Review: Lindungi Kulit Anda dengan Kitsui Stemcell Mixberries

29 April


Living my life as a 25 year old student is not easy. My lifestyle is hectic, I go out a lot, I stress a lot, sometimes I dont get enough sleep, and at the same time my skin is aging. Phew. Macam mana nak jaga kulit macam ni?! Tak cukup tidur, terus ada lingkaran gelap bawah mata. Asyik keluar ke sana sini, terus kulit jadi gelap. Asyik buat tesis dan kertas kerja, terus jadi stres sampai naik jerawat. Hmm. I know I have to do something to protect my skin. Currently I've been consuming this Stemcell Mixberries by Kitsui, and I'm happy with the results!


Stemcell Mixberries ni boleh melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya, mengurangkan pigmentasi dan jeragat, serta mengurangkan lingkaran gelap bawah mata di samping memperbaiki penglihatan dan tekstur kulit. Bunyinya hebat kan? Tapi bukan sekadar bunyi je, sebab kesannya pun hebat juga. Baiklah, seperti yang Jaji janjikan dalam post yang lepas (boleh baca kat sini), dalam post kali ni, saya akan kongsikan gambar-gambar SEBELUM dan SELEPAS pengambilan dua produk Kitsui, iaitu Collagen Generation 2 dan Stemcell Mixberries ni.

Sekitar hujung bulan Mac 2017, saya mengalami masalah jerawat yang agak teruk sebab asyik tak cukup tidur dan stres buat tesis. Makan pun tak terjaga, kadang-kadang tengah malam makan Maggie hehe. Hari yang sama saya hantar tesis tu juga saya terima parcel daripada Kitsui. Okay, masa tu saya sedar, saya kena makan kedua-dua produk tu untuk pulihkan balik kulit saya! Jom tengok gambar kat bawah ni. Amaran: Jangan terkejut tengok rupa saya ye hehehe.


Saya screenshot terus gambar-gambar ni daripada telefon supaya anda dapat lihat sendiri tarikh gambar tu diambil. Gambar pertama ni diambil pada 24 Mac 2017. Ini adalah SEBELUM saya mengambil kolagen dan stemcell.


Gambar kedua ni pula diambil pada 25 Mac 2017. Masa ni keadaan kulit saya agak teruk dengan jerawat, kulit pun kering. Ya, dalam gambar-gambar ni memang saya pakai make up, tapi make up nipis je tanpa foundation atau concealer. Saya cuma pakai bedak, buat kening sikit (hehe), eyeliner, maskara, dan lipstick. Tapi dah cuba pakai make up sikit pun masih tak dapat tutup keadaan kulit yang teruk tu kan.. huhu.


Baiklah, gambar ketiga ni pula (9 April 2017) adalah SEMASA saya dah mula makan kolagen dan stemcell. Kalau tengok pada lokasi gambar diambil, masa tu saya kat KL. Saya balik rumah sebab dah selesai hantar tesis hehe. Hmm, boleh nampaklah ada sedikit perubahan pada kulit. Jerawat semakin mengering dan mengecut kan.

Haa, kat bawah ni pula gambar SELEPAS kira-kira dua minggu saya mengamalkan kedua-dua produk Kitsui tu. 20 April 2017. Masa ni saya di KLIA, dah nak kembali semula ke USM. Dah puas bercuti kat rumah hehe.


Dannn terbaru, di bawah ni ialah gambar semalam (28 April 2017). Masa ni saya tengah buat kerja sampingan di sekitar Gurney, Penang. Muka penat sikit sebab dah seharian bekerja. Tapi, keadaan kulit saya dah bertambah baik. Dalam gambar ni pun saya cuma pakai bedak dan lipstick je sikit. Kalau anda perasan, jerawat besar kat hidung tu memang dah takde langsung, cuma tinggal kesannya je sikit. Jerawat halus kat dahi pun dah kurang. Saya harap tak lama lagi memang hilang terus semua!


Honestly I wanted to share my photos without make ups, but I often forgot to take one when I'm not wearing make ups! Haha. Tapi rasanya gambar-gambar ni dah memadai, sebab make up saya memang nipis nipis je.


Oh ya, kat atas ni gambar pada 23 April lepas, okay yang ni memang betul-betul tak pakai make up sebab kawan ajak pergi makan kat Transfer Road pukul 7 pagi, tak sempat nak bersiap pun haha. Gambar ni bukan selfie, jadi diambil pada jarak yang agak jauh. Tapi jujur saya katakan, memang kulit saya dah bertambah baik dan nak keluar tak pakai bedak pun dah yakin sikit. Hehehe. Bila dilihat semula, kulit saya bertambah baik dalam masa lebih kurang 20 hari je kan? Cepat juga kesan produk Kitsui ni.


Macam mana cara saya makan kedua-dua produk ni sekali eh? Okay, saya akan selang-selikan pengambilannya. Contohnya kalau malam ni saya makan kolagen, malam esok saya akan makan stemcell mixberries pula. Oh ya, cara makan kedua-dua produk tu sama je, cuma tuangkan serbuk ke dalam 150ml air, goncang, dan minum.


I do hope to protect and repair my skin with this Stemcell Mixberries by Kitsui. Kesannya pun cepat juga, jadi sempatlah kalau anda pun nak rawat kulit dari dalam dan tampil cantik masa raya nanti kan? Hehe. Oh ya, kalau anda dah beli produk Kitsui, jangan lupa untuk simpan dan kumpul barkod tau, sebab anda akan dapat percuma 1 lagi produk Kitsui. Untuk maklumat lanjut tentang Kitsui Stemcell Mixberries dan produk-produk lain, sila lawati http://www.kitsui.com.my/ atau laman Facebook mereka https://www.facebook.com/kitsui.malaysia/.

Selamat mencantikkan kulit!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

1 comments