Beauty Review: Nu Skin NaPCA Face Spray

20 May


For me, facial spray is a necessity. Sejenis rasa macam tak siap selagi belum pakai face spray 😂 Sebelum ni saya pernah kongsikan tentang satu facial spray kegemaran saya daripada Mario Badescu dan juga Bio Essence. Both were great, but I just like trying new stuffs. Jadi kali ni, saya akan kongsikan sikit ulasan dan pendapat saya tentang NaPCA Moisture Mist daripada Nu Skin (saya sebut "napka" je). Keep on reading!


Mula-mula sekali, kenapa nama dia NaPCA? Sounds too 'chemistry' for me haha. Tapi tengok nama je pun kita dah boleh agak kandungannya. Betulll, NaPCA facial spray ni ada terkandung sodium pyrrolidone carboxylic acid, yang berfungsi untuk mengekalkan lembapan pada kulit. Boleh tengok kandungan spray NaPCA ni dalam gambar di bawah:



There are a few reasons that made this NaPCA spray my new favourite. Pertama, kemasan botolnya yang cantik. Ok reason ni mungkin nampak macam biasa je kan, tapi setelah pengalaman pakai berjenis-jenis skincare, kemasan sesuatu botol tu menjadi satu faktor penting ye haha. Botolnya agak besar (250ml) jadi mungkin tak berapa mesra musafir/travel friendly, but for the size, I think its very neat and sturdy. Senang nak sembur sebab jumlah semburan yang keluar tu sedang elok je, dalam 3-4 kali semburan dah cukup untuk seluruh muka. Nak buka dan tutup botolnya pun mudah (sebab kadang-kadang penutup yang longgar atau ketat sangat pun boleh buat stress ok 😂).


Sebab kedua, NaPCA ni tak ada bau (atau mungkin baunya tak berapa kuat, atau memang saya je yang takdapat bau??). Walaupun saya tak ada masalah dengan spray yang wangi, saya rasa lebih selesa dengan spray yang tak ada bau macam ni. At least we know that they dont contain excessive parfumes. 

Ketiga, dan sebab utama saya sukaaakan face spray ni; NaPCA Moisture Mist ni sangatlah berkesan untuk kulit saya. Okay, I use face spray for some reasons, mainly to moisturise my face and to soothe my skin. Setakat ni, saya rasa NaPCA sangat baik dalam mengotakan janjinya. Lepas sembur, kulit saya akan rasa lebih lembab dan kelembapan tu kekal agak lama - lembab tau, bukan berminyak. Mungkin sebab kulit saya jenis kombinasi jadi lebih serasi. Kalau untuk orang yang kulit berminyak hmm mungkin tak berapa sesuai?


Okay the BEST part is, my pores look visibly smaller! 😱 Like literally around 5 minutes after spraying, lubang pori pada muka ni terus nampak makin kecil. Kulit pun rasa sedikit bouncy dan bersinar, and Im not exaggerating in any way okay 😂

Spray ni boleh juga digunakan untuk rambut, tapi saya tak pernah cuba lagi sebab saya dah ada rutin penjagaan rambut yang lain (boleh baca kat sini). Lagipun saya suka sembur dUck hair mist sebab wangiii (mula-mula tak suka bau dia tapi lama-lama sukaaa sangat).


Well I think thats all I have to say about this NaPCA facial spray. Sebenarnya saya dapat spray ni sekali dengan set Galvanic Spa II Nu Skin (baru beli sendiri punya, selama ni pinjam Mama punya je ehehe), dan kebetulan spray Mario Badescu saya pun dah habis, jadi saya terus pakai yang ni. Its been good so far, I totally love it 🤩

Jumpa lagi dalam post akan datang! Harap-harap kerajinan saya untuk menulis dan berkongsi di blog ni takkan hilang bak terkena petikan jari Thanos lah ye 😅.

Salam sayang,
Jaji



You Might Also Like

0 comments