Best Takoyaki in Bangi by Takoladyy

03 May


Takoyaki, atau ada juga orang yang menggelarkannya sebagai 'cekodok Jepun' (hahaha so cute) adalah makanan berupa bebola tepung yang mengandungi inti seperti ayam, udang, atau sotong dan juga cheese. Biasanya saya cuma dapatkan takoyaki di gerai-gerai tako dalam AEON Mall, sebab AEON kan dari Jepun dan biasanya tako dia memang sedap. Tapi baru-baru ni saya dah cuba tako yang dibuat di rumah je oleh bekas junior saya dari UKM, Takoladyy (bukan nama sebenar haha) *okay lah nama sebenarnya Izzah* haha, dan tako dia memang sedappp!

With the beautiful tako lady
Saya mula mengenali tako oleh Takoladyy ni lepas asyik nampak gambar kat Instagram. Makanan kat Insta memang sangat menggoda okay, tengok gambar je pun dah rasa teringin haha. Masa saya mula-mula tahu yang Puan Izzah ada buat tako, saya masih di Penang. Lepas tu saya pun dah berniat lah kalau balik KL nanti, saya wajib juga cuba tako tu sebab dah berminggu-minggu asyik tengok gambar je hehe. Jadi masa saya balik KL hari tu, saya pun hubungi Puan Izzah dan request untuk delivery sampai ke Cheras. Haa walaupun Takoladyy biasanya hantar ke kawasan sekitar Kajang/Bangi je, tapi kadang-kadang mereka ada juga hantar sampai ke Cheras. Tapi lepas saya dah request delivery tu barulah sahabat saya, Alia Zurina ajak pergi shopping pula kat Bangi Sentral. Jadi dah alang-alang tu, saya pun batalkan permintaan delivery dan buat keputusan untuk ambil sendiri je di rumah Puan Izzah.


Tak sia-sia meredah lebuhraya PLUS selama 25 minit demi dua kotak kecil takoyaki ni! *amboi hiperbola* Masa saya dapat, tako tu masih panas dan Izzah ada juga selitkan seketul tako percuma hehe. Alia pula tak pernah makan tako, jadi saya sangatlah mencadangkan Alia untuk rasa tako tu. Anddd she likes it!

Dr. Alia yang pertama kali makan tako haha
Sejujurnya, tako dia sangat gebu, lembut, inti banyak, dan sos dia pun sedap. But I should have requested for extra fish flakes maybe hehe. But it was really good and totally recommended! Here are some photos from @takoladyy 's Instagram.



Haa kalau anda dah mula terliur tengok gambar-gambar tu, tunggu apa lagi? Hubungi Takoladyy melalui whatsapp di 011 335 336 89 untuk buat tempahan anda sekarang. Here are the price details:

Menu:
1 Sbox  = 3pcs = RM5, 
1 Mbox = 7pcs = RM10. 
Fillings 🦑/🍤/🍗/🦀
New, any fillings + 🧀! 
Just add +RM0.50 (S) //
RM1 (M) for cheese!

Delivery charge is subject to place.
For order more than 5boxes, can mix fillings!

How to Order?
1) Qty box-Size-Fillings-Place

Eg: 
2-M- 1🦑 1🍤- petronas BSP

Trust me, the prices are worth it! Also, check out their Instagram @takoladyy for more yummy photos hehehe.


Enjoy your tako!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

1 comments