Resepi Kek Batik Mudah dan Rangup

27 November

*ni gambar masa bawa bekal pergi kerja haritu haha*

Hiii everyone welcome back to my bloggg (please read this in a typical youtuber's intonation haha xD). Maafff sebab dah lama tak tulis post baru walaupun sebelum ni Jaji semangat cakap nak rajin tulis blog haha. Been busy with work. But its okay cuz here's a new post! Baru-baru ni saya buat kek batik, kek yang palinggg mudah untuk dibuat. Tak perlu mesin pemutar, tak perlu ketuhar pun. Cuma guna periuk je. Nak guna kuali pun boleh, terpulanglah. So now Im sharing the simple recipe here, selamat membaca!

Jaji memang suka kek batik yang rangup, chewy, dan tak terlalu lembik. Resepi ni sebenarnya saya dapat dari bekas rakan sebilik di USM dulu. Dia memang suka bawakan makanan untuk saya, dan satu hari tu dia bawakan kek batik. I fell in love with her kek batik since! Apapun kek batik ni memang rangup dan tak terlalu manis.


Bahan-bahan:

1. 1 buku Buttercup (nak guna jenama lain pun boleh, cuma mungkin rasanya tak sama macam Buttercup la)
2. 1/2 tin susu pekat manis
3. 2 cawan serbuk Milo
4. 2 sudu serbuk koko
5. 1 bungkus biskut Marie

Cara-cara:


1. Patahkan biskut Marie kecil-kecil


2. Cairkan Buttercup dalam periuk (api kecil)


3. Campurkan 1/2 tin susu pekat manis


4. Campurkan kira-kira 2 cawan serbuk Milo dan 2 sudu serbuk koko


5. Kacau sehingga sebati, jangan biarkan Milo keras.


6. Setelah semuanya sebati, campurkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan.
7. Gaulkan sekata.


8. Masukkan ke dalam loyang dan padatkan. Biarkan sejuk.


Kalau ikut resepi ni, tak perlu masukkan kek ke dalam peti sejuk. Biarkan kek tu sejuk sendiri. Lagi satu, masa padatkan kek tu, pastikan betul-betul padat supaya kek tak pecah masa potong nanti. Kadang-kadang tak sempat tunggu kek tu sejuk pun saya dah ngapp dah hahaha. Selamat mencuba! Kalau ada yang cuba resepi ni nanti, please let me know okayy. Boleh tag je saya kat instagram tu hehe.

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments