Laksa Tempurung: Syoknya Makan Tepi Laut!
28 JulyDah setahun lebih duduk di Penang, inilah pertama kali saya ke gerai laksa tempurung. Tu pun secara kebetulan je sebab kawan-kawan ajak makan laksa, tup tup dibawa ke sini. Gerai laksa tempurung ni terletak di Jalan Gertak Sanggul, Kampung Suluk, Bayan Lepas. Kalau nak datang ke sini, cuma Waze je "Laksa Tempurung".
Laksa kat sini memang sedap! Dah lah sedap, unik pula tu (sebab dihidangkan dalam tempurung). Laksa tempurungnya penuh dengan isi. Ada nenas, telur rebus, timun. Kuahnya pun pekat. Saiz hidangannya tak adalah besar sangat, muat muat je dalam satu tempurung tu. Kalau macam Jaji sorang makan kira boleh habislah semangkuk tu hehe.
Laksa - RM3.50 |
ABC - RM3.50 |
Coconut Shake - RM4.00 |
*sempat lagi* |
Sebenarnya selain laksa, ada juga makanan lain macam char kuey teow. Dengan harga yang berpatutan dan suasana yang menarik macam ni, saya mesti akan datang lagi ke sini! Lepas ni nak cuba char kuey teow tu pula lah.
Terima kasih kerana membaca!
Salam sayang,
Jaji
0 comments