Nasi Lemak Biru di Projek Nasi Lemak

by - December 12, 2018


Selalunya kalau sebut tentang nasi biru, mesti kita bayangkan nasi kerabu kan. Tapi kali ni, Jaji nak tunjuk kepada anda nasi lemak biru pula. Saya terjumpa restoran ni secara tak sengaja masa pergi Starbucks di Solaria, Bayan Lepas. Restoran Projek Nasi Lemak ni baru lagi dibuka di kawasan ni. Masa saya mula-mula ternampak kedai makan ni, saya tertarik nak masuk sebab hiasan dalaman dia menarik. Tapi sorryy saya terlupa nak ambil gambar kedai hahaa, khusyuk sangat makan 😂 Sebagai tanda minta maaf, saya belanja anda gambar nasi lemak ni ok 😜

Pada suapan pertama lagi saya dah jatuh cinta sebab sambalnya sedap! Biasanya sambal yang dijual kat kedai tak sama macam yang kita buat kat rumah kan. Everyone's first impression of nasi lemak is usually the one their mother made for them, so every other nasi lemak will be compared to everyone's version of the best (mom's recipe) nasi lemak. Tapi di Projek Nasi Lemak ni, sambalnya memang kena dengan selera saya. Ikan bilisnya tak masin, manis gulanya pun cukup-cukup. Nasi biru tu nampak je macam pelik sikit hehe tapi sebenarnya sangat harum dan sedap.



Selalunya kalau saya makan nasi, saya akan pesan nasi separuh (tak punminta kawan-kawan tolong habiskan hahaa). Tapi kali ni saya berjaya habiskan setiap titik peluh petani (sebutir beras kan sama dengan setitik peluh petani?? *ingat lagi tak iklan tu hahaha*)


Pada saya, sepinggan nasi lemak biasa yang berharga RM5.90 ni sangat berbaloi. Mungkin harganya tinggi sikit berbanding nasi lemak biasa yang lain, but trust me, its worth it. Saiz hidangan tu cukuplah untuk mengenyangkan saya, dan suasana kedai makan ni juga bersih dan selesa. Nasi lemak ayam macam yang saya makan ni pula berharga RM9.90.


Sebenarnya Projek Nasi Lemak ni popular dengan nasi lemak udang galah cheese, tapi tu lah... I'll treat myself with that one when Ive something to celebrate for in the future, maybe 😂 #itstooexpensiveforabrokestudentlikeme hahaha. Tak silap saya, Projek Nasi Lemak ni ada beberapa lagi cawangan lain di sekitar Penang, tapi saya belum pernah cuba lagi. Rasanya ada banyak lagi menu menarik yang lain selain nasi lemak. I'll definitely try them out soon! #hopefully

Thanks for reading!
Salam sayang, Jaji


You May Also Like

0 comments