Dua Resepi Wrap yang Ringkas, Mudah, Cepat!

28 November


Pemakanan yang sihat tak bermakna kita tak boleh makan sedap-sedap. Pada saya, asalkan kita tahu kandungan dan khasiat dalam makanan kita, dah cukup dah. Maksudnya, kalau nak makan ayam goreng tu, sekurang-kurangnya kita tahu ayam tu bersih dan kita goreng dengan minyak baru (bukan minyak yang dah diulang pakai berkali-kali). Kalau kita masak nasi goreng pula, sekurang-kurangnya kita tahu bahan tumis kita tu segar tanpa perlu menggunakan MSG. And of course, saiz hidangan kita tu mestilah sederhana supaya kita tak terlebih makan melebihi keperluan kalori seharian.

Okay, sebenarnya hari tu saya baru beli satu periuk elektrik serbaguna ni dari Shopee, sebab tu lah saya teruja sikit nak masak haha. Selama ni saya memang suka masak, cuma sejak duduk di hostel, susah sikit sebab tak ada dapur kan. Tapi dengan adanya periuk kecil niii, haa mulalah saya bereksperimen dengan menu-menu ringkas. Periuk ni membantu jugalah untuk student macam saya ni kan, sebab sekurang-kurangnya dapat jugalah saya berjimat sambil berdiet hehe 👻 Antara menu yang menjadi kegemaran saya ialah salad dan wrap, sebab sangatlah mudah untuk disediakan. Makan pun kenyang.

Many many years ago, I had a blog that I used to shared recipes in, but that blog was deleted for some reasons haha. Dalam blog tu, saya pernah kongsikan resepi di bawah nama Resepi Nek Jaji (sebab masa tu budak-budak lagi, tak sabar nak dewasa kot haha 😅). Jadiii dalam post ni, Nek Jaji kembali! 😂😂😂 Dan Nek Jaji nak kongsikan sikit antara resepi wrap paling mudah di duniaaa (wahahahaa yeke), sesuai untuk orang malas  sibuk dan kurang perkakas dapur macam saya ni. Lets have a look!

Resepi 1: Black Pepper Chicken Wrap



Bahan-bahan:
Wholegrain wrap (jenama Mission)  
Isi ayam (dikukus)
Sayur/salad
Serbuk lada hitam asli
Sedikit garam (sikit je)
Kewpie Half Salad Dressing
Kepingan keju (optional)
Chia seed (optional)


Cara-cara:
1. Carikkan isi ayam, kemudian gaulkan dengan lada hitam, garam, dan sedikit salad dressing. 
2. Letakkan sayur di atas wrap
3. Letakkan isi ayam yang telah siap digaul tadi di atas sayur
4. Tambahkan lagi lada hitam dan salad dressing secukup rasa
5. Tambahkan keju
6. Taburkan chia seed
Gulung wrap, siap!

Senang tak? Haha. Untuk sayur tu, saya suka guna daun salad (lettuce - green coral, red coral), lobak merah, butterhead, atau apa-apa je sayur yang ada masa tu. Sawi pun saya pernah guna juga, asalkan wrap saya dipenuhi sayur. Untuk roti wrap pula memang saya suka yang wholegrain, lebih kaya dengan fiber berbanding yang biasa. Serbuk lada hitam tu pula, masa beli tu kena pilih yang 100% lada hitam asli tau, sebab saya pernah tersilap beli satu jenama ni, rupanya yang tu dah dicampur MSG 😪

*rupa wrap sebelum digulung*
Rasa black pepper chicken wrap ni okay juga lahh, kira bolehlahhh haha. Dalam gambar mungkin nampak biasa je, tapi kalau dah buat sendiri tu mesti rasa sedap juga 😂 Kalau nak lebih pedas, tambahkan je lagi kuantiti black pepper tu. Ok, jom tengok resepi kedua pula.


Resepi 2: Spicy Sardine Wrap


Bahan-bahan:
Wholegrain wrap (jenama Mission)
Isi ikan sardin berserta sedikit sos (saya pakai jenama D'Heritage)
Sayur (salad/kobis)
Mayonis
Sedikit cili api
Kepingan keju (optional)

Cara-cara:
1. Lenyekkan isi sardin dan sosnya, kemudian gaul dengan sedikit mayonis
2. Susunkan sayur di atas wrap
3. Letakkan isi sardin yang telah digaul tadi di atas sayur
4. Taburkan cili api yang telah dipotong kecil (ikutlah nak pedas mana)
4. Tambahkan keju
Gulung dan siap!

Okay serius senang gila resepi ni kan hahaa. Sardin D'Heritage tu memang kegemaran saya sebab sedappp dan tak perlu dipanaskan dah, boleh terus makan macam tu je (kalau sardin jenama lain agak hanyir kalau tak dipanaskan/ditumis dulu). Btw untuk mayonis tu, janganlah letak banyak sangat sebab mayonis kan dah tinggi dengan garam/gula dan lemak, jadi bersederhanalah. Kalau boleh pakai mayonis yang kurang lemak terus, lagi baik. Kadang-kadang saya skip je mayonis tu sebab sos sardin tu dah cukup sedap.

Overall, I think these wraps are not only tasty, but also filled with nutrition such as fiber and protein. Wrap ni juga sangatlah memudahkan hidup sebab dia lambat basi, jadi senang untuk saya yang suka bawa bekal ni. Dah simpan dalam luncbox dari pagi pun masih tahan sampai petang.



Anyways, untuk anda yang tinggal di hostel atau rumah bujang, I highly suggest you to get this multipurpose electric cooker! Periuk ni boleh guna untuk goreng, (yes, goreng!), rebus (of course), kukus (dia bagi sekali bekas kukus tu), dan grill (bergantung cara anda grill jugalah haha). Tapi kalau dah boleh goreng tu, maknanya dah cukup serbaguna lah tu. Suhu dia pun lebih panas daripada periuk nasi biasa. Dannn yang penting, its non stick! Goreng telur pakai minyak sikit je pun dah cukup, tak melekat-lekat. You may get this multicooker from the link below:


Okayy, thats all from Nek Jaji for now! 😂 Thanks for reading!

Salam sayang, 
Nek Jaji 👵

You Might Also Like

0 comments