3 Pecal Ayam Paling Sedap di Penang

05 September


My body is in KL but my heart is in Penang. I was scrolling my photo gallery (to delete some photos because my phone is sooo full, 0kb left! Haha), and I found some photos of food that I am going to miss. Well, I already am! Sepanjang di Penang memang alhamdulillah, Jaji tak pernah kelaparan hehehe. Makanan di sana semua sedap sedap dan tak mahal sangat. The best thing is when you live on a small island, everything seems so nearby! Tak perlu pergi jauh sangat pun untuk dapatkan makanan sedap. Jadi kali ni saya nak kongsikan sikit tempat makan pecal ayam yang paling saya suka  sepanjang saya di Pulau Mutiara.

Pecal Ibu - RM6.50 /set
1. Pecal Ibu
Kedai makan yang dimiliki oleh orang Jawa dari Indonesia ni terletak di Relau. Saya selalu datang sini untuk makan tengah hari. Ayam gorengnya memang sedap, terasa semua rempahnya. Dihidangkan pula panas-panas, memikat betul! Set pecal ayam ni turut dilengkapi dengan terung goreng, tomato, timun, kobis, dan sambal yang padu. Selain pecal ayam, kedai ni juga ada menghidangkan pecal lele, bakso, dan lain-lain. Kalau datang kedai ni, tak pelik kalau anda kena berdiri kejap sementara tunggu meja kosong, sebab memang ramai orang yang datang makan kat sini.


Pecal ayam bakar - RM7.50/set
2. Pecal Ayam Bakar
Pecal ayam bakar ni pun terletak di Relau. Biasanya saya datang untuk makan malam kat sini. Biasanya kalau kita makan pecal, ayamnya digoreng kan, tapi kat sini ayamnya dibakar okay. Ayam bakar tu dipadankan pula dengan sambal (ada hijau ada merah) dan nasi panas, memang sedap! Lebih lengkap apabila set ni turut didatangkan dengan sup ayam kosong (kadang-kadang ada kaki ayam). Tapi disebabkan saya selalu datang makan kat sini waktu malam, saya jarang ambil nasi. Biasanya saya akan pesan ayam je. Tu pun dah cukup kenyang dah.

Ayam Kremes - RM9.00/set
3. Ayam Kremes
Sebenarnya saya tak berapa pasti tentang beza pecal ayam dan ayam kremes, sebab pada asasnya kedua-duanya hampir sama; ada ayam, nasi, sayur, dan sambal. Mungkin ayam kremes ni jatuh di bawah kategori pecal ayam, cuma ayamnya didatangkan dengan kerak-kerak berempah (macam serunding) yang sangat menyelerakan. Ayam kremes ni boleh didapatkan di Rumah Makan Sunan Drajat, Relau. Tak jauh pun dengan gerai pecal ibu tadi. 

4. Pecal Ayam Restu
Eh ada yang keempat pula? Haha. Sebenarnya saya memang nak kongsi tentang kedai ni, cuma dalam telefon saya dah tak ada pula gambar dia. Dah terpadam kot huhu. Tapi takpe, saya akan tetap ceritakan tentang pecal ayam Restu ni. Kedainya terletak ni Kafe Desasiswa Restu, Kompleks RST, USM. Selalunya pukul 12 je mesti dah ramai yang beratur! Sambalnya memang pedasss sangat, kadang-kadang sampai pedih perut haha tapi serius sedap. Ayamnya pun digoreng rangup. Antara pelengkap hidangannya adalah sayur kobis dan keropok.

Semuanya menyelerakan! Nasib baik masa tulis post ni saya baru lepas makan, phew. Kalau tak sekarang juga saya start kereta dan drive ke Penang demi pecal haha. Kalau anda ada cadangan tempat makan menarik, bolehlah komen kat bawah post ni ye. Kalau berkesempatan, saya akan cuba pergi dan buat ulasan, kemudian saya akan kongsikan dalam blog ni. Selamat menjamu selera!

Salam sayang,
Jaji 

You Might Also Like

1 comments

  1. Kami adalah organisasi perundangan yang diwujudkan untuk membantu Orang yang memerlukan bantuan, seperti bantuan kewangan.

    Jadi jika anda atau anda berada dalam masalah kewangan dalam kegawatan kewangan, dan anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri, atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membayar bil anda, memulakan perniagaan yang baik, atau telah meminjam lebih banyak Masalah dari tempatan bank, hubungi kami hari ini melalui E-mel: di catherinewilliamloancompany@gmail.com

    E-mel: catherinewilliamloancompany@gmail.com


    Permohonan pinjaman termasuk:

    Nama: _________
    Alamat: _________
    Negara: _________
    Kedengaran: _________
    Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: __________
    Pupuse _________
    tempoh pinjaman __________
    Pendapatan bulanan: _________
    Telefon: _________

    Sila hubungi kami melalui e-mel

    E-mel kepada kami: catherinewilliamloancompany@gmail.com

    ReplyDelete