My Way of Exercising During Ramadhan

29 May

Gambar hiasan - masa Papa baru balik umrah haritu heheh
Puasa bukan alasan untuk kita bermalas-malasan dan memanjakan diri. Walaupun puasa memerlukan kita untuk menahan lapar dan dahaga pada siang hari (antaranya), tak bermakna kita boleh 'melembikkan' diri dan menyingkirkan terus aktiviti-aktiviti fizikal (baca; tidur je). Kalau malas juga, haa jangan terkejut kalau dah puasa 30 hari pun tapi berat makin naik pula lepas tu... hehe. Lagi-lagi kalau macam Jaji ni haa, senang sangat naik berat, makan angin je pun boleh demuk xD
My kind of exercises during this fasting season are not tough at all. Its moderate, just to keep the body moving so that it wont turn into the 'lazy mode' haha. Actually, the lazier you feel, the more your body needs physical activities! Okay, jom tengok antara jenis 'senaman' yang Jaji buat masa bulan puasa ni.

Katil memang sentiasa nampak menggoda kan?!
1. Jangan terus tidur lepas sahur

Haaa, yang ni mesti ramai yang suka buat kan?! Haha *termasuk Jaji lah dulu dulu*. Tidur lepas sahur memang sedap, sebab tengah kenyang dan hari pun masih gelap dan dingin je. Disebabkan masih kenyang, tak digalakkanlah untuk kita terus tidur kan. Orang kata nanti perut cepat buncit haha. Tak pasti pula sejauh mana kebenarannya. Tapi pada saya, lepas makan tu eloklah kalau kita bergerak-gerak sikit, macam kemas dapur ke, cuci pinggan ke, lap meja ke kan. Sekurang-kurangnya tenaga yang kita makan tadi tu akan terguna lah sikit. Lepas tu boleh terus solat Subuh, tak payah tidur bangun tidur bangun banyak kali kan.


2. Jalan kaki untuk beli makanan berbuka

Kalau anda macam saya yang tinggal di kawasan yang berhampiran dengan tapak bazaar Ramadhan dan kedai-kedai makan, bolehlah jalan kaki untuk beli juadah berbuka tu. Keluar dalam sejam sebelum waktu berbuka, lepas tu bila sampai rumah/hostel je dah masuk waktu berbuka. Boleh terus minum air dah kalau penat sangat berjalan tadi tu kan hehe. Kalau anda bukan jenis yang membeli (keluarga suka masak kat rumah), meringankan diri untuk tolong-tolong di dapur pun okay juga.

Bazar Ramadhan Bayan Baru, Penang
3. Berjoging pada lewat petang

Saya tengok ramai juga yang suka berjoging dalam sejam sebelum masuk waktu berbuka ni, sebab lepas penat penat joging dah boleh terus minum haha. Dulu masa saya di UKM, ada seorang abang satf kolej ni memang suka berjoging masa dah hampir waktu berbuka. Lepas tu, badan dia yang berisi masa bulan puasa tu agak susut masa tiba hari raya. Nampaknya senaman dia memang berkesan. Haa jadi kalau anda nak buang 1-2kg untuk nampak cantik dalam baju raya tu bolehlah cuba joging sebelum berbuka juga. Macam saya sendiri, saya akan berjoging tapi takdelah lari laju dan lama/jauh macam masa tak puasa tu, sebab nama pun puasa kan, mestilah tenaga tak sama. But I do enjoy the evening walk and some brisk walking.

Loving the lights! - Masjid USM
4. Berjalan kaki ke masjid dan terawih

Haa yang ni pun, kalau anda tinggal berhampiran masjid/surau bolehlah amalkan. Macam saya ni kira beruntung sebab kat rumah, jarak surau dengan rumah cuma dalam 200 meter je. Di hostel pula, jarak hostel dengan masjid tak sampai 1km, jadi bolehlah saya jalan kaki je. Jimat sikit duit minyak kereta hehe. Lagi satu, solat terawih pun boleh bakar kalori juga tau. Tapi janganlah sampai pergi terawih semata-mata sebab nak bakar kalori pula haha. Oh lagi satu, saya perasan, kalau petang tu saya ada buat senaman ringan sikit, mesti saya akan kurang mengantuk masa terawih tu tau.

So these are some 'exercises' I plan to keep doing during this Ramadhan. Tapi selain bersenam, makan kena jaga juga. Semuanya kena bersederhana. Elakkan pembaziran! Hehe. Apapun, bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita beribadah dan memperbaiki diri. Semoga amalan kita diterima oleh-Nya. Selamat berpuasa!

Friends who pray together, stay together. Haha xD
Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments