Hias Bilik dengan Tapestry

20 March


Jaji memang suka menghias rumah, terutamanya bilik sendiri. Bilik saya kat rumah saya yang cat sendiri, sebab nak sangat dinding warna merah jambu dan panel kayu warna putih hehe. Ni bila duduk desa (kolej kediaman kat USM dipanggil desasiswa), bilik kat desa ni pun saya nak hias juga. Tahun lepas, saya hias dinding dengan kata-kata hikmat. Boleh klik pautan kat bawah ni kalau nak baca ye.


Haa, setelah hampir setahun dinding tu tak berubah wajah, tahun ni Jaji buat keputusan untuk buat sedikit perubahan dekorasi. Sesiapa yang suka tengok Tumblr mesti perasan kan trend hias bilik guna tapestry ni?


Sebagai orang yang mudah terpengaruh *err*, saya pun nak juga cuba hias bilik guna kain besar ni. Sebab dalam gambar-gambar kat Tumblr tu nampak cantik je kan. Tapi, tak tahulah yang saya buat ni secantik dalam gambar ke tak, haha. Kalau nak tengok, teruskan membaca ye.

Baiklah, ni rupa dinding bilik saya sebelum ni.


Dannn, inilah rupa dinding tu setelah dihias dengan kain tapestry! 


Tadaaa! I think its quite nice hehe, it makes the room feel so cozy. *and of course, I'm still using the same pink laptop I bought almost 5 years ago ha ha ha.*

Tapestry ni saya beli dari Shopee. Harganya RM26 je kalau tak silap, dan dalam RM37 termasuk pengeposan. Ni memang harga palinggg murah yang saya jumpa, sebab tu terus beli je haha. Kalau ikutkan harga dia biasanya dalam RM45-RM60 mengikut saiz, tak termasuk pengeposan. Saya pilih warna kelabu + putih ni sebab nak yang ringkas je, tak nak dinding tu terlalu berserabut. 


Oh ya, selain tapesty, saya turut beli cadar baru warna putih tu hehe, semata-mata sebab nak dapatkan mood ke-Tumblr-an tu haha. Ala cadar murah-murah je beli kat Kamdar, cadar putih kosong jenama Asrama. Rasa macam kelakar pun ada bila ada perkataan asrama kat situ haha... rasa macam, nasib baik kita duduk asrama, kalau tak, tak dapat pakai cadar ni. Hahah k. Kalau ni bilik sendiri mesti saya dah siap beli comforter putih sekali.


Cara saya pasang tapestry ni mudah je. Cuma lekatkan pelekat penyangkut (sticker hook) pada dinding, ikatkan tali, dan kemudian sepit  kain tu dengan penyepit baju. Haa penyepit baju dari hiasan tahun lepas tu jugalah yang saya guna, hehe. Saiz tapestry tu memang ngam ngam je kat ruang dinding tepi katil saya ni.


Saya puas hati jugalah dengan hasil hiasan saya kali ni. Rasa seronok sebab tapestry ni bukan saja mencantikkan bilik, tapi juga boleh jadi latar belakang untuk saya ambil gambar-gambar yang nak digunakan kat blog ni... dan juga selfie. Hehehe. xD Oh selain tu, ada juga yang jadikan tapestry sebagai alas katil, alas sofa, atau gantung pada siling bilik. Semuanya bergantung pada kreativiti masing-masing.

Nampak kemas dan bersih je gambar ni dengan latar belakang tapestry tu kan?

Selfie background... heheh
Alamak, kantoi pula kat bawah katil banyak barang! Haha

Sesiapa yang teringin nak hias bilik tu bolehlah cuba guna tapestry ni ye. Selamat berdekorasi!

Terima kasih kerana membaca
Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

3 comments