Mario Badescu Skincare: Berkesan ke?

02 June


Ive been having terrible breakouts these few months. I tried drinking more water, only my pee gets clearer ha ha ha *sad laugh*. I stopped wearing makeups for a while (especialy foundations), nothing changed. I put on some drugstore products, it didnt work as much. I went for facial treatment at a medispa, and it became worse. Sedih kan? 😪


Memandangkan banyak usaha tak menjadi, saya pun mulalah Google produk-produk lain yang boleh membantu memulihkan kulit. Fyi, kulit saya jenis kombinasi (campuran kering dan berminyak). Agak susah untuk cari produk yang sesuai sebab kalau tersalah pakai, kulit akan jadi semakin kering atau semakin berminyak. So throughout my research (via Google University 😛), I found out about this Mario Badescu brand. Sebelum ni dah pernah dengar tapi tak pernah cuba. Sekarang baru rasa nak cuba *sebab terpengaruh dengan review* haha.


Dua produk yang saya cuba drpd Mario Badescu ni ialah Drying Lotion (their best seller) dan Facial Spray. Drying Lotion berfungsi untuk mengeringkan jerawat, terutamanya cystic acne. Cystic acne tu macam dalam gambar kat bawah ni (sebelah kiri).

She is still gorgeous even with that acne???
Kalau menurut ulasan di laman web Sephora atau di blog-blog lain, Drying Lotion mampu mengeringkan jerawat dalam masa satu malam je. 

"Mario Badescu Drying Lotion is a very effective spot treatment, armed with sulfur, salicylic acid, and calamine—it reduces oiliness and unblocks pores," says dermatologist Dr. Patricia Wexler. Use with a cotton swab at night to spot on the affected area and the cystis reduced by the AM." - www.instyle.com

Jerawat saya bukanlah jenis cystic acne, tapi lebih kepada whiteheads. Whitehead saya memang banyak, ada yang besar ada yang kecil. Ada yang ada mata dan ada juga yang buta (faham tak haha 😅, yang ada mata tu kita boleh nampak putih putih tapi kalau yang buta tu dia macam naik biji biji je tapi tak ada putih putih). Anyhow, I decided to give this Drying Lotion a try.

My results:

I tried using it for about 3 days, and I can already see it working! Muka saya naik jerawat besar besar lepas buat rawatan muka di satu medispa ni *taknak sebut yang mana*, dan saya letak Drying Lotion ni pada jerawat-jerawat tersebut dan juga pada whitehead (banyak kat dahi). Mula mula memang pedih sikit, tapi lepas tu okay. Bau sulfur memang kuat, dan benda ni memang akan kering kat muka kita (kalau tidur lasak pun dia masih melekat elok kat muka haha). Masa bangun pagi tu memang kena cuci muka dengan cleanser dan pakai face brush sikit kalau lotion tu masih degil melekat kat muka. Here is my before and after pic:


Sorry for the extreme close ups haha

Tak banyak sangat perubahan, tapi okay laa. Jerawat yang besar tu dah makin mengecut (terutamanya yang besar kat batang hidung tu, nampak ketara beza), tapi untuk whitehead yang buta dia macam takde apa apa kesan sangat. Mungkin sebab produk ni takboleh meresap kot kat whitehead buta tu, takde jalan masuk 😅 Btw gambar sebelum dan selepas tu diambil masa muka saya yang betul betul naked, takde tepek apa apa pun (not even lipbalm). Jadi maafkanlah muka pucat dan dark circle tu ye (been staying up writing thesis 😝). 

Jadi tu ulasan saya untuk Drying Lotion. As for the Facial Spray (I bought the one with aloe, herbs, and rosewater), I have only one thing to say.



I LOVE IT. I love the rose scent it has, and I super love the fast moisturising effect. Ingat tak saya cakap yang muka saya memang susah sikit nak pilih produk sebab takut tak sesuai? Well, this face mist suits me well. Dalam beberapa minit lepas spray tu memang boleh rasa yang muka kita lembab je. Kalau tengok kat cermin pun boleh nampak yang kulit muka kita lebih 'glowing' (bukan berminyak ye, ada beza tau glowing dengan berminyak). Liang roma pun nampaklah makin kecil sikit. I even keep this in my handbag so that I can conveniently spray it anytime, anywhere (iklan sikit).


So I thank thats it! Ni je review saya buat masa ni. I dont regret spending my 💰💰💰 on these products at all. BUT, I dont think that I will purchase the Drying Lotion again since it doesnt really help with my skin problem (whiteheads). Yang jerawat tu ye memang kecut cepat, but to me, it works almost the same as other acne treatment products that doesnt cost as much (Drying Lotion tu RM97 sebotol), although it might take a slightly longer time.


I hope these informations help! Kalau ada nak tanya apa apa boleh komen kat bawah atau DM je kat Instagram (lebih mudah kot), Insyaallah Jaji akan reply. 


Thanks for reading!
Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments