Review: Sista Stardust Colla Rose

31 January


TERBAHARU! Sista Stardust Colla Rose adalah minuman botani yang anda perlu cuba. Walaupun kolagen ni masih baru dalam pasaran, anda tak perlu risau sebab Colla Rose telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Rasanya sedap, cara nak minum pun cukup mudah. Berikut adalah cara-cara untuk minum Colla Rose:

1. Buka dan tuangkan sepaket Colla Rose ke dalam tumbler
2. Campurkan 150ml air
3. Goncang sehingga sebati, dan minum!

Mudah kan? Sekotak Colla Rose dijual pada harga RM150.00, dan di dalamnya ada 60 paket. Cukup untuk dua bulan. Berbaloi sangat kan? Kalau nak bawa ke mana-mana pun mudah sebab ia dah dibungkus dalam paket-paket kecil, tak macam sesetengah kolagen yang dijual dalam botol besar-besar tu.


Kepada yang tak tahan bau hanyir kolagen (sebab banyak juga kolagen yang dijual berbau hanyir kan), Colla Rose memang sesuai untuk anda. Rasanya sedap okayy. Bau dia macam sirap sikit (hahaha) tapi rasa tak macam sirap. Rasanya masam-masam manis, memandangkan di dalamnya ada terkandung oren. Selain tu, kolagen ni juga mengandungi acacia gum, grape seed, camu camu, astaxanthin, dan rose petals. 

Bahan-bahan ni semua berfungsi untuk menyihatkan kulit. Contohnya, camu camu berfungsi untuk detoks, menghalang mood swing, meningkatkan imunisasi, dan menyihatkan mata. Untuk mengetahui apa lagi kandungan dalam Colla Rose, anda boleh rujuk pada belakang kotak, semuanya ada dinyatakan. Penting ok untuk kita teliti dulu kandungan sebelum kita minum sesuatu produk, sebab tak semua produk sesuai untuk kita, terutamanya kalau kita ada alahan.



Kalau anda nak tengok ulasan lanjut tentang Sista Stardust Colla Rose, jom tengok video kat bawah ni. Btw, kalau anda rajin, tolong pergi ke channel YouTube saya dan subscribe sekali okay! Hehe. I'll make more videos (with better content and better quality) soon!



Salam sayang,
Jaji.

You Might Also Like

0 comments