Jaji Jalan Jalan: My First Time in Bandung! #Part 1

30 August


I just got back from my short 4 day trip to Bandung and it was awesome! Percutian pendek yang sangat diperlukan, just to take a break from my studies for a while. Worth every ringgit (and rupiah!) I must say. Jadi dalam post kali ni Jaji akan kongsikan sikit tentang tempat-tempat yang kami lawati sepanjang percutian kami di sana, untuk panduan sesiapa yang teringin nak pergi bercuti dengan perbelanjaan yang terhad. Trust me, I spent less than RM1000 all in! Termasuk hotel, flight, tiket masuk wisata, makan, dan buah tangan.

Hari Pertama

Kami bertolak dari KLIA2 pada jam 11.50 pagi waktu KL dan tiba di sana kira-kira jam 1.30 petang waktu Bandung. Alhamdulillah semuanya tepat masa, tak ada delay. Sampai-sampai je kami terus beli simcard (beli satu je dan kongsi hotspot) dengan harga IDR100k. Dah ada simcard, barulah kami tempah Grab untuk terus ke hotel.



Kami menginap di De Halimun Guest House and Resto. Overall this place is fine for the price, sedang elok untuk kami bertiga. Bilik dia agak kecil, so we had to push around the beds to make space for praying. Other than that, semua ok. Kami pilih tempat ni sebab lokasinya tak begitu jauh dari lapangan terbang dan harganya murah (termasuk sarapan percuma).

Ruang sarapan di De Halimun Guest House, also ruang OOTD :P

Lepas dah selesai check in, waktu dah agak lewat, jadi kami teruskan perancangan asal untuk ke shopping mall berdekatan (you know, typical Malaysians love shopping malls haha). Untuk hari pertama ni kami naik Grab je, jadi memang nak ke mall dan tempat dekat-dekat dulu. Hari kedua dan ketiga baru ke wisata yang lain sebab dah upah pemandu untuk bawa ke tempat yang lebih jauh.

Paris Van Java



So, the first mall we went to was Paris Van Java.  This place reminds me of JPO, for some reasons. Here, we had Richeese, the famous Indonesia's fast food restaurant for our late lunch. Ayam Richeese ni ada 5 level, bermula dengan 1 (kurang pedas) sehingga 5 (paling pedas). We chose Level 3, dengan harapan takdelah pedas sangat kan, sekali rupanya pedas gila 😂 Sampai Syu give up dan tak dapat habiskan ayam dia. Nasib baik ada ais krim kelapa yang dapat menyejukkan semula kepedasan tu haha.



Rumah Mode

Selesai makan, kami ke Rumah Mode pula. Kat sini ada jual pelbagai barangan berjenama macam Zara, Skechers, Victoria's Secret (ada juga yang saya ragui ketulenannya, sebab nampak macam tak ori 😅). Tapi dress Zara kat sini nampak legit dan harganya pun 3 kali lebih murah daripada butik Zara di Malaysia.

Jalan Braga


Kami tak luangkan banyak masa sangat di Rumah Mode sebab tak ada apa-apa untuk kami beli (luar bajet hihi). Jadi kami teruskan pula pengembaraan ke Jalan Braga. Jalan ni popular dengan kepelbagaian kedai kopi tempatan, dan sebagai penggemar kopi, kami tak lepaskan peluang untuk mencuba kopi di sini. Dalam banyak-banyak pilihan, kami pilih Coffee Braga. Harganya murah dan rasanya pun sedap! Worth every rupiah.


Selesai mengopi, sekitar pukul 8.30 malam (dah rasa lewat macam pukul 10 kat Malaysia) kami pun pulang ke guest house dan berehat untuk esok. Okay, thats all I have to share for this post! Nantikan sambungannya dalam post yang akan datang ok. Ada kecelakaan yang berlaku pada hari ketiga! I will share the video soon 😂

Thanks for reading, 
Salam sayang
Jaji

You Might Also Like

0 comments