Powered by Blogger.

Search This Blog

The Daily Jaji


Beberapa bulan yang lepas saya beli produk daripada The Ordinary buat pertama kalinya! *drum rolls* haha. Ok lah without further ado, I will start my reviews on these two products: The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% dan Retinol 0.2% in Squalane.

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%


Warna: Jernih
Tekstur: Gel


Jadi pada asasnya, apa fungsi niacinamide ni dan zinc ni? Menurut website TO, gabungan niacinamide dan zinc berfungsi untuk mengurangkan cela (blemishes) dan menyeimbangkan pengeluaran minyak (sebum) pada kulit. Maksudnya kulit akan lebih bersih dan kurang berminyak. Tapi kena take note, produk ni bukan untuk memulihkan jerawat yea. Produk ni juga tak sesuai digunakan serentak dengan Vitamin C sebab boleh menjejaskan fungsi Vitamin C tu nanti.

Pengalaman saya menggunakan produk ni setelah lebih kurang 3 bulan: memuaskan. It does what it says. Biasanya saya akan pakai niacinamide ni pada waktu malam sebab waktu siang saya pakai toner Vit C (tak boleh pakai serentak dgn niacinamide), tapi kadang-kadang saya akan pakai juga pada waktu siang, bergantunglah pada keadaan muka masa tu. Perkara yang palinggg saya suka dgn niacinamide ni adalah fungsinya yang membuatkan pori nampak lebih kecil daripada biasa. Dalam 15 minit lepas pakai tu dah terus nampak perubahan.

Dari segi sebum production, disebabkan muka saya jenis combination, sebum pada hidung tu memang masih ada lah, cuma dah berkurangan. Saya kena selalu peka dan lap muka dengan blotting paper (atau tisu je), sebab kadang-kadang walaupun baru dalam sejam je duduk buat kerja depan laptop, mulalah hidung berminyak 😅😭Mungkin sebab banyak sangat perah otak so keluarlah minyak kat hidung ha ha ha *gelak sedih*.

Next, The Ordinary Retinol 0.2% in Squalane

Warna: Kuning jernih
Tekstur: Macam minyak yang cair

Ok sebenarnya saya kelam kabut beli retinol ni haritu sebab masa tengok cermin tiba tiba rasa macam banyak sangat kedut halus kat bawah mata!! Rasa macam OMG im old!! Memanglah dah tua pun tapi rasa macam nooo I love my age but also nooo I dont want wrinkles, not yet 😆 Faham tak perasaan ni 😂😂😂haha anyways, retinol berfungsi untuk mengurangkan garis halus, photo aging (penuaan disebabkan cahaya) dan proses penuaan lain secara amnya. So at that time, it seems like the best product to treat my under eyes! Haha.

Saya pakai retinol ni pada waktu malam setiap kali sebelum tidur. Produk ni boleh menyebabkan kulit jadi senstitif terhadap UV, jadi kena ingatlah untuk sentiasa pakai sunscreen sebelum keluar. Pengalaman pakai retinol ni? Honestly, it works! Lepas dalam seminggu pakai mula mula rasa macam nak give up je sebab tak ada kesan sangat pun, dah la bila sapu tu rasa panas panas sikit, tapi lepas 2-3 minggu tu dah mula nampak perubahan. Kedut bawah mata saya dah tak ketara sangat, kulit tu macam dah "berisi". Mungkin produk ni berkesan, atau mungkin juga sebab saya banyak minum air kosong 🤔🤔🤔 Anyway you have to try it to belive it!

Saya pun ada belikan retinol ni untuk Mama, tapi yang 1.0% punya. Kalau orang yang tak biasa pakai retinol, disarankan untuk mula dengan retinol 0.2% macam yang saya punya ni dulu.



Ok sekian itu sahajalah segmen Beauty Review saya pada kali ini. Terima kasih kerana sudi baca. Ada banyak lagi produk nak review ni, I really need to find more time to blog! Sebab blogging semestinyalah lagi best daripada tulis tesis ha ha ha *gelak sedih lagi*

Apapun, on top of everything we do to take care of our skin, we need to learn to love ourselves because we are more than just what our skin looks like. Just look at me, I look 30 but in my heart Im actually 23 hahashshhshs. But seriously, lets love and care for ourselves endlessly 💕


Thanks for reading, salam sayang!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

The post title looks like the title of a chic flick novel hahaha. Anyway I just came back from my best friend's wedding and I just feel like sharing the experience of being the bridesmaid for all of their weddings! So basically today's wedding was the fifth one that I attended as a bridesmaid in my life. Hampir semua sahabat baik saya dah selamat mendirikan rumah tangga, and Im so happy for them 💕Now lets recap all my best friends' weddings, starting from last year (2018) up to the most recent one from today (December 2019).

Zatizai dan Syakirin (#izzatixsyakirin) - 3/2018











Zati merupakan sahabat baik saya sejak zaman belajar kat UKM, dulu kami berkongsi bilik selama 3 tahun. We were soulmates! Zati dan Syak pun berkenalan masa kat UKM. Zati menikah di masjid berhampiran dan majlis resepsi pula diadakan di rumah, dan kami yang jadi bridesmaid ni kena pakai baju ikut tema warna 'hijau emerald'. Saya turut menjadi pengapit Zati (tukang bawa payung masa pengantin berarak hehe). Zati was the first among my small circle to get married, and it was so touching 💔Anyway, disebabkan Zati dan Syak dua-dua dari UKM, maka majlis kenduri mereka dah jadi macam mini reunion dah sebab ramai tetamu yang datang tu merupakan kenalan saya dari UKM juga. It was a beautiful day 💕

Ijat dan Idris (#amirahxidris) - 3/11/2018





We've known each other since we were babies (literally, sebab dulu nenek Ijat berjiran dengan keluarga saya). Tapi 20 tahun kemudian baru kami bersahabat semula masa di UKM. Walaupun umur kami beza dua tahun (of course Im the younger one! 😝), tapi hubungan kami sangat rapat. Sama macam Zati dan Syak, cinta antara Ijat dan Idris pun mula berputik semasa belajar di UKM. Majlis nikah dan resepsi Ijat diadakan di rumahnya di Seremban, dan kami sebagai bridesmaid kena pakai baju putih dan kain batik. Ijat dan Idris sekarang dah dikurniakan seorang cahaya mata, tapi saya pun tak sempat jumpa lagi baby comel tu. #busyadultlife sobs, but itsokay baby, Auntie Jaji will come and visit you soon Insyaallah 😘

Wany Nazar dan Shevrul Farhan (#shevnikahwany) - 23/2/2019






Wany is my best friend since 2011, sometimes she knows me better than I know myself 😂Majlis Wany agak unik sebab Wany keluar daripada kebiasaan kenduri Melayu yang jumlah jemputan biasanya tak kurang daripada 1000 orang; majlis Wany dibuat secara kecil-kecilan dan hanya menjemput 100 orang. Nikah serta resepsi Wany dan Paan diadakan di K'seena House, tempat yang sangat cantik dengan kampung vibes. I never thought that a small wedding could be so meriah! Haha mungkin sebab semua orang sempat bersembang, berkenalan, dan dapat bergambar dengan pengantin puas-puas. As the bridesmaids, we got to wear matching kain batik with a white top for a traditional look. It was a memorable day 💕

Farah dan Fakhri (#farahfakhri) - 9/11/2019



  

Farah dan Fakhri mula berkenalan melalui sapaan "hi" di Instagram je, how sweet! 💕Some people found love in the most unexpected ways 😍Majlis mereka diadakan di Cornerstone Glasshouse, berhampiran KLCC. Farah gave us matching baju kurung moden with alternate colours (pink and turqoise) to be worn as the bridesmaids on her wedding day. Masa kenduri Farah ni saya turut menjadi floor manager (feeling macam buat event kat kolej dulu haha) dan sempat menyampaikan sepatah dua kata untuk pengantin (pengantin terharu sampai nak nangis dah ok 😜). It was a busy yet meaningful day, definitely a day to remember. Btw Fra, I will never forget the memory on the night before your wedding #onlyweknow 😆😂

Alia dan Nazran (#aliaxnazran) - 8/12/2019








Anddd the most recent wedding I attended is for Alia and Nazran. Majlis nikah dan resepsi mereka diadakan di Dewan Perdana Felda. Alia gave us a piece of cloth to be made into our desired outfit, and I had mine tailored into a peplum kurung. Alia dan Nazran masing-masing berkenalan di hospital tempat mereka bekerja dan mereka dah bertunang pada April lalu. Hari ini mereka mengikat pertalian suci dalam majlis yang sangat indah (and again, I cried 😂). I dont know what is it with solemnization that always had me all sobbing haha. Saya dan Alia dah bersahabat sejak zaman sekolah lagi, when we used to talk about love like we know what it is, and to see her tie the knot with the man she loves made my heart bloom 💓

Pengalaman menjadi bridesmaid untuk sahabat-sahabat saya memang satu kenangan yang cukup indah. Mostly, what we did was just be there for the bride, do whatever it takes to help the events go smoothly, and take loadddsss of photos 😆 Thank you girls for trusting me to be a part of your big days. As you know Im currently studying and staying in Penang, and going back to KL for my best friend's wedding is always something I look forward to. Anyway, another best friend is getting married next month and I cant wait!

Barakallah, girls. I minta maaf kalau ada tersalah silap sepanjang memegang amanah sebagai bridesmaid dan epanjang kita bersahabat. Im truly happy for all of you. Walaupun kita jarang jumpa kerana dipisahkan oleh jarak dan masa 😢, please know that you'll always be in my heart 💕and facetime is just a click away 😘


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hi guys, welcome back to my blog! Sorry for the long hiatus, I got pretty caught up in work and study. Anyway Im back now and I have something to share, and this time its not a product review 😂😛

As you know, Im still a student struggling to finish my research. So as a student in USM, my life was all about studying and working (part time, freelance). Then about a year ago, I was approached by the school and they asked if Im interested to teach English classes to foreign students. Of course I said yes! At first I was quite worried bcs I dont have a formal English background (I studied Linguistics), but they said its okay, they believe in me 💪*terharu* 🥺

This isnt exactly my first time. Back in 2015 when I was doing my internship with Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), I had the chance to teach Malay language to a foreign student. However that was a looong time ago and teaching my second language would definitely be more challenging than teaching my mother tongue. Anyway, challenge accepted!



The first group of students I taught consists of students from China, Saudi Arabia, and Yemen. The second and third groups were students from Thailand, and recently I had the opportunity to teach students from Japan. One very interesting thing I experienced was trying to understand their accents. They speak with different accents influenced by their mother tongues and it sounds unfamiliar to my ears. Tapi lepas tu dah mula faham dan tak perlu minta diorang ulang balik dah 😂

Btw ada satu kisah lucu yang pernah terjadi dalam kelas:

Me: Homonyms are words that sounds the same but have different meaning. Can you give me one example of homonyms?
Yemeni student: *angkat tangan* Teacher, example like "bark".
Me: Yes, good. "Bark" like the tree bark and also like the dog bark.
Yemeni student: *looks confused* No teacher, I mean "bark".
Me: Yes thats correct *trying to convince him that he gave a good example*
Yemeni student: No teacher I MEAN "BARK" LIKE BARKING YOUR CAR
Me: OHHHH YOU MEAN "PARK"

🤣🤣🤣🤣🤣

*Park = like parking your car or park = the place where you go jogging.
*Arab phoenetics doesnt have the "p" sound

Thailand Students Batch 1

Anyway, Im in love with the manners of my students, especially from Thailand and Japan. They are very polite. Whenever they see me they will never failed to greet me along with the hand gesture. Mereka sentiasa ucapkan terima kasih dan sentiasa senyum. Whenever I passed by them, they will always nod and give way. They are also very proud of their culture and language. Throughout the course, I probably learned more Japanese than they learned English 😆At the end of each class, the students seemed to be entertained when I say "omaira arigato!" which is kind of like "terima kasih semua!" 😂

Thailand Students Batch 2

Overall, teaching is fun but its also exhausting bcs I have to spend my time outside of class hours doing teacher job like marking their tests and quizzes, reading their essays, and preparing materials for the next class. On top of that I also need to write my thesis and papers. #prayformyeyebags

The day we had our class at Queensbay Mall! - Japanese Students Batch 1

Despite the busyness, I felt so lucky to be given this chance. Bcs as a full time student, we usually only focused on studying and in the end when we graduate, we'll be lacking of one important thing on our resume; work experience. For me, these experience are worth not getting enough sleep for 🐼Im looking forward to more teaching gigs before I officially become an academic one day, Insyaallah.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

So the other day I received this set of Body Shop Shea Butter body care products as a birthday gift from my good friend Izzati Azmi 😍 She knows the dry skin problem Ive been having hence she bought these for me. Thanks for the gifts, Zati! You know I love youuu. 


Ok memandangkan dah ada barang ni, alang-alang saya buat je lah ulasan sikit kan untuk dikongsi dengan anda yang mungkin tengah tercari-cari produk yang sesuai untuk manjakan diri, terutamanya untuk kulit kering. Shea butter adalah sejenis lemak daripada kacang pokok shea Afrika. Shea butter kaya dengan Vitamin A, dan antara khasiat shea adalah untuk mengurangkan kedutan serta merawat ekzema.

Ok so lets get straight to these yummy products!

Shea Nourishing Body Butter

pic from introbd.com

Siapa je tak pernah dengar tentang body butter daripada Body Shop kan? Rasanya ini memang antara produk flagship mereka dan selain shea, ada pelbagai lagi "perisa" menarik macam strawberi dan peach (one of my fav). Perkara yang saya suka tentang shea body butter ni adalah ia saaangatlah melembabkan. Kulit kering pun jadi lembut dan lembab je, dan kelembutan tu tahan lama (tak macam pakai losyen biasa). Teksturnya pun tak berminyak dan cepat menyerap. And of course, it smells great! 💕 Mungkin sesetengah orang akan rasa macam bau dia terlalu kuat, tapi pada saya okay je. 

Kandungan: Water (Solvent/Diluent), Shea Butter (Butyrospermum Parkii) (Emollient), Cocoa (Theobroma Cacao) Butter (Emollient), Cyclomethicone (Emollient), Glycerin (Humectant), Glyceryl Stearate (Emulsifier), PEG-100 Stearate (Surfactant), Cetearyl Alcohol (Emulsifier), Babassu (Orbignya Oleifera) Oil (Emollient), Beeswax (Emulsifier/Emollient), Lanolin Alcohol (Stabiliser/Emollient), Phenoxyethanol (Preservative), Fragrance (Fragrance), Methylparaben (Preservative), Propylparaben (Preservative), Xanthan Gum (Viscosity Modifier), Benzyl Alcohol (Preservative), Disodium EDTA (Chelating Agent), Sodium Hydroxide (pH Adjuster), Caramel (Colour), F D & C Yellow No 5 (Colour).

Shea Shower Cream

pic from thebodyshopnig.com

Untuk yang ni, saya memang suka dengan bau dia. Sebenarnya bau dia lebih kurang je untuk shower cream dan body butter, tapi bila dah kena air dan dah jadi buih kat badan tu macam jadi lagiii wangi, melekat kat satu bilik air haha. Cuma satu je; shower cream ni lebih sesuai dipakai waktu mandi petang/malam berbanding mandi pagi terutamanya kalau badan cepat berpeluh (macam saya haha). Sabun ni tak ada fungsi antibakteria jadi badan memang cepat busuk sikit 😂 Sooo untuk mandi pagi saya tetap pilih mandian yang khusus untuk antibakteria (Antabax/Lifebuoy/Dettol etc).

Kandungan: Aqua, Sodium Laureth Sulfate, Acrylates Copolymer, Sodium Chloride, Parfum, Glycerin, Benzyl Alcohol, Lauryl Betaine, Decyl Glucoside, Styrene/Acrylates Copolymer, Mel, Sodium Hydroxide, Coco-Glucoside, Salicylic Acid, Butyrospermum Parkii Butter, Sodium Cocoabutteramphoacetate, Disodium EDTA, Linalool, Sorbic Acid, Coumarin, Citric Acid, Alpha-Isomethyl Ionone, Benzoic Acid, Denatonium Benzoate, Caramel, CI 15985.

Shea Exfoliating Sugar Body Scrub

pic from the body shop malaysia

Tekstur skrub ni tak terlalu kasar macam sesetengah skrub yang rasa macam kena sagat 😂 Untuk skrub ni, saya dah cuba pada beberapa tempat pada badan yang agak kasar terutamanya lutut dan siku, and Im loving the results 😍 Kulit kering pada siku saya kekal licin dan lembab lebih kurang seminggu juga walaupun tak pakai losyen. Fungsi skrub memang untuk exfoliate (buang sel kulit mati), dan saya rasa body scrub ni berjaya menjalankan fungsinya dengan sangat baik. Kulit kat tempat saya skrub semua rasa lebih lembut dan nampak lebih sekata sebab sel kulit mati dah tertanggal. Yang lagi best, skrub ni tak bersepah jadi boleh je kalau nak skrub sambil-sambil tengok movie kat laptop tu hihi. Plus, it smells awesome!

Kandungan: Ethylhexyl Palmitate, Sodium Chloride, Helianthus Annuus Hybrid Oil, Sucrose, Silica [NANO]/Silica, Glycine Soja Oil/Glycine Soja (Soybean) Oil, Butyrospermum Parkii Butter/Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Parfum/Fragrance, Phenoxyethanol, Ricinus Communis Seed Oil/Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Tocopherol, Linalool, Coumarin, Alpha-Isomethyl Ionone, Helianthus Annuus Seed Oil/Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Propylparaben, Rosmarinus Officinalis Extract/Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract, Citric Acid, Datem, CI 77891/Titanium Dioxide

So thats all my short and honest t review for these products! Ok brb, nak pergi manjakan diri dengan barang-barang wangi ni kejap hehe. Lagipun esok Sabtu, so tonight is the perfect night to pamper yourself, ladies 💅

Good night and have a good weekend!

Salam sayang,
Jaji



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Finally, kita dah sampai ke Part 3. Terima kasih kepada yang sudi baca Part 1 dan Part 2, now this final part is for you 💕 Pada hari ketiga kami cuma lawat satu wisata, dan masa selebihnya diluangkan untuk berbelanja. Takdelah shopping sangat (again, this is a budget trip), cuma adalah beli buah tangan sikit untuk keluarga dan sahabat.

Ok walaupun kami pergi satu tempat tarikan je, tempat ni sangat mengujakan! We were very excited just to be here haha. Tempat yang dimaksudkan ialah... De Ranch! De Ranch ni terletak di Lembang, tak jauh dengan tempat-tempat yang kami dah lawat pada hari sebelumnya.


Tujuan utama kami ke sini memang untuk naik kuda je. And of course, riding the horse was the most exciting part for me!

My horse was so naughtyyy. Sekejap-sekejap dia bersin lah, gerak kiri kanan lah. Luckily I kept my cool and manage to stay balanced on the horse 😎😆  Lepas tu kuda ni degil sikit, taknak dengar kata 👀, so susah sikit nak ambil gambar kat background yang cantik.  I settled with whatever photos I have anyway (also bcs I know I can photoshop them later 😂).

Sepanjang berada di sini, I felt like I was on the ranch episode of Jane the Virgin 😂

Well I photoshopped the background, but its nice right!! 😜 The original background was some kind of umbrellaaa??? lol

ok this was me...👆

and this was Jane 👇

See what Im talking about? 😂 But in my case... there was no bull involved


Country vibesss

Anyway, we took two rounds of the horse riding session and it was so worth it. Satu round 30k rupiah. Kuda tu dipandu oleh pekerja kat sini, jadi kalau anda tak ada pengalaman naik kuda sekali pun, tak perlu risau.

Selain naik kuda, kami juga sempat cuba naik ATV di trek kecil yang ada di sini. Ada kecelakaan (kemalangan) yang berlaku masa tu 😂


Kisahnya, saya nak sangat cuba main ATV tu sendiri, tapi Syu dan Nab kata "kau kan tak pernah bawa motor, boleh ke bawa ATV?" Jadi disebabkan terpengaruh dengan kata-kata mereka maka keyakinan diri saya pun berkurangan seketika 😌 So for the first round, saya cuba bonceng dengan Nabila dulu.

Malangnya Nabila pun hilang kawalan sebab kami berdua terlalu berat 😆 Maka berlakulah sedikit kecelakaan,  mujur saya sempat berdiri dan turun dari ATV tu sebelum terjatuh. It was a fun experience though haha. Lepas tu untuk round seterusnya, kitorang masing-masing naik seorang-seorang je, and turned out it wasnt that hard 😜 Although, the reality was veryyy far from the expectation 😂 (I will upload the video on my insta soon haha). Haha tapi takpelah at least dah cuba kan 😝


After spending hours at the ranch, we decided to go for a shopping session. Kami ke Pasar Baru, tempat yang cukup popular dalam kalangan orang Malaysia. Syarikat pemandu kami ada sediakan orang untuk tolong guide kami sepanjang di Pasar Baru, dan Mas Dani sangatlah membantu. Cakap je nak beli apa, dia akan terus bawa kami ke tingkat atau kedai yang sesuai. Kat sini pun akan ada ramai penjual yang datang kat kita dan pujuk supaya beli barang mereka. Kalau nak beli pun boleh, tapi menurut Mas Dani, harga yang mereka jual tu lebih mahal berbanding yang di kedai. Kat Pasar Baru ni juga boleh tawar-menawar 🤩

Petang tu lepas dah penat shopping, dan disebabkan Nabila teringin sangat nak makan McD, kami pun minta pemandu bawakan ke McD. Nasib baik McD ada nasi uduk, takdelah datang jauh-jauh tapi makan burger je kan 🤪 And the nasi uduk was delicious!

So our trip ended there. Keesokan harinya, flight kami 8 pagi jadi pukul 4 lagi kami dah bangun, bersiap, dan gerak ke lapangan terbang naik Grab. 

It was a very short trip, but it was definitely memorable. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Setelah hampir dua minggu baru sempat update Part 2 untuk trip jalan-jalan ke Bandung hari tu. Nasib baik ni bukan nasi, kalau tak dah basi dah 😝 Ive been super busy lately, with studying and trying to survive life 😂 But good news, Ive passed my PhD proposal defence! Alhamdulillah. Will share the experience on another post soon (kalau sempat dan kalau ingat).

Anyway lets proceed to the actual content of this post! Jadi, pada hari kedua di Bandung, kami dah upah pemandu untuk bawa jalan-jalan. So we went to all the main attractions as advertised on Google 💁 Saya akan tulis berdasarkan turutan tempat yang kami lawati, jom tengok.

1. The Lodge Maribaya


Awesome place! Sebenarnya kami nak ke Dago Dream Park dulu, tapi masa sampai di Dago, tempat tu tutup lagi. Jadi pemandu pun bawa kami ke sini. We had fun taking photos and all. But we didnt spend that much time here bcs our driver is already waiting, plus this place wasnt in our itinerary at first (big mistake! this place is totally worth going). Tempat ni besar, jadi kalau nak luangkan masa kat sini mungkin sekurang-kurangnya satu jam.

Nuur Syuhada Md Tarmizi, akauntan untuk trip kami


2. Dago Dream Park



Honestly were here just for the Aladdin carpet 😂 Tempat ni pun besar, dan banyak tarikan yang ada. Mostly very instagrammable. Tapi setiap satu tarikan tu kena bayar asing-asing, jadi kami cuma pilih tarikan yang kami betul-betul nak je. Maklumlah, percutian "hemat" hehe. Untuk gambar di karpet Aladdin tu, kami kena bayar dalam 30k rupiah, dan ada jurufoto yang akan ambilkan gambar. Lepas tu, gambar kita akan dihantar melalui email. Kami ada cuba untuk main benda lain macam flying fox, tapi masa kami pergi tu masih awal, jadi banyak tarikan yang belum dibuka.


3. Kebun Begonia



This is a very beautiful place. Penuh dengan bunga yang indah, also very instagrammable. Cuma untuk bawa kamera masuk ke tempat ni, kami perlu bayar yuran sebanyak 25k. Tapi kamera phone takpe, boleh je bawa masuk. Well it was worth my 25k rupiah bcs I get to take awesome photos of flowers using my DSLR! 


Jap tengah busy tengok waze

Ada satu pengalaman yang takkan dilupakan kat sini. Masa baru sampai dan masa nak balik tu, kami diserbu oleh penjual keychain dan penjual strawberi yang seakan memaksa kami untuk beli barang mereka. 

"Tolong kak, beli kak".
"Kak, kasihan saya kak"

Disebabkan kesian, saya pun belilah sekotak buah strawberi pada harga 50k. Malangnya... sebahagian drpd kotak yang besar tu sebenarnya kosong, melainkan beberapa biji strawberi yang disusun pada belah atas. Sobs.. tapi takpelah, kami anggap tu sedekah. Lagipun beberapa biji strawberi yang ada tu memang sedap. Okay, moving on to the next destination!

4. Floating Market Lembang


Tempat ni besarrr. We walked thousands of steps here haha. Floating market kat sini banyak jual makanan. Kalau nak beli, makanan tersebut perlu dibayar dengan token (kena beli token dulu). Selain floating market, dalam kawasan yang sama juga ada taman Jepun, boleh sewa kostum Jepun kat sini. Dalam perkarangan yang sama juga ada mini zoo dan Kota Mini. Sempat la juga kami main dengan kambing biri-biri haha. Kota mini tu pula ala-ala Kidzania, jadi kalau bawa budak-budak memang seronok la. Oh btw, tiket masuk kat sini boleh ditukar dengan minuman percuma.



5. Farmhouse Susu Lembang aka Rumah Hobbit


This was the highlight of the day! Kami kat sini lebih kurang 2 jam sebab tempat ni menarik dan cantik. I get to dress up as a Dutch Lady for only 75k! Hehe. Seronok betul berfantasi kat sini. Ive posted a video of me going on a full berangan mode on my Instagram, just in case you want to have a look 🙈😆 


Sebenarnya boleh juga kalau nak pakai kostum Hobbit, tapi saya lebih tertarik dengan kostum Belanda tu (ok sebenarnya nak pakai dua dua but again, this is a budget trip haha). We took so much photos here bcs the setting was awesome. Orang yang dapat idea nak buat tempat ni memang kreatif! Again, kami dapat susu percuma kat sini.





5. Jalan Cibaduyut

The trip to this famous shopping area wasnt as we expected. Pemandu tu bawa kami ke satu pusat jualan je dan kami tak berkesempatan nak jalan di bahagian kedai-kedai tepi jalan yang lain sebab dah lewat, kedai hampir tutup, dan kami pun dah penat. But itsokay, tak shopping maknanya tak adalah spend banyak duit kan hehe. No photos take here tho, sobs.

6. Trans Bandung Mall

I just realised that we didnt take any photos here too! Anyway, the visit to this place was specially requested by Nabila 😂 At first we didnt plan on going bcs we  know it is just a mall, dan kat KL pun dah banyak mall kan. Tapi bukan selalu kita nak pergi mall kat tempat orang, so mehhh, why not 💁 Mall ni lebih kurang macam Pavilion, banyak jenama terkemuka di sini. Tempat ni sebenarnya bergabung dengan satu taman tema yang popular iaitu Trans Studio Bandung. Oh dan kat sini takde McDonalds (Nabila wanted McDonalds so much haha). We ended up buying something from Burger King and ate dinner in our room.


So I think that pretty much sums up our second day. Memang banyak gilaaa ambil gambar haha. The photo transferring was the challenging one 😂 Nasib baik juga kami boleh airdrop je semua gambar dalam phone. Untuk tiga kamera lain, beberapa hari lepas dah balik dari Bandung baru sempat transfer 😌 Apapun, memori tu lebih berharga 💕 Im so grateful to travel with these two friends, they are very discipline when it comes to itinerary and budget monitoring haha. 

I will update the Part 3 (final part) soon! Walaupun mungkin tak ramai yg akan baca posting ni, tapi tujuan asal saya tulis blog memang untuk kenangan sendiri. Cant wait to grow old and look back at these good times :')

Salam sayang,
Jaji
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI
My friends call me Jaji. Malaysian. Currently in South Korea. I blog for fun, just to share about all the good things in life. I am currently (trying to be) active in sharing about my PhD journey and scribbling about my daily life in Korea.

MY INSTAGRAM

POSTS YOU MAY WANT TO READ

  • My Academic Journey
  • Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur
  • My Masters Convocation, Yay!
  • Kenangan Bertunang dari Jauh // My Virtual Engagement
  • Resepi Kek Batik Mudah dan Rangup
  • Pengalaman Terbang ke Korea Semasa Covid-19
  • Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri
  • THIS ROUTINE SAVED MY HAIR

POSTS FROM THE PAST

  • ►  2021 (11)
    • December (1)
    • November (1)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (1)
    • July (2)
    • June (1)
    • April (1)
    • February (1)
  • ►  2020 (7)
    • November (1)
    • September (1)
    • June (1)
    • May (1)
    • April (1)
    • January (2)
  • ▼  2019 (17)
    • December (2)
    • November (1)
    • September (3)
    • August (1)
    • July (1)
    • June (2)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (1)
  • ►  2018 (26)
    • December (3)
    • November (2)
    • October (3)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (3)
    • June (1)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (3)
    • February (1)
    • January (2)
  • ►  2017 (39)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (2)
    • September (2)
    • August (3)
    • July (4)
    • June (1)
    • May (5)
    • April (4)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (4)
  • ►  2016 (54)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (3)
    • September (5)
    • August (8)
    • July (5)
    • June (7)
    • May (9)
    • April (4)
    • March (3)
    • February (4)
  • ►  2015 (12)
    • December (2)
    • November (2)
    • October (2)
    • September (2)
    • May (1)
    • April (3)
  • ►  2013 (19)
    • December (6)
    • November (4)
    • October (7)
    • September (2)
  • ►  2012 (1)
    • January (1)
  • ►  2011 (1)
    • April (1)
  • ►  2010 (18)
    • December (1)
    • November (2)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (2)
    • May (1)
    • April (3)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (2)
  • ►  2009 (45)
    • December (3)
    • October (4)
    • September (3)
    • August (4)
    • July (5)
    • June (3)
    • May (2)
    • April (6)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (7)
  • ►  2008 (4)
    • December (1)
    • November (2)
    • September (1)

YOU CAN TRANSLATE THIS BLOG

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates