#makanmakan: Ice Creams @ Merry Me, Georgetown

04 November



My bio on this blog says that Im always in a love-hate relationship with ice creams; thats because I loveee ice creams, but I hate it when they make my thighs expand 😂 But of course, love conquers all. Hence, my love towards ice creams overcome any other "feelings" haha. Sooo in my journey to find 'love', I stumbled upon this cute ice cream place in Georgetown. While I was driving home from work (yes I have a job in Penang now haha wow adulting much), I passed by this cute place for the first time. A few days later, I came here with a friend to share those ice creams with (Sharing is important to minimize the calorie intake k haha).



Merry Me ni terletak dalam Reunion Heritage House. Di sini, anda boleh temukan perisa ais krim yang sangat exceptional. Their variety of ice creams are so unique that I dont think you can find them anywhere else. Look at these choices!



Tell me, where else can you find teh tarik or gula melaka or kacang tumbuk flavoured ice creams? Pilihan ais krim di sini sangat menarik, sampai susah nak buat pilihan haha. Lepas kami cuba beberapa jenis ais krim (anda boleh minta untuk cuba dulu, mereka akan berikan sampel), akhirnya kami pun pilih ais krim teh tarik dan salted egg Oreo yang dimakan bersama-sama croissant. Teh tarik dan salted egg Oreo tu dua-dua dari rangkaian ais krim premium, jadi harganya tinggi sikit berbanding yang lain.

Kiri: Teh tarik. Kanan: Salted egg Oreo
Hidangan seperti dalam gambar di atas ni harganya dalam RM19.00 (termasuk croissant). Ais krim teh tarik tu betul-betul rasa teh tarik ok, rasanya seolah-olah kita tersilap letak teh tarik dalam freezer dan lepas tu kita makan terus 😅. Although im not a big fan of teh tarik (the beverage), this teh tarik ice cream is definitely my favourite! Ais krim salted egg Oreo tu pula Zati yang pilih, dan memang sesuai sangat dimakan dengan croissant tu. Rasanya lemak-lemak manis je. Zati kurang minat sikit ais krim teh tarik tu sebab rasanya agak pahit, dan saya pula kurang minat salted egg Oreo sebab pada saya, telur masin tak patut dijadikan ais krim kot 😂😅 Apapun, selera masing-masing berbeza dan akhirnya kami habiskan juga ais krim dan croissant tu sama-sama.

Tingkat bawah

Tingkat atas

Kedai Merry Me yang terdiri daripada dua tingkat ni memang cantik. Setiap ruang dihias dengan menarik. Very instagrammable! Check out these vain photos of me while I was there 👻



Check out my mini radio clutch! 😆

Pastinya saya akan kembali semula Merry Me untuk cuba ais krim lain pula  (masa tak diet lah) 😛. Oh selain croissant, mereka juga ada pilihan roti arang (charcoal bread) untuk dimakan dengan ais krim. Looking forward to try that one soon!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments