My First Time on the MRT

28 September




Sebagai anak jati Kuala Lumpur (IC 14 ok 😂), sangat bangga rasanya melihat pembangunan yang kian pesat di bandaraya ni. Pengangkutan awam semakin baik, dan baru-baru ni saya sempat meluangkan masa untuk cuba naik MRT. Perlu 'meluangkan masa' sebab saya pergi kerja naik kereta (syukur sebab masuk kerja awal jadi boleh keluar awal dan tak perlu tempuh kesesakan melampau, balik pun sama) dan kalau keluar jalan-jalan pun biasanya naik kereta je. Lagi satu, saya terlambat sikit cuba naik MRT sebab sebelum ni kan saya duduk Penang. Kalau balik rumah pun pinjam kereta Papa je untuk pergi mana-mana.


Basically, pengalaman saya naik MRT sangatlah memuaskan. Agak lama saya tak naik pengangkutan awam, dan saya sangat kagum dengan pembangunannya! Teringat balik zaman sekolah dulu. I used to take the train every evening to go back home from school. I think it was cool to walk to the LRT station together with my friends and happily chit chatting on the train before we parted our way home. #thatcitylife lol

Bas perantara MRT


Dari rumah, saya kena naik bas perantara untuk ke stesen MRT yang paling hampir. Kena bayar RM1 sekali naik. Harga tambang MRT pun berpatutan, tapi yelah, kalau dapat lagi murah lagi bagus kan. Untuk orang yang sekali sekala naik pengangkutan awam mungkin tak rasa mahal, tapi kalau setiap hari? Katakanlah belanja tambang untuk pergi ke tempat kerja RM7 dan RM7 lagi untuk balik, sehari dah RM14. Kerja 5 hari seminggu, sebulan dah RM280. Banyak juga tu. Tapi apapun untuk kehidupan di KL, pengangkutan awam adalah alternatif terbaik untuk menjimatkan perbelanjaan. Naik kereta hanya berbaloi kalau jalan tak sesak ataupun kalau rumah dekat gila dengan tempat kerja. Kalau jalan sesak, minyak sehari pun dah RM10-RM15... sebulan dah berapa kan. Baik guna duit tu untuk makan sedap sedap 😆 Apapun ni cuma pendapat saya je, lain orang lain keutamaan kewangannya kan.



Overall, Im so proud of the changes KL had gone through. Looking forward to more positive changes. If you wish to know more about the MRT service, visit http://www.mymrt.com.my.




Here is a video of me trying the MRT for the first time! Terima kasihlah adikku Zulzarif Irfan yang rajin tolong rakamkan haha. Thanks for reading guys!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments