Resepi Overnight Oat Mudah dan Kenyang

15 May


Assalamualaikum semua! Salam Ramadan.

Hari ni dah Ramadan ke 10, dan dah hampir seminggu juga saya bersahur dengan overnight oat ni. Saya suka bersahur dengan overnight oat sebab hidangan ni mudah nak buat dan mengenyangkan, rasanya lebih kenyang daripada makan nasi kot. Sebab kan, ada sekali tu saya bersahur dengan nasi, masa pagi tu memang kenyang. Tapi saya perasan yang saya lapar semula dalam pukul 11 pagi 😅 Kalau makan overnight oat, dalam pukul 2-3 petang tu baru saya rasa lapar. Tak pastilah kalau semua ni kebetulan je kan (atau saya memang sejenis cepat lapar haha), tapi apa apa pun saya memang suka makan hidangan ni untuk sahur sebab sangatlah convenient untuk pelajar yg duduk hostel macam saya ni haha. Bangun-bangun je terus buka peti ais, grab oat ni, dan makan 😛

Mudah je nak buat overnight oat ni, tak perlu masak apa-apa dan tak perlu panaskan air pun. Jom tengok cara-caranya.


Bahan asas:

1. Semangkuk rolled oat
2. Secawan susu segar

Cara-cara:

Campurkan susu segar bersama-sama oat dalam satu bekas/mangkuk. Pastikan oat sedikit tenggelam dalam susu. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam. Selepas dua jam, oat sedia untuk dimakan.

Dah, tu je 😜Sebenarnya rolled oat dan susu merupakan bahan asas untuk buat oat ni. Maksudnya kalau dah ada dua benda ni, oat tu dah boleh dimakan (selepas dibiarkan beberapa jam). Tapi, untuk menjadikan overnight oat kita lebih menarik dan berkhasiat, penambahan topping dan perisa sememangnya digalakkan. Hari ni saya ada buat empat jenis topping overnight oat yang berbeza, tapi semua simple je. Bahan-bahan asas untuk kesemua oat ni sama je, cuma saya tambahkan topping mengikut kesesuaian. Jom tengok.

1. Banana Peanut Butter

sorry for the non instagramable plastic bowl, im on a budget 😂

Topping: No sugar peanut butter,  buah pisang, sedikit madu, crushed walnut, dan chia seed (chia seed tak nampak sebab dah gaul sekali dengan oat)

This is definitely one of my favourite! Rasa lemak peanut butter digabungkan dengan manis pisang, yumm 🤤 

2. Crunchy Kiwi


Topping: Buah kiwi, yoghurt perisa asli, sunflower seed, pumpkin seed, dan chia seed.

Untuk Crunchy Kiwi ni saya letakkan sedikit sunflower seed dan pumpkin seed untuk bagi rangup sikit, tapi kalau tak nak letak pun takpe.

3. Honey Banana


Topping: Buah pisang, bijirin Honey Stars, chia seed, dan sedikit madu.

Honey banana ni lebih kurang macam Peanut Butter Banana, bezanya yang ni peanut butter digantikan dengan bijirin Honey Stars untuk lebih rasa madu.

4. Cookies and Cream



Topping: Yoghurt perisa asli, biskut Oreo (dipatah-patahkan), dan chia seed.

Cookies and cream ni variasi overnight oat yang agak kurang mesra diet haha, tapi kalau untuk makan masa sahur rasanya okay jee kot sebab kita kan nak puasa seharian hehe. Tapi dalam portion yang saya buat ni agak banyak sebenarnya, mungkin satu mangkuk ni boleh bertahan untuk dua kali sahur.

can you believe that i managed to do all these just in my hostel room?! hehe

Sebenarnya dalam menyediakan topping overnight oat ni tiada peraturan yang perlu diikut pun. Terpulanglah pada selera dan kreativiti masing-masing, dan terpulang juga kepada apa yang ada dalam peti ais masa tu haha 😜 Ada juga yang suka kisar dulu oat tu supaya lebih lembut. Macam saya suka letakkan chia seed dalam oat sebab hmm, why not? Its a superfood! Kaya dengan fiber dan baik untuk penghadaman.

Untuk susu segar pula, saya cuma guna susu segar full cream yang biasa tu je, tak kisahlah jenama apa pun macam Goodday ke, Dutch Lady ke. Saya pilih full cream berbanding low fat sebab susu full cream lebih creamy (obviously 😂), dan kurang gula. Whatever it is, moderation is the key.

May this post helps! If you happen to try any of the 'recipes', do let me know okay. Saya ada terima beberapa DM maklum balas tentang resepi kek batik yang pernah saya kongsikan dulu, and Im happy to know that the simple recipe works for you too! 💕 I wish to share more helpful simplre recipes here on this blog, hmm may I actually get to them one day haha.

Thanks for reading!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments