Pengalaman Bermalam di Arte S, Penang

06 February


Sooo last week, my best friend Dr Alia Zurina came all the way from KL just to visit me (straight from the hospital!). Awww. She bought the most expensive flight ticket to Penang everrr (sebab beli last minute) 😅. Alia had no time to plan for the trip since it was totally a last minute plan and she is so busy with work, so I jumped in and arrange everything I could. The first place that popped into my mind for Alia's accommodation was Arte S, bcs its so near to USM and I see it everyday! Haha. So I figured why not just book this place!

booking.com

My booking was done through booking.com. Masa nak tempah bilik tu cuma klik je bilik yang menjadi pilihan hati. Bilik dan apartment berbeza tau sebab bilik kat Arte S ni dalam satu rumah yang lebih besar, kalau kita pilih 'room' je maknanya kita kena kongsi rumah tu dengan penghuni lain. Kalau nak tempah terus satu rumah pun boleh juga, cuma harganya lagi mahal lah kan. Kalau ramai-ramai baru berbaloi. Masa nak booking tu pun kena tengok harga betul-betul sebab harga berbeza-beza mengikut jenis bilik.

Bilik yang saya pilih ni adalah master bedroom (bilik yang ada bilik air kat dalam). Harga bilik ni cuma dalam RM140/malam. Kalau nak lagi murah, boleh pilih bilik yang bilik airnya di luar, dalam RM100 je untuk satu malam. Kalau bernasib baik, satu rumah tu kita je yang duduk. Masa kami bermalam tu, ada satu lagi keluarga orang Iraq yang menginap di rumah tu juga, siap ada baby lagi hehe.

Alia: A friend that turned into a sister 

Apa yang best tentang Arte S ni? Okay I cant wait to tell you this part! Let me list the reasons below:

1. Private lift.  Tak ada orang lain akan lalu lif tu dan keluar-keluar je memang terus masuk rumah (pintu rumah memang tak ditutup sebab rumah tu kan dikongsi dengan orang lain). Tapi tak pastilah pula kalau private lift ni hanya untuk unit tertentu je kan.



2. Swimming pool! Kolam renang kat sini tak berapa besar, tapi cukuplah untuk berehat-rehat dan berenang-renang sambil bergambar 😆 We took so many photos here haha! Cuma jalan nak ke kolam renang ni je agak berpusing-pusing sikit sebab kena guna emergency lift. Tapi jangan risau sebab mereka akan bagi satu kertas masa kita check in tu, rujuk je kat situ. Pengawal keselamatan kat situ pun boleh tolong tunjukkan jalan.


Cold water 💙



3. French Retro Lounge. Lounge ni terletak di tingkat atas sekali di Blok A. Dari balkoni tingkat 33 ni kita boleh menikmati pemandangan sekitar Penang, boleh nampak kedua-dua jambatan Pulau Pinang dari sini. Dalam lounge ni macam tak ada apa-apa sangat tapi tempat ni cantik, bolehlah nak buat OOTD. 😜

Oops! Please excuse the mess 😝
4. Comfy room and spacious toilet (lupa pula nak ambil gambar tandas). Bilik memang bersih, selesa. Tandas pun besarrr. Dari bilik kami boleh akses ke balkoni dan dari balkoni boleh nampak kolam renang serta pemandangan bukit bukau. Gorgeous view 😍



Photo taken during sunrise 😍

5. Affordable price! As mentioned above, we spent only RM140 for a night here. Kongsi dua orang, baru RM70 seorang. Kira okay laa untuk tempat yang selesa dan cantik macam ni. Lagipun bukannya selalu kan?

Look at us, bag twinning hehe. Will share about the bag soon!
Overall it was a nice staycation experience! Lepas ni kalau ada kawan-kawan dari KL nak mai Penang lagi, saya akan cadangkan supaya mereka duduk di sini je. Lagipun dekat dengan USM, senanglah saya nak jadi tour guide diorang nanti haha (read: kena buli jadi driver bawa pergi makan 😝). Oh ya, kalau nak makan, berhampiran dengan Arte S ni ada Ivory Plaza (walking distance), dan kat situ ada banyak restoran. Tomyam ada, makanan Arab pun ada. Harga pun murah.

Thanks for coming Alia. You know I love you. Hmm, lepas ni dah makin sibuk, tak tahulah bila lagi dapat staycation mahupun vacation. But if I have the chance to go somewhere, I will surely share about it here on my blog. Ive been blogging since 2008 and apparently I dont seem to get tired or bored 😂 This is where I share my life experience/journey/thoughts, so one day I can look back and remind myself to be grateful for the life I lived.

See you in my next post!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

1 comments