Resepi Bekal Makan Tengah Hari Mudah dan Sihat

13 April


Omg, I reallyyy need to get back on track with this blog 😅 Its been a month since my last post, and I always promise myself that I will update the blog more often, but I also promised myself that I'd put more focus on my studies. So, priorities, right? 😂

Apa pun, hari ni saya rasa nak kongsikan sikit tentang resepi-resepi mudah yang saya selalu buat untuk bekal makan tengah hari saya. Saya selalu bawa bekal sebab nak makan cepat, malas nak keluar jalan-jalan cari makan sebab nak keluar tu je pun dah memakan masa. Bawa bekal pun boleh menjimatkan duit kan. More money, more shopping! 😆

Semua resepi saya ni simple je, dalam masa 10 minit dah siap! Jom tengok.

1. Pulled chicken salad



Pulled chicken salad ni memang kegemaran saya sebab sangatlah mudah nak buat dan kalori pun rendah. Kandungan serat (fiber) dalam hidangan ni pun tinggi sebab banyak sayur.

Bahan-bahan:
  • Sayur salad campuran (biasanya saya beli kat Aeon)
  • Isi ayam
  • Sedikit lada hitam dan garam
  • Sedikit habbatus sauda (jika mahu)
  • Sedikit mayonis
  • Sos salad jenama Kewpie
Cara-cara:

1. Kukus isi ayam sehingga masak
2. Carik isi ayam sehingga menjadi kecil
3. Gaulkan isi ayam dengan lada hitam, garam, habbatus sauda, dan sedikit mayonis
4. Letakkan isi ayam tadi atas sayur salad campuran
5. Tuangkan sedikit sos salad

Siap! Kadang-kadang saya guna juga sos salad jenis lain macam dalam gambar kat bawah ni.



2. Nasi goreng brokoli


Well I wish I have a nicer photo to share but this is all I got in my phone 😂

Tengok nama pun dah tahu dah nasi goreng ni macam mana 😜 Dalam gambar memang nampak tak menarik langsung tapi rasa dia boleh tahan juga kot hehe.

Bahan-bahan:
  • Bawang putih 2 ulas (yes i love garlic in my food)
  • Brokoli (dipotong kecil)
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Garam, lada hitam, kicap
  • Sedikit cili api! Tak sah kalau tak pedas haha
  • Satu sudu minyak masak
  • Semangkuk nasi (saya guna beras Faiza Taj Mahal, kurang kanji dan gula)
Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih dan cili api yang telah dipotong kecil (sebenarnya saya lagi suka tumbuk, tapi sebab duduk hostel tak ada lesung haha)
2. Masukkan isi ayam dan tunggu ayam masak
3. Masukkan brokoli, tunggu sehingga warna brokoli menjadi hijau terang
4. Masukkan nasi
5. Masukkan lada hitam, garam, dan kicap

Siap!

3. Pulled Chicken Sandwich





Pulled chicken sandwich ni lebih kurang macam pulled chicken salad, bezanya yang ni, ayam dan sayur tu diapit antara dua roti. Roti membekalkan lebih tenaga melalui karbohidrat, sesuailah untuk makan pada hari yang sibuk dan aktif  (eh iklan ke ni 😆)

Bahan-bahan:
  • Dua keping roti tinggi serat (Gardenia plastik hijau)
  • Isi ayam yang dikukus
  • Sayur salad
  • Sedikit marjerin
  • Sekeping keju
  • Sedikit lada hitam, garam, dan mayonis
Cara-cara:

1. Gaulkan isi ayam yang telah dikukus dan dicarik kecil tu bersama-sama sedikit lada hitam, garam, dan mayonis
2. Sapukan sedikit marjerin pada roti dan panaskan atas kuali sehingga sedikit garing
3. Susunkan sayur di atas roti, diikuti dengan isi ayam dan keju
4. Letakkan sedikit mayonis di atas susunan tadi
5. Letakkan sekeping lagi roti di atas susunan tersebut

Siap!

4. Mini Chicken Salad ala Sushi King




Kalau anda biasa pergi Sushi King, mesti anda perasan menu ni. Saya suka order Mini Chicken Salad ni setiap kali ke Sushi King, harganya RM8.00 semangkuk. Disebabkan saya suka menu ni, jadi saya pun cubalah nak buat sendiri, ternyata senang jee dan boleh makan lagi banyak 😋

Bahan-bahan:
  • Sayur salad campuran (sama macam resepi di atas)
  • Mini popcorn chicken jenama (yang ni memang isi ayam betul, bukan ayam yang dah diproses macam nugget tu)
  • Telur rebus
  • Sedikit lada hitam, garam, dan mayonis
  • Sos salad jenama Kewpie (perisa Roasted Sesame, lebih kurang sama macam Goma dressing kat Sushi King tu)
  • Dua sudu minyak masak
Cara-cara:

1. Goreng popcorn chicken dengan minyak yang sedikit (bukan deep fry tau)
2. Hancurkan telur rebus dan gaulkan dengan sedikit lada hitam, garam, dan mayonis
3. Masukkan sayur salad, popcorn chicken, dan telur rebus tadi dalam satu bekas

Siap!

Senang sangat kan semua resepi ni? I wouldnt even say that I "cook" these, bcs "cooking" for me is more complex. These are more like "preparing". Tapi takpe, asalkan kita masih makan secara sihat dan perut pun kenyang 😋 Let me know if you ever get to try these recipes okay! If you have been making these before you even read my post, also let me know! Id love to "join the group" hehe. And do share if you have more healthy and simple recipe suggestions! Tak sabar nak cubaaa.

Im trying my best to eat healthy every day, but of course, there are cheat meals here and there (ice creams are heaven on earth!). Anyway, I think moderation is the key. Okay dearies, thanks for reading and happy lunch time!

Salam sayang,
Jaji


You Might Also Like

0 comments