Cuba MR DAKGALBI untuk Kali Pertama

17 October


I know, I know.. I may be a little bit outdated on this one haha. Ketinggalan zaman sikit, mungkin sebab pengaruh Korea tu masih kurang dalam diri saya ha ha ha (walaupun sekarang lagu BlackPink tengah terngiang-ngiang ni 😝). Sejujurnya saya jaranggg sekali tonton cerita Korea atau layan lagu Korea, cuma yang popular tu saya tahu jugalah serba sedikit. Baru-baru ni, saya dan sahabat saya pergi ke Queensbay Mall (hampir setiap hari pergi QB sebenarnya haha) dan kami perasan yang Mr Dakgalbi baru dibuka di sini. Mr Dakgalbi ni restoran makanan Korea yang agak popular dan dah lama juga dibuka di Malaysia. Asalnya kami datang nak makan benda lain, tapi disebabkan sifat ingin tahu kami yang belum pernah makan Mr Dakgalbi, kami pun belek-belek menu dan lepas tu terus masuk dan duduk.


Teruja betul masa duduk tu sebab ada gas bawah meja dan atas meja pula ada "dapur" haha. We ordered the chicken ring cheese set for 2-3 pax. Harganya RM79 (kalau tak silap).




Dalam set ni ada ayam pedasss (sebab kami minta yang pedas), sayur, nasi, ramen, dan kimchi. Air tak perlu pesan dah kalau anda memang nak minum air kosong je sebab dah termasuk sekali dalam set. Kalau nak minum air lain, mereka ada green tea dan beberapa pilihan air gas. Pekerja restoran akan datang tolong masakkan untuk kita. Masa yang diambil untuk ayam tu siap dimasak dalam 7-10 minit jugalah, jadi kalau anda betul-betul tengah lapar dan tak sabar nak tunggu, disarankan jangan makan di sini 😆😂


Masa kami pilih tu, set ni paling berbaloi sebab kami memang nak makan ayam lebih. Kalau nak lebih makan nasi, mereka ada juga set yang lebih banyak nasi berbanding ayam. Harganya pun rendah sikit (dalam RM50 untuk 2-3 orang makan). Pekerja kat sini sangat membantu sebenarnya sebab kami kan pertama kali makan kat sini, jadi mereka pun tolonglah cadangkan set yang sesuai. Ok lah, tak menyesal lah dengar cakap pekerja tu haha.



Dapat baucar RM5 yayy. Keseluruhannya, saya rasa puas hati makan kat sini sebab pedas, sedap, dan kenyang. Kenyang sangat sampai dah tak mampu makan hahaha tapi nasib baiklah berjaya juga habis. 😂 My advice is, if you plan to come here, pls come with more friends haha. Set 2 orang makan tu sebenarnya boleh makan 3 orang (yang saiz perut macam kita orang ni lah haha). If youre reallyyy into Korean/spicy food, then perhaps you'd have no problem finishing it.



Ni bukti kita orang makan sampai habis okay 😝 Thanks for the wonderful first time experience, Mr Dakgalbi. Will surely repeat this (with more friends) hahaha.

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments