Chilling at Zawara Coffee Bangi

07 May


Benda pertama yang saya tanya kepada pekerja di sebalik kaunter pesanan Zawara Coffee ni adalah "mana roti tu eh, ala yang bentuk dia macam ni *sambil tunjuk gambar dalam menu*, tapi dia ada inti macam rendang tu". Haha, pada mulanya pekerja tu tak faham apa yang saya cuba sampaikan, tapi lepas tu dia kata "ohh, yang tu nama dia percik apa tah tu kan, yang tu dah tak ada dah. Lama dah tak ada". Lalu saya pun dengan kecewanya belek menu tu dan cari makanan lain untuk dipesan.


Hehehe, masa pesan je kecewa, lepas dah makan tu gembira terus! Haha. Okay macam ni, saya dan Alia Zurina masa tu baru lepas selesaikan beberapa urusan penting pagi tu, jadi kami berdua memang tak sempat sarapan, dan masa kami sampai di Zawara Coffee ni pun dah masuk pukul 1 petang. Masing-masing dah kelaparan dan kehausan. Lepas tu, kami memang rasa nakkk sangat makan kek, dan nasib baik kek di Zawara Coffee ni nampak menarik hehe. Disebabkan nak makan kek, maka saya pun taknak lah pesan makanan berat sangat (kononnya sebab diet ha.ha.ha). Memandangkan percik sandwich yang saya idamkan tu dah tak ada, jadi saya pun pesan Eggspectation Chicken Burger. Burger ni dalam set sarapan sebenarnya, jadi dia tak adalah berat sangat macam burger lain.

Eggspectation Chicken Burger - RM10.00
Burger ni memang out of eggspectation! Haha. Harganya agak murah berbanding burger lain, jadi saya anggap mungkin burger ni biasa-biasa je kot. Tanggapan saya ternyata salah. Burger ni, roti dia lembut gilaaa okay. Memang lembut dan gebuuu, macam makan span okay haha. Telur dia lembut, kepingan ayamnya pun lembut. Kekecewaan saya tak dapat makan percik sandwich tu memang terubat terus! Hehe.


Spaghetti Meatball Arabiata Bolognese - RM19.00
Alia pula memang lapar masa tu, jadi dia pesan makanan berat terus iaitu Spaghetti Meatball Arabiata Bolognese. Saya pun turut rasa makanan Alia ni. Sejujurnya, saya lebih sukakan burger saya berbanding spaghetti ni, sebab pada saya meatball dia agak liat, tapi masih okay lah untuk dimakan. Takdelah liat sangat, cuma mungkin sebab saya memang jenis yang kurang sikit makan daging. Tapi lepas tu bila Alia tak dapat habiskan makanan dia sebab dia dah kenyang, saya juga yang tolong habiskan hehehe. *patutlah susah nak kurus* haha. 


Untuk kek tu, kami berdua kongsi satu kek je iaitu Nutella Cheese Cake. Okay yang ni memang sedap. Tak sia-sia langgar diet demi kek ni hehehe. 

Nutella Cheese Cake - RM10.00
Untuk air manis pun kami kongsi juga, iaitu Iced Belgian Chocolate. Oh tak lupa juga air mineral, because mineral water is good for you!

Belgian Iced Chocolate - RM10.00
Sebenarnya yang membuatkan saya paling jatuh cinta dengan Zawara Coffee ni adalah... tada!! Bean bags! 


Bayangkan duduk lepak makan kek sambil duduk atas bean bag... the comfort is just as if you were at home. Dah lah kami memang kepenatan, dapat pula bean bag, ibarat orang mengantuk disorong bantal lah jawabnya. Selasa sangat sampai kami siap buka laptop dan bincang hal kerja terus kat sini, gaya dah macam taknak balik haha.


Anyway, Zawara Coffee is a good place for you to grab coffee and chill with your friends. Makanan sedap, suasana tenang, pekerja pun peramah.  Kalau saya masih belajar di UKM Bangi, dah tentu tempat ni menjadi pilihan saya dan kawan-kawan untuk berbincang dan siapkan tugasan sama-sama sekali sekala. Saya ingat lagi, dulu saya dan kawan-kawan suka lepak sambil buat kerja di Burger King, Bangi Gateway sebab situ tak ramai sangat orang. Btw, visit www.zawaracoffee.com if you wish to know more about this cafe!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments