Pengalaman Rawatan Muka di Beaumedic Spa

21 July


Dah lama juga saya tak buat rawatan muka di mana-mana spa disebabkan oleh kekangan masa (dan wang) haha. Tapi baru-baru ni saya berpeluang mendapatkan rawatan muka di Beaumedic Spa yang terletak di Sunway Velocity (shopping mall baru tu) bersama-sama sahabat saya, Alia Zurina. Ceritanya macam ni. Beberapa hari sebelum sesi rawatan muka tu, masa kami tengah jalan-jalan di Sunway Velocity, kami ditegur oleh pekerja Beaumedic Spa yang tengah buat promosi rawatan muka yang murah! Harganya RM39.00 je untuk satu sesi rawatan yang biasanya bernilai RM240.00. Murah kannn? Jadi kami pun terus bayar dan tempah sesi rawatan tu, walaupun sebenarnya ni pertama kali kami dengar nama Beaumedic Spa. We decided to try it out anyway!

Our faces before the facial
Apabila tiba hari yang dijanjikan, saya pun telefon spa tu untuk buat pengesahan temujanji. Waktu sesi rawatan kami adalah pada jam 4.00 petang. Sebenarnya Beaumedic ni adalah di bawah Kunzense, spa yang biasa kita dengar untuk slimming.

Range of products offered
Spa ni agak cantik juga, sama macam pekerja-pekerjanya. Muka dia orang semua flawless habisss.

Antara rawatan yang diberikan dalam pakej promosi ni adalah milk cleansing, rawatan wap, pembuangan sel kulit mati (dead cell removal menggunakan mesin), skrub muka, whitehead dan blackhead removal (yang ni sakit okay haha) rawatan gel, urutan badan, dan hand wax. Untuk rawatan gel tu, saya tak berapa ingat gel apa yang dia guna, tapi memang muka rasa sedap dan sejuk je. Kiranya muka rasa kurang sakitlah lepas kena picit untuk buang whitehead dan blackhead tu kan hehe.


Bilik rawatan
Secara ringkasnya, rawatan di Beaumedic Spa ni memang sangat memuaskan. Kira beruntunglah kami dapat cuba masa ada promosi kan. Cuma satu je, disebabkan nama pun 'pakej promosi', maka banyaklah promosi yang mereka buat untuk pujuk kita cuba produk-produk mereka lain. But being the broke student I am (ha ha ha), I didnt try any of their other promotions. Dalam hati memang teringin sangat nak cuba, tapi disebabkan kekangan wang maka saya hanya mampu menolak je pujukan mereka heheh. They can be really persuasive, but all I can say was "Its okay, thanks yea. Maybe next time". :')

Hand wax
Selepas rawatan tu, kulit muka saya kekal lembut dan licin hampir dua minggu tau. Lembut dia bukan biasa biasa, tapi macam kulit bayi okay! Tu baru cuba pakej promosi, belum cuba produk mereka yang bernilai ratusan ringgit tu lagi. But I do plan to visit them again next time, and I'm hoping to try their other interesting products and packages. Overall, it was a really nice experience!

Thanks for reading!
Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments