How I Made My Favourite Breakfast Oatmeal

21 July


Selamat pagi semua! *walaupun tak tahu pukul berapa anda baca post ni, tapi nak tulis selamat pagi juga* 😛 Jom mulakan hari anda dengan sarapan berkhasiat! Antara sarapan kegemaran saya (selain nasi lemak haha), ialah oatmeal ni. Saya memang dah dibiasakan makan oat sejak kecil lagi, sebab tu ada kawan-kawan yang pelik macam manalah saya boleh makan oat sedangkan diorang tak minat langsung. Hey oat sedap okay! Haha.

Jadi kali ni saya nak tunjukkan cara saya menyediakan oat kegemaran saya. Saya gunakan bahan-bahan yang mudah disimpan dalam bilik (yes im still a student, still staying on campus). Berikut adalah bahan kegemaran untuk saya campurkan dalam oat saya. 


Jenama oat kegemaran saya ialah Quaker Oat. Untuk susu pula saya gunakan susu kotak Dutch Lady yang kecil tu, yang ada gambar kartun kat kotak dia (lupa pula nak ambil gambar). 

Nah, tonton video ni untuk tengok cara saya menyediakan oatmeal yang biasa saya makan.



Untuk lebih sedap, anda boleh campurkan sesudu madu (untuk bagi rasa manis). Kalau nak tambah granola oat pun boleh. Saya suka tambah granola oat kalau nak bagi dia rangup rangup sikit. Sebenarnya oat ni sedap dimakan dengan pelbagai topping lagi, antaranya buah-buahan segar macam mangga, epal, berries, dan buah naga. Saya juga suka lebihkan air panas/susu untuk bagi oat saya cair sikit, senang nak makan terus telan je haha. 

Okay selamat mencuba!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments