"Cat Mati Boleh Hidup, Orang Mati Saja Tak Boleh Hidup"
04 MarchTurun-turun je kereta lepas parkir di Tesco Sg. Dua semalam, saya terus didekati oleh seorang lelaki India berusia 20-an yang menjual pengilat kereta. Adoi, dalam hati dah rasa malas nak layan. Tapi dia datang makin dekat pula.
"Akak mari sini saya tunjuk aa, ini kasi spray saja, lap lap boleh kasi cantik ini lampu. Kasi berkilat, shining shining," lelaki tersebut mula mendemonstrasikan penggunaan pengilat kereta tu. Disemburnya pengilat kereta tu pada lampu kereta saya dan kemudian dilap pula dengan tisu lembab. Alamak, nak kena tunggu dia selesai demo pula. Haish, orang nak cepat masuk dalam Tesco ni, huhu.
"Akak ini kereta akak punya ka?" Saya mengangguk. "Kereta kasi cantik la akak, orang banyak cantik, kereta mesti mau cantik juga," katanya lagi sambil menyembur pengilat kereta tu pada bahagian badan kereta pula. "Akak ini saya kasi tunjuk aa, bukan lampu saja, cat pun boleh juga." Saya tengok je. "Ini spray bagus kak, cat mati pun boleh hidup balik, orang mati saja tak boleh hidup."
Saya terus tergelak! Hahahaha. Okay tu kelakar. Tak sangka tiba-tiba punchline dia kena pula kat situ. Nampak tak betapa gigihnya dia nak promosikan benda tu kan?! Entah macam mana saya pun jadi lembut hati.
Saya tanya padanya, "berapa harga satu tin tu?" "Biasa kita jual RM35 kak, hari ini saja boleh bagi akak RM30." Haha biasalah tu ayat penjual kan. Saya cakap kat dia, saya masih belajar dan belum dapat elaun. Tapi memandangkan demonstrasi dia agak meyakinkan, maka saya pun beli je lah satu tin dengan harga RM30. Saya tahu, benda tu boleh dapat lagi murah kat tempat lain. Tapi mungkin sebab saya sendiri baru lepas meniaga sehari sebelum tu dan saya tahu penatnya menjual tu, jadi saya beli je lah dengan niat nak sedekah sekali. Lagipun lampu kereta tu memang dah kuning sangat ha ha ha.
Sebelum |
Selepas |
Sebelum |
Selepas |
Okay lah setakat ni je cerita saya kali ni. Nak pergi sambung lap kereta ni hehe.
0 comments