Review: Kitsui Meal Replacement

09 November



Do you find yourself constantly hungry with the urge to munch something? Or are you too busy to eat a proper meal? If you answer yes to one of these question, you definitely need Kitsui Meal Replacement! (I answered yes to both, btw hahaha)

Kalau anda jarang ada masa untuk makan, tapi masih mahukan khasiat yang cukup, apa kata anda cuba Kitsui Meal Replacement ni. Dalam Meal Replacement ni dah terkandung pelbagai bahan berkhasiat dan pada masa yang sama boleh membantu anda untuk kenyang. Jadi anda tak perlulah risau kalau tak sempat makan, sebab dengan sepaket Meal Replacement ni je dah cukup untuk buat anda kenyang sehingga tiga jam. Antara bahan yang terkandung dalam Meal Replacement ni ialah spirulina, oat fiber, brown rice, dan pysllium husk.

Meal Replacement ni juga sesuai untuk anda yang tengah berdiet, sebab bila dah kenyang, kuranglah rasa nak makan benda lain kan. Jumlah kalori dalam Meal Replacement ni rendah, tapi masih buat anda rasa kenyang sama macam makan makanan yang tinggi kalori. So if youre on diet, this is a must try! Saya sendiri suka makan Meal Replacement ni sebagai pengganti makan malam, sebab saya jenis tidur awal, jadi kalau boleh taknak lah makan makanan yang berat sangat dalam dua tiga jam sebelum tidur tu kan. Lagi satu saya perasan, kalau saya makan Meal Replacement ni sebelum tidur, esoknya tu mesti saya tak rasa lapar sangat. Maknanya Meal Replacement ni membantu jugalah untuk mengawal selera makan.


Untuk penjelasan lanjut dan kalau nak tahu cara makan produk ni, jom tengok video kat atas ni okay. Im sorry for the low quality hehe. Im planning on getting a new camera for Youtube videos and vlogging soon, so please subscribe to my channel! Just search for "Zulfati Izazi Zulkifli". More interesting videos coming soon, I promise.

Seperti yang Jaji dah pernah hebahkan dalam post sebelum ni, jangan lupa untuk kumpulkan ENAM barcode produk Kitsui yang anda dah beli tu ye, sebab anda akan dapat satu lagi produk Kitsui pilihan anda, PERCUMA je. Wah, untungnyaaa. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang tawaran hebat ni, pergi je ke laman web www.kitsui.com.my atau Facebook kitsuimy, dan jangan lupa follow Kitsui di Instagram @kitsuimalaysia okay.



Oh dan kalau anda berminat nak tengok ulasan tentang produk Kitsui yang lain, bolehlah klik pautan kat bawah ni ye. Dah banyak juga produk Kitsui yang saya cuba, setakat ni semuanya bagus. Thumbs up!


Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments