#ootd: Gadis Pengapit pada Hari Bahagia AmirahxIdris

14 November


Amirah Izzati (we call her Ijat) tied the knot with the love of her life, Idris, last week. Kami dah mula berkawan sejak bayi lagi (pernah berjiran satu ketika dahulu) dan menjadi lebih rapat kira-kira 20 tahun kemudian (bertemu kembali di UKM)... we are very close. She taught me how to play guitar, she listened to my life stories, she gave me advices I needed... and now she's married! OMG Im sooo happy for you Ijat 😍 Idris, jaga Ijat baik-baik okay. She is one of a kind.


Majlis AmirahxIdris diadakan di rumah keluarga Ijat di Seremban. Semasa hari bahagia Ijat, kami sahabat-sahabat rapat Ijat bertugas sebagai pengapit (bridesmaid). Tak adalah  'bertugas' sangat sebab majlis dah diuruskan dengan rapi oleh Ijat dan keluarga. Kami ni cuma 'bertugas' dalam gambar je, bergambar ramai-ramai bagi meriah sikit 😛 Tema pakaian kami ditetapkan oleh si pengantin sendiri, iaitu baju putih (kebaya putih sepatutnya), kain batik, dan tudung warna krim/coklat cair (nude/beige). Kain batik tu sepatutnya coklat, tapi Zatizai dan Frafrooo ni sejenis rebel yang pakai warna lain pula 😂 They looked super gorgeous though!


Perkara yang saya nak kongsikan dalam post ni adalah tentang pakaian (#ootd) saya pada hari tersebut. Saya berbelanja saat akhir untuk mendapatkan baju tu sebenarnya haha (you know youre really busy when youre even too busy for shopping). Sekalung penghargaan kepada sahabat saya, Nadzirah Afiqah, yang sanggup teman saya cari baju selama berjam-jam. She also paid for my shoes in advance bcs she really wanted to see me wear that shoes and I was reluctant of buying it at first bcs "I dont think its important". So she purchased it for me first, hence 'forcing' me to just buy it 😂.  Love you, babe!


Saya dapatkan baju lace dan kain batik cantik ni dari satu kedai di tingkat 1, Kenanga Wholesale Mall. Kenanga has been my favourite place for shopping since forever. Sebelum wujudnya Kenanga, saya suka beli baju/tudung/beg di kedai-kedai sekitar San Peng (belah luar Kenanga). Kebanyakan kedai dalam Kenanga tu sebenarnya peniaga-peniaga dari San Peng yang telah berpindah ke sana juga. I enjoy shopping here bcs its cheap! Kat sini, kita kena jalan dan belek satu-satu kedai untuk dapatkan barang berkualiti pada harga rendah, sebab banyak juga barang yang kurang berkualiti (sebab dah murah kan). Tapi dengan kesabaran yang tinggi, mesti boleh dapat barang yang berkualiti pada harga yang berpatutan!


My OOTD:

Baju lace putih/cream potongan fishtail: RM80
Kain batik potongan mermaid/duyung: RM50
Inner putih: RM10
White belt: RM10 (Kenanga, of course. Tapi dah beli lama dah)
Kasut: RM110 kalau tak silap  (Nose)
Shawl: Mama punya
Beg: From my instashop izazi.kl, which I used to sell a longgg time ago


The pridi bridemaids 😝

Okay sebenarnya masa hari kejadian tu, saya tak puas hati betul dengan Zatizai dan Frafrooo sebab diorang pakai kain batik tak ikut tema 😂 Actually I had my eyes on this one purple batik skirt, which fits me better than this brown one. Tapi disebabkan saya patuh tema, saya pun lupakan kain purple tu dan beli je warna coklat ni. Below I share the photo from when I was trying in the store.



Anda rasa mana lagi cantik sebenarnya? Purple atau coklat? Hahaha. Apapun saya tetap berpuas hati sebab Ijat kata dia sukaaa sangat pakaian saya - asalkan pengantin bahagia. Saya pun bahagia juga sebab dapat ikut tema tanpa berbelanja terlalu mahal. Oh btw, jangan pelik pula kalau tengok pengapit ni ada 3 orang je haha, sebenarnya ramai lagi, cuma saya tak ada simpan pula gambar kami beramai-ramai. Semuanya ada pada photographer. Tak sabar nak tengok hasilnya nanti! Okay, setakat ni je perkongsian saya tentang baju/uniform bridesmaid. Semoga dapat memberi ilham kepada sesiapa yang sedang mencari. ✨✨




Cantiknyaaa Ijat, nak nangis tengok. Tahniah, Ijat dan Idris. Barakallah, semoga bercinta sampai syurga. 💕

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments