Powered by Blogger.

Search This Blog

The Daily Jaji


To be honest, this is my first time trying Vietnamese meals and to my surprise; I love it! Kafe ni terletak di Georgetown, Penang. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk makan di sini sebab kebanyakan restoran makanan Vietnam yang lain biasanya tak halal (kebanyakan restoran Vietnam memang tulis non-halal). Tapi keraguan saya terhapus dengan adanya logo halal Jakim (bukan sekadar pork-free) pada pintu masuk kafe ni.

Saigon Bowl:Vietnamese Noodle Bar yang terletak di Georgetown, Penang ni menyediakan hidangan yang pada saya amat berkhasiat. Anda boleh lihat sendiri menu yang ada ni. It looks so goooood. They also have the steamboat option.





So after choosing my meal wisely, what I had was this; a very delicious bowl of Dry Pho Fried Chicken. Tengoklah sayur dalam hidangan ni, segar-segar semuanya.  There's plenty of salad in my bowl. My chicken was a bit crunchy on the outside and soft on the inside. The Vietnamese noodle in my opinion is something like kuey teow but slightly "transparent". Rasanya juga lebih "ringan" berbanding kuey teow.

Dry Pho Fried Chicken - RM13.90

Another meal we tried was this Pho Beef Combo. The smell of the soup was delightful! Masa makanan baru sampai tu, bau sup tu sama macam bau yang saya bayangkan masa tengok menu haha. This meal comes with a kind of sambal/sauce (refer last picture). Jadi jangan risau kalau anda jenis yang tak boleh makan kalau tak pedas (macam saya), sebab sambal tu agak pedas juga la. Mereka juga ada bagi perahan limau nipis untuk kita tuang sendiri atas makanan mengikut cita rasa.

Pho Beef Combo - RM18.90



We also ordered this extra dish called Vietnamese Fresh Spring Roll (just bcs it looks good on the menu haha). Geram tengok udang dia tu haha. Very cutely wrapped in a roll 😍 But later we realised that ordering this was a mistake bcs we're already so full from the main dish! We still managed to finish everything though haha and the peanut sauce taste so good?!?

Selain daripada makanannya yang sihat dan sedap, suasana kedai makan ni juga sangat bersih, selesa, dan luas. Sesuailah kalau nak buat makan-makan ramai-ramai dengan kawan atau keluarga. Kalau makan steamboat ramai-ramai kat sini pun syok juga.



I loveee big windows 
Gambar sebelum kekenyangan haha
Kalau anda tengok dalam gambar kat atas ni, ada sambal dan perahan limau nipis macam yang saya cakap tadi. By the way, sorry that I didnt get to review the drinks for you bcs all we had was plain water 😂Anyway, I will definitely come back here, to try their steamboat maybe, and maybe then I will review some desserts or drinks for you (maybe, no promises haha).

Information:

Address: 20A&B, Whiteaways Arcade, Lebuh Pantai, 10300 Georgetown, Penang
Phone: 017-471 3720










Thanks for reading and happy food hunting!
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Selalunya kalau sebut tentang nasi biru, mesti kita bayangkan nasi kerabu kan. Tapi kali ni, Jaji nak tunjuk kepada anda nasi lemak biru pula. Saya terjumpa restoran ni secara tak sengaja masa pergi Starbucks di Solaria, Bayan Lepas. Restoran Projek Nasi Lemak ni baru lagi dibuka di kawasan ni. Masa saya mula-mula ternampak kedai makan ni, saya tertarik nak masuk sebab hiasan dalaman dia menarik. Tapi sorryy saya terlupa nak ambil gambar kedai hahaa, khusyuk sangat makan 😂 Sebagai tanda minta maaf, saya belanja anda gambar nasi lemak ni ok 😜

Pada suapan pertama lagi saya dah jatuh cinta sebab sambalnya sedap! Biasanya sambal yang dijual kat kedai tak sama macam yang kita buat kat rumah kan. Everyone's first impression of nasi lemak is usually the one their mother made for them, so every other nasi lemak will be compared to everyone's version of the best (mom's recipe) nasi lemak. Tapi di Projek Nasi Lemak ni, sambalnya memang kena dengan selera saya. Ikan bilisnya tak masin, manis gulanya pun cukup-cukup. Nasi biru tu nampak je macam pelik sikit hehe tapi sebenarnya sangat harum dan sedap.



Selalunya kalau saya makan nasi, saya akan pesan nasi separuh (tak punminta kawan-kawan tolong habiskan hahaa). Tapi kali ni saya berjaya habiskan setiap titik peluh petani (sebutir beras kan sama dengan setitik peluh petani?? *ingat lagi tak iklan tu hahaha*)


Pada saya, sepinggan nasi lemak biasa yang berharga RM5.90 ni sangat berbaloi. Mungkin harganya tinggi sikit berbanding nasi lemak biasa yang lain, but trust me, its worth it. Saiz hidangan tu cukuplah untuk mengenyangkan saya, dan suasana kedai makan ni juga bersih dan selesa. Nasi lemak ayam macam yang saya makan ni pula berharga RM9.90.


Sebenarnya Projek Nasi Lemak ni popular dengan nasi lemak udang galah cheese, tapi tu lah... I'll treat myself with that one when Ive something to celebrate for in the future, maybe 😂 #itstooexpensiveforabrokestudentlikeme hahaha. Tak silap saya, Projek Nasi Lemak ni ada beberapa lagi cawangan lain di sekitar Penang, tapi saya belum pernah cuba lagi. Rasanya ada banyak lagi menu menarik yang lain selain nasi lemak. I'll definitely try them out soon! #hopefully

Thanks for reading!
Salam sayang, Jaji


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kalau anda salah seorang follower saya di Instagram dan biasa tengok Instastory saya, mesti anda perasan yang saya selalu sangat minum Tealive haha. Dalam seminggu tu mesti ada sekali, sekurang-kurangnya. 😂 Tealive is my fav bcs I love milk tea (but somehow I don really like teh tarik?? haha) and I love the feeling of chewing some pearls (or sometimes cincau) while sipping my milk tea - its like drinking and eating at the same time hahah. However, my milk tea preference  is ALWAYS "no sugar" or "slight sugar". I never take it on full sugar, its just too sweet for me. My top three favourite drinks from Tealive are their Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea (no sugar/slight sugar), Grass Jelly Roasted Milk Tea (no sugar), and Superior Coco (no topping, slight sugar). For me, their milk tea is already tasty enough without additional sugar syrup.

Anyway, what I actually want to share with you is... *drum rolls*

HOW TO GET A CUP OF YOUR FAV TEALIVE FOR ONLY RM2.50!!! 

As you know, the normal medium Tealive cup costs RM6.90 each, and the large cup costs RM7.90. Okay now lets cut to the chase. Just follow these simple steps to get your discounted Tealive!

Step 1: Download the Touch n Go E-wallet App




Step 2: Topup Your E-wallet





Anda boleh pilih mana-mana jumlah seperti yang tertera, dan lepas tu tambah nilai guna online banking macam biasa.

Step 3: Go to any Tealive Outlet and choose your drink!


please ignore my RM3.00 balance hahaa
Masa nak bayar tu, anda hanya perlu klik Pay dan satu barkod akan tertera. Tunjukkan je barkod tu pada juruwang dan mereka akan scan barkod tu, dan lepas tu wang akan ditolak daripada e-wallet anda.


Thats ittt. Semudah 1, 2, 3 (literally). This is one of the best promotion evurrr, thank you Touch n Go and Tealive! Untuk pengetahuan anda, harga RM2.50 tu untuk gelas sederhana, kalau gelas besar harganya RM3.50. Tapi masih jauh lebih murah daripada harga biasa kan. Btw, this offer is valid until this 31st December only so hurry up! Okay dah siap pun tulis blogpost ni, sekarang nak gerak pergi beli Tealive jap haha bye. 👻👻👻



Thanks for reading!
Salam sayang,
Jaji
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI
My friends call me Jaji. Malaysian. Currently in South Korea. I blog for fun, just to share about all the good things in life. I am currently (trying to be) active in sharing about my PhD journey and scribbling about my daily life in Korea.

MY INSTAGRAM

POSTS YOU MAY WANT TO READ

  • Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur
  • THIS ROUTINE SAVED MY HAIR
  • How I DIY My Marble Table / Buat Sendiri Meja Corak Marmar
  • Makan Secara Sihat di Epic Fit Meals
  • 7 Tips Remeh untuk Move On!
  • Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri
  • Review: Najis Berminyak Lepas Makan Kitsui Royal Lipo Trim??
  • My Academic Journey

POSTS FROM THE PAST

  • ►  2021 (11)
    • December (1)
    • November (1)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (1)
    • July (2)
    • June (1)
    • April (1)
    • February (1)
  • ►  2020 (7)
    • November (1)
    • September (1)
    • June (1)
    • May (1)
    • April (1)
    • January (2)
  • ►  2019 (17)
    • December (2)
    • November (1)
    • September (3)
    • August (1)
    • July (1)
    • June (2)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (1)
  • ▼  2018 (26)
    • December (3)
    • November (2)
    • October (3)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (3)
    • June (1)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (3)
    • February (1)
    • January (2)
  • ►  2017 (39)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (2)
    • September (2)
    • August (3)
    • July (4)
    • June (1)
    • May (5)
    • April (4)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (4)
  • ►  2016 (54)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (3)
    • September (5)
    • August (8)
    • July (5)
    • June (7)
    • May (9)
    • April (4)
    • March (3)
    • February (4)
  • ►  2015 (12)
    • December (2)
    • November (2)
    • October (2)
    • September (2)
    • May (1)
    • April (3)
  • ►  2013 (19)
    • December (6)
    • November (4)
    • October (7)
    • September (2)
  • ►  2012 (1)
    • January (1)
  • ►  2011 (1)
    • April (1)
  • ►  2010 (18)
    • December (1)
    • November (2)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (2)
    • May (1)
    • April (3)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (2)
  • ►  2009 (45)
    • December (3)
    • October (4)
    • September (3)
    • August (4)
    • July (5)
    • June (3)
    • May (2)
    • April (6)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (7)
  • ►  2008 (4)
    • December (1)
    • November (2)
    • September (1)

YOU CAN TRANSLATE THIS BLOG

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates