haha. Kadang-kadang ada barang tu kita pakai sekali je, lepas tu tak rasa nak pakai dah kan. Jadi, jual barang-barang kita yang masih elok, tapi kita dah tak rasa nak pakai atau memang kita dah tak perlukan lagi, atau dalam kata lain, PRELOVED.

Menjual barangan preloved atau terpakai dah jadi satu trend sekarang kan. Ramai yang selesa untuk menjual dan membeli barangan terpakai. Saya sebenarnya memang berjiwa thrifter sejak dulu lagi. Sebelum wujudnya medium dalam talian macam Carousell atau mudah.my, saya suka jalan-jalan ke kedai barangan terpakai dan pasar-pasar yang ada jual barangan terpakai. Dulu banyak kedai-kedai barangan terpakai macam Cash Converters (masih ada sampai sekarang) dan Buy Sell Trade (banyak cawangannya dah ditutup). Kedai-kedai yang jual baju dan beg bundle, serta kedai barangan terpakai dari negara tertentu macam Jepun dan Korea pun saya suka pergi juga. Kalau duduk dalam kedai macam tu, boleh lupa diri tau haha, sebab saya akan leka belek satu persatu barang dan kadang-kadang terbayangkan nostalgia barang tu, lagi-lagi kalau barang tu antik.

Semasa menjual barangan IzaziKL dan barang preloved di USM tahun lalu

Berbalik kepada jualan barang preloved tadi. Jika anda ada ruang untuk buka gerai di mana-mana pasar atau carboot sale, jangan lepaskan peluang tu. Jika tidak, anda boleh juga jual barang anda secara dalam talian. Salah satu cara untuk anda iklankan barang preloved anda secara online adalah melalui aplikasi Carousell. Saya dah pernah cerita tentang Carousell sebelum ni, jadi anda bolehlah baca kat pautan di bawah ni ye:



Selain Carousell, anda juga boleh iklankan barang tu secara terus kepada followers media sosial anda, seperti Facebook, Instagram, dan Twitter. Apa yang anda perlu buat sebelum anda iklankan barang terpakai tu ye? Haa kalau saya, saya buat seperti langkah-langkah berikut:

1. Periksa dulu keadaan barang tu, sama ada masih boleh dijual semula atau tak. Jangan disebabkan kita rakus nak menjual, kita terjual pula barang yang tak elok, hmm.
2. Ambil gambar barang dengan cantik. Tekankan ciri-ciri istimewa barang tu dalam gambar, contohnya kalau barang tu ada jenama, ambillah gambar jenama dia. Kalau barang tu ada rosak sikit-sikit pun, ambil gambar juga supaya bakal pembeli jelas dengan keadaan sebenar barang tu dan tak rasa tertipu nanti.
3. Barang dah ada, gambar pun dah ada, haa jadi dah bolehlah diiklankan.
4. Masa buat iklan, gunakan ayat yang menarik supaya orang rasa nak beliii, dan yang penting huraikan ciri-ciri barang tu dengan jujur serta alasan anda menjual barang tersebut. Contohnya macam "nak jual baju ni sebab tersalah beli saiz" (selalu terkena kat Jaji haha), "nak jual buku ni sebab dah habis baca", dan sebagainya.
5. Lepas dah ada pembeli, bincanglah dengannya tentang urusan pengeposan atau meet up/COD (cash on delivery).

You can also sell gently used make ups online! But make sure theyre clean and hygenic.

Basically you can sell almost anything, yes, anything! One man's trash is another man's treasure, right? Mungkin ada orang yang tercari-cari barang yang kita dah tak nak pakai tu, jadi tak rugi pun kalau kita cuba iklankan. Untung-untung dapat duit lebih kan! Haha. Walaupun tak banyak, tapi cukuplah untuk buat duit makan seminggu dua kan? Sekurang-kurangnya kita manfaatkan juga barang-barang yang masih elok tu. Okay sampai sini je perkongsian  tentang cara saya buat duit poket lebih, hehee. Nanti Jaji akan kongsikan lagi ye, Insyaallah. Selamat berjual beli!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments