Beauty Review: Sofwanah Cosmetics Wonderstruck Lip Cream

21 June


I received this lip creams a few months ago when the Sofwanah team reached me and asked if I could make a video of me using their products, and of course I said yes! Masa buat video tu saya baru je lagi terima produk-produk mereka dan saya baru pertama kali nak cuba Sofwanah Cosmetics. Jadi tak ada ulasan yang saya boleh buat sangat tentang produk mereka melainkan tentang warna dan rupa produk. Tapiii setelah beberapa bulan menggunakan make up daripada Sofwanah, saya sangatlah teruja!!! Sebab bukan sahaja produk mereka berkualiti, tetapi sangatlah mesra dengan kulit saya. I loveee their eye palettes, but the quality of the lip creams surprises me! Jom baca ulasan selanjutnya tentang Sofwanah Cosmetics Wonderstruck Suede Lip Creme ni. #bacajangantakbaca #penatbuattau 




I will go straight to the point. Ada beberapa sebab yang buat saya jatuh cinta dengan lip cream ni.

1. Warna sesuai dengan kulit

Saya terima dua kod warna iaitu Dawn dan Aurora. Dawn macam coklat-coklat sikit manakala Aurora lebih pink. Pernah tak anda pakai lip cream lepas tu rasa macam kena remove sebab warna dia tak sesuai dengan kulit? Rasa macam lip cream tu buat muka kita jadi pelik/bukan warna sebenar/pucat? Well, that didnt happen to me with these lip creams! Kalau tak pakai full face make up pun lip cream ni okay je. Tak pakai foundation pun takpe. It just blends on my lips so well! *please read this in a typical Youtube intonation* 😝

This is me wearing Dawn

2. Tekstur yang lembut pada bibir

Pernah tak pakai lip cream lepas tu rasa macam bibir jadi kering dan merekah? Well to be honest, all other lip creams Ive tried before did that to me, termasuklah satu jenama lip cream popular yang saya beli dari Sephora 😅 Mungkin salah saya sebab tak prep bibir betul-betul dulu sebelum pakai lip cream tu. Tapi bila saya pakai lip creme Sofwanah ni, bibir saya kekal lembab sampailah tiba masa untuk remove make up. It really lived up to the name: Wonderstruck Hydrating Suede Lip Creme.

This is me wearing Aurora

3. Tahan lama tapi senang basuh

Kalau makan, lip cream Sofwanah ni masih bertahan pada bibir. Terpudar sikit-sikit tu biasalah, tapi masih tak ada masalah kalau tiba-tiba nak selfie lepas makan, masih ONZ dan tak nampak pucat atau comot. Disclaimer: Bergantung pada cara makan dan jenis makanan juga lah kot haha, tapi setakat ni saya makan okay je. Walaupun tahan lama, saya perasan yang lip cream ni senang nak dibasuh walaupun guna air je (kena tonyoh sikit la, tapi masih boleh hilang). Kalau terlupa bawa make up remover dan tiba-tiba dah masuk waktu solat, jangan risau anda masih boleh berwuduk dengan yakin, cuma pastikan dah tonyoh habislah hehe. But its better if you make it a habit to bring a make up remover anywhere you go ✨✨✨

Loveee everything in this photo!
Okay, rasanya tu je yang saya nak kongsikan buat masa ni. Apapun saya sangat kagum dengan pemilik Sofwanah Cosmetics ni sebab pada usia muda (rasanya tua setahun je daripada saya?), beliau dah berjaya bawa satu jenama make up tempatan yang sangat berkualiti. She's also very nice and funny! (based on her socmeds hehe, I never met her in person, though I wish one day I would!) So, do support our local businesswoman, buy Sofwanah Cosmetics! Youre not going to regret it 😍 this is not a sponsored post btw hehe.

Btw ive been thinking, what kind of contents do you want to see more on my blog? Make up? Skincare? Style? (im actually more stylish, but im just broke at the moment 🤣 hahaha *gelak sedih*) Disebabkan saya masih lagi belajar, mungkin ada yang nak study tips? (not sure if im the right person to give tips haha but i can share, its up to you whether or not to follow my so called tips) 😆. 

Let me know on the comments or just reach me on my Instagram.  Im happy to see people get inspired by my blog. Hari tu ada orang DM untuk bagitahu yang dia cuba resepi kek batik saya dan kek dia menjadi. That made my day 💕 Okay, thanks for reading and I'll see you on my next post!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments