Projek Kraf Paling Senang di Dunia!

09 March


Haha tajuk tu dah cukup menggambarkan dah betapa mudahnya projek kraf yang Jaji nak kongsikan ni. Tak perlu gam, tak perlu gunting, tak perlu apa apa yang menyulitkan. Anda akan dapat buat satu projek kraf untuk dijadikan hiasan bilik atau rumah ala ala Tumblr dengan dua langkah mudah je! Jom, teruskan membaca.
Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Bingkai gambar


Untuk bingkai ni, terpulanglah pada anda untuk guna bingkai hitam ke putih ke, besar ke kecil ke, tak kisah. Macam bingkai putih ni saya beli dari kedai Mr. DIY Hardware, RM3.30 je! Hehe.

2. Labeg/tag jenama hasil daripada aktiviti membeli-belah


Okay, bahan kedua ni agak sukar nak dapat kalau anda bukan jenis yang kuat berbelanja. Macam saya ni pun takdelah kuat shopping sangat (eh yeke), tapi saya suka kumpul label tanda harga tu sebab rasa sayang nak buang. Kadang-kadang barang yang saya nak beli tu memang dah lama saya rancang nak beli, cuma tunggu duit cukup je. Lepas tu bila dah dapat beli, memang rasa sayang sangat kat barang tu sampai nak buang label pun sayang Tapi kadang-kadang terbuang jugalah... hehe.

Langkah-langkah:


1. Susunkan label di bahagian dalam bingkai gambar mengikut cita rasa. Nak susun bertindih ke, susun menyenget ke, terpulang. Gunakan kreativiti teknik kolaj anda! Hehe. Btw, cuba tengok kat label Seed tu, harga baju RM19.90 je tapi tetap sayang nak buang label tu sebab cantik haha.


2. Lepas dah siap susun, tutup semula penutup bingkai gambar tu. Siap! Bingkai tadi dah sedia untuk menjadi hiasan di meja atau dinding bilik anda.



Haa senang gila kan?! Senang sangat sampai nak dipanggil 'kraf' pun macam ermmm hehehe. Tapi tapiii, benda ni masih memerlukan kreativiti dan dibuat menggunakan tangan kan. Jadi tak salah rasanya nak panggil kraf, yang penting kita seronok dan dapat kepuasan daripadanya! Sebenarnya, selain daripada label jenama macam ni, anda juga boleh bingkaikan apa-apa je yang anda suka. Kalau kat Tumblr, ada juga yang bingkaikan beg kertas berjenama untuk dibuat hiasan kat bilik.

Saya dapat idea nak buat kolaj label ni pun sebab saya nak kemas bilik, dan tengok-tengok ada banyak pula label tu dalam laci. Sekarang ni bila label-label tu dah dipindahkan ke dalam bingkai gambar dan dibuat hiasan bilik, haa mungkin saya akan insaf sikit lepas ni (sebab asyik diingatkan tentang betapa banyaknya duit yang saya dah bazirkan untuk shopping selama ni) hehehe. Tu pun banyak lagi sebenarnya label yang tak dimasukkan ke dalam bingkai tu... Haha. Baiklah, selamat mencuba!

P/s: Projek terbaru Jaji iaitu www.kotakraf.com bakal muncul tak lama lagi. :D
Salam sayang,
Jaji.

You Might Also Like

0 comments