Road to Masters Degree: My Viva Experience

21 June



Its been a while since my last post. Alhamdulillah, I went through my viva voce last Friday and I passed! With corrections, of course. Minor corrections. Viva ni adalah sesi pembentangan tesis yang menentukan sama ada kita layak atau tidak untuk dianugerahkan ijazah tu. Kalau di USM, lulus dengan pembetulan minor tu adalah Skala 2. Skala 1 tiada pembetulan langsung, Skala 3 pula lulus dengan pembetulan major. Kalau Skala 4, perlu hadiri viva semula dan Skala 5 adalah yang paling menakutkan, iaitu gagal. Jadi, dapat lulus dengan Skala 2 ni pun dah cukup besar rahmatnya bagi saya! Syukur.


Hmm, saya rasa macam nak kongsikan sikit pengalaman saya menghadiri viva di USM ni. Manalah tahu kot kot perkongsian saya ni berguna untuk bakal calon akan datang pula kan. Sesi viva saya telah berlangsung pada 16 Jun 2017 yang lalu di Dewan Persidangan, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, USM. Pukul 9.30 pagi okay! Dia punya berdebar masa tuuu, huish Tuhan je yang tahu. Hehe. Nasib baiklah bulan puasa, masih mampu la nak rasa tenang hehe.

Awal awal pagi lagi saya dah bersiap-siap untuk ke Dewan Persidangan tu. Dalam pukul 8.40 macam tu lagi saya dah sampai. Eloklah sampai awal daripada lewat kan. Sesi saya bermula kira-kira 9.40 pagi. Dalam dewan tu cuma ada saya, penyelia saya Prof. Tengku Sepora, dua orang pemeriksa (seorang pemeriksa luar dan seorang pemeriksa dalam), serta seorang pengerusi majlis dan seorang staf pusat pengajian. Sebenarnya saya tak tahu siapa pemeriksa saya dari awal, dah sampai tu baru saya tahu. Pemeriksa dalam saya merupakan pemeriksa yang sama masa sesi proposal defense saya tahun lalu, jadi masa tu dah rasa lega sikitlah sebab dah boleh agak jenis-jenis soalan yang beliau akan tanya, dan saya pun memang dah bersedia dari awal hehe. Pemeriksa luar saya pula tak dapat hadir sebab beliau merupakan pensyarah dari Korea (yang boleh berbahasa Melayu), jadi ada pensyarah lain yang tolong wakilkan. Phew, masa nak tulis post ni pun masih terasa debarannya haha.

Mula-mula saya diberi masa kira-kira 10-15 minit untuk bentangkan serba sedikit tentang tesis saya, tanpa slide atau power point presentation. Kiranya bentang macam tu je lah sambil rujuk nota sikit sikit. Lepas tu barulah sesi soal jawab bermula... jeng jeng jeng. I had to say I was really nervous, but I put on my best chill face haha.

Antara soalan dan cadangan yang dikemukakan oleh para pemeriksa adalah:

1. Tajuk terlalu umum. Perlu kecilkan skop tajuk mengikut objektif kajian.
2. Anda yakin kaedah kajian anda betul-betul menjawab objektif kajian?
3. Banyak sumber rujukan yang anda tak nyatakan di bahagian rujukan. Adakah anda hanya menciplak kandungan tersebut? (haha okay i admit this was a careless mistake! I wrongly printed the older version of my reference list instead of the updated one sobs sobs)
4. Apa bezanya kajian anda dengan kajian-kajian sebelum ini?
5. Pemerhatian yang awak buat ni nampaknya seperti ditulis dengan pendapat sendiri. Siapa awak untuk menulis sebegini tanpa bukti? (Ouch, what a provoking question. Nasib baik berjaya jawab huhu)

... dannn banyak lagi soalan dan pendapat yang mereka kemukakan berkaitan dengan tesis saya secara terperinci. They went through everything chapter by chapter, detailed and thorough. Percayalah, hatta typo sebesar kuman pun mereka boleh perasan okay! Haha. Jadi berhati-hatilah untuk tidak membuat kesilapan ejaan semasa menulis tesis anda. Untuk soalan-soalan yang ditanya semasa viva tu, sebenarnya anda kena yakin je dengan kajian anda. Jangan bagi ruang untuk mereka cari kelemahan sampai anda terkaku tak boleh jawab, sebab itu seolah-olah memberi persepsi yang anda sebenarnya mungkin tak buat kajian tu sendiri (upah orang) atau kajian anda sebenarnya tak layak diberikan ijazah... haa. Menakutkan, kan? But its okay, the key is to read your thesis over and over till you find your own mistakes (if any), so that you'll be more prepared.

Selesai je sesi viva tu, saya disuruh tunggu di luar sekejap sementara mereka buat perbincangan. Masuk je semula ke dewan tu, saya terima berita baik yang disulami dengan ucapan tahniah.

From left, Prof. Tengku Sepora (my sv), the viva candidate, and Dr. Azizah (pengerusi majlis)

"Congrats Izazi, you answered really well! Im so proud of you" - Prof. Tengku Sepora. Thank you, Prof! It would have been impossible without all your help and guidance. Alhamdulillah.
"Tahniah. Boleh balik raya dengan senang hati lah lepas ni ye, Izazi?" - Dr. Azizah.


Jadi itulah serba sedikit pengalaman viva peringkat master saya. Corrections are waiting to be done, and insyallah I'll be able to join this year's convocation.

Hmm, and then what? Should I continue this academic journey to the next level?

Salam sayang,
Jaji 

You Might Also Like

2 comments

  1. hi tumpang tanya, kalau master di usm duduk hostel boleh bawa kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi eika, ye boleh tapi kena mohon pelekat kenderaan dari Jabatan Keselamatan :)

      Delete