Powered by Blogger.

Search This Blog

The Daily Jaji


So the other day I received this set of Body Shop Shea Butter body care products as a birthday gift from my good friend Izzati Azmi 😍 She knows the dry skin problem Ive been having hence she bought these for me. Thanks for the gifts, Zati! You know I love youuu. 


Ok memandangkan dah ada barang ni, alang-alang saya buat je lah ulasan sikit kan untuk dikongsi dengan anda yang mungkin tengah tercari-cari produk yang sesuai untuk manjakan diri, terutamanya untuk kulit kering. Shea butter adalah sejenis lemak daripada kacang pokok shea Afrika. Shea butter kaya dengan Vitamin A, dan antara khasiat shea adalah untuk mengurangkan kedutan serta merawat ekzema.

Ok so lets get straight to these yummy products!

Shea Nourishing Body Butter

pic from introbd.com

Siapa je tak pernah dengar tentang body butter daripada Body Shop kan? Rasanya ini memang antara produk flagship mereka dan selain shea, ada pelbagai lagi "perisa" menarik macam strawberi dan peach (one of my fav). Perkara yang saya suka tentang shea body butter ni adalah ia saaangatlah melembabkan. Kulit kering pun jadi lembut dan lembab je, dan kelembutan tu tahan lama (tak macam pakai losyen biasa). Teksturnya pun tak berminyak dan cepat menyerap. And of course, it smells great! 💕 Mungkin sesetengah orang akan rasa macam bau dia terlalu kuat, tapi pada saya okay je. 

Kandungan: Water (Solvent/Diluent), Shea Butter (Butyrospermum Parkii) (Emollient), Cocoa (Theobroma Cacao) Butter (Emollient), Cyclomethicone (Emollient), Glycerin (Humectant), Glyceryl Stearate (Emulsifier), PEG-100 Stearate (Surfactant), Cetearyl Alcohol (Emulsifier), Babassu (Orbignya Oleifera) Oil (Emollient), Beeswax (Emulsifier/Emollient), Lanolin Alcohol (Stabiliser/Emollient), Phenoxyethanol (Preservative), Fragrance (Fragrance), Methylparaben (Preservative), Propylparaben (Preservative), Xanthan Gum (Viscosity Modifier), Benzyl Alcohol (Preservative), Disodium EDTA (Chelating Agent), Sodium Hydroxide (pH Adjuster), Caramel (Colour), F D & C Yellow No 5 (Colour).

Shea Shower Cream

pic from thebodyshopnig.com

Untuk yang ni, saya memang suka dengan bau dia. Sebenarnya bau dia lebih kurang je untuk shower cream dan body butter, tapi bila dah kena air dan dah jadi buih kat badan tu macam jadi lagiii wangi, melekat kat satu bilik air haha. Cuma satu je; shower cream ni lebih sesuai dipakai waktu mandi petang/malam berbanding mandi pagi terutamanya kalau badan cepat berpeluh (macam saya haha). Sabun ni tak ada fungsi antibakteria jadi badan memang cepat busuk sikit 😂 Sooo untuk mandi pagi saya tetap pilih mandian yang khusus untuk antibakteria (Antabax/Lifebuoy/Dettol etc).

Kandungan: Aqua, Sodium Laureth Sulfate, Acrylates Copolymer, Sodium Chloride, Parfum, Glycerin, Benzyl Alcohol, Lauryl Betaine, Decyl Glucoside, Styrene/Acrylates Copolymer, Mel, Sodium Hydroxide, Coco-Glucoside, Salicylic Acid, Butyrospermum Parkii Butter, Sodium Cocoabutteramphoacetate, Disodium EDTA, Linalool, Sorbic Acid, Coumarin, Citric Acid, Alpha-Isomethyl Ionone, Benzoic Acid, Denatonium Benzoate, Caramel, CI 15985.

Shea Exfoliating Sugar Body Scrub

pic from the body shop malaysia

Tekstur skrub ni tak terlalu kasar macam sesetengah skrub yang rasa macam kena sagat 😂 Untuk skrub ni, saya dah cuba pada beberapa tempat pada badan yang agak kasar terutamanya lutut dan siku, and Im loving the results 😍 Kulit kering pada siku saya kekal licin dan lembab lebih kurang seminggu juga walaupun tak pakai losyen. Fungsi skrub memang untuk exfoliate (buang sel kulit mati), dan saya rasa body scrub ni berjaya menjalankan fungsinya dengan sangat baik. Kulit kat tempat saya skrub semua rasa lebih lembut dan nampak lebih sekata sebab sel kulit mati dah tertanggal. Yang lagi best, skrub ni tak bersepah jadi boleh je kalau nak skrub sambil-sambil tengok movie kat laptop tu hihi. Plus, it smells awesome!

Kandungan: Ethylhexyl Palmitate, Sodium Chloride, Helianthus Annuus Hybrid Oil, Sucrose, Silica [NANO]/Silica, Glycine Soja Oil/Glycine Soja (Soybean) Oil, Butyrospermum Parkii Butter/Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Parfum/Fragrance, Phenoxyethanol, Ricinus Communis Seed Oil/Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Tocopherol, Linalool, Coumarin, Alpha-Isomethyl Ionone, Helianthus Annuus Seed Oil/Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Propylparaben, Rosmarinus Officinalis Extract/Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract, Citric Acid, Datem, CI 77891/Titanium Dioxide

So thats all my short and honest t review for these products! Ok brb, nak pergi manjakan diri dengan barang-barang wangi ni kejap hehe. Lagipun esok Sabtu, so tonight is the perfect night to pamper yourself, ladies 💅

Good night and have a good weekend!

Salam sayang,
Jaji



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Finally, kita dah sampai ke Part 3. Terima kasih kepada yang sudi baca Part 1 dan Part 2, now this final part is for you 💕 Pada hari ketiga kami cuma lawat satu wisata, dan masa selebihnya diluangkan untuk berbelanja. Takdelah shopping sangat (again, this is a budget trip), cuma adalah beli buah tangan sikit untuk keluarga dan sahabat.

Ok walaupun kami pergi satu tempat tarikan je, tempat ni sangat mengujakan! We were very excited just to be here haha. Tempat yang dimaksudkan ialah... De Ranch! De Ranch ni terletak di Lembang, tak jauh dengan tempat-tempat yang kami dah lawat pada hari sebelumnya.


Tujuan utama kami ke sini memang untuk naik kuda je. And of course, riding the horse was the most exciting part for me!

My horse was so naughtyyy. Sekejap-sekejap dia bersin lah, gerak kiri kanan lah. Luckily I kept my cool and manage to stay balanced on the horse 😎😆  Lepas tu kuda ni degil sikit, taknak dengar kata 👀, so susah sikit nak ambil gambar kat background yang cantik.  I settled with whatever photos I have anyway (also bcs I know I can photoshop them later 😂).

Sepanjang berada di sini, I felt like I was on the ranch episode of Jane the Virgin 😂

Well I photoshopped the background, but its nice right!! 😜 The original background was some kind of umbrellaaa??? lol

ok this was me...👆

and this was Jane 👇

See what Im talking about? 😂 But in my case... there was no bull involved


Country vibesss

Anyway, we took two rounds of the horse riding session and it was so worth it. Satu round 30k rupiah. Kuda tu dipandu oleh pekerja kat sini, jadi kalau anda tak ada pengalaman naik kuda sekali pun, tak perlu risau.

Selain naik kuda, kami juga sempat cuba naik ATV di trek kecil yang ada di sini. Ada kecelakaan (kemalangan) yang berlaku masa tu 😂


Kisahnya, saya nak sangat cuba main ATV tu sendiri, tapi Syu dan Nab kata "kau kan tak pernah bawa motor, boleh ke bawa ATV?" Jadi disebabkan terpengaruh dengan kata-kata mereka maka keyakinan diri saya pun berkurangan seketika 😌 So for the first round, saya cuba bonceng dengan Nabila dulu.

Malangnya Nabila pun hilang kawalan sebab kami berdua terlalu berat 😆 Maka berlakulah sedikit kecelakaan,  mujur saya sempat berdiri dan turun dari ATV tu sebelum terjatuh. It was a fun experience though haha. Lepas tu untuk round seterusnya, kitorang masing-masing naik seorang-seorang je, and turned out it wasnt that hard 😜 Although, the reality was veryyy far from the expectation 😂 (I will upload the video on my insta soon haha). Haha tapi takpelah at least dah cuba kan 😝


After spending hours at the ranch, we decided to go for a shopping session. Kami ke Pasar Baru, tempat yang cukup popular dalam kalangan orang Malaysia. Syarikat pemandu kami ada sediakan orang untuk tolong guide kami sepanjang di Pasar Baru, dan Mas Dani sangatlah membantu. Cakap je nak beli apa, dia akan terus bawa kami ke tingkat atau kedai yang sesuai. Kat sini pun akan ada ramai penjual yang datang kat kita dan pujuk supaya beli barang mereka. Kalau nak beli pun boleh, tapi menurut Mas Dani, harga yang mereka jual tu lebih mahal berbanding yang di kedai. Kat Pasar Baru ni juga boleh tawar-menawar 🤩

Petang tu lepas dah penat shopping, dan disebabkan Nabila teringin sangat nak makan McD, kami pun minta pemandu bawakan ke McD. Nasib baik McD ada nasi uduk, takdelah datang jauh-jauh tapi makan burger je kan 🤪 And the nasi uduk was delicious!

So our trip ended there. Keesokan harinya, flight kami 8 pagi jadi pukul 4 lagi kami dah bangun, bersiap, dan gerak ke lapangan terbang naik Grab. 

It was a very short trip, but it was definitely memorable. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Setelah hampir dua minggu baru sempat update Part 2 untuk trip jalan-jalan ke Bandung hari tu. Nasib baik ni bukan nasi, kalau tak dah basi dah 😝 Ive been super busy lately, with studying and trying to survive life 😂 But good news, Ive passed my PhD proposal defence! Alhamdulillah. Will share the experience on another post soon (kalau sempat dan kalau ingat).

Anyway lets proceed to the actual content of this post! Jadi, pada hari kedua di Bandung, kami dah upah pemandu untuk bawa jalan-jalan. So we went to all the main attractions as advertised on Google 💁 Saya akan tulis berdasarkan turutan tempat yang kami lawati, jom tengok.

1. The Lodge Maribaya


Awesome place! Sebenarnya kami nak ke Dago Dream Park dulu, tapi masa sampai di Dago, tempat tu tutup lagi. Jadi pemandu pun bawa kami ke sini. We had fun taking photos and all. But we didnt spend that much time here bcs our driver is already waiting, plus this place wasnt in our itinerary at first (big mistake! this place is totally worth going). Tempat ni besar, jadi kalau nak luangkan masa kat sini mungkin sekurang-kurangnya satu jam.

Nuur Syuhada Md Tarmizi, akauntan untuk trip kami


2. Dago Dream Park



Honestly were here just for the Aladdin carpet 😂 Tempat ni pun besar, dan banyak tarikan yang ada. Mostly very instagrammable. Tapi setiap satu tarikan tu kena bayar asing-asing, jadi kami cuma pilih tarikan yang kami betul-betul nak je. Maklumlah, percutian "hemat" hehe. Untuk gambar di karpet Aladdin tu, kami kena bayar dalam 30k rupiah, dan ada jurufoto yang akan ambilkan gambar. Lepas tu, gambar kita akan dihantar melalui email. Kami ada cuba untuk main benda lain macam flying fox, tapi masa kami pergi tu masih awal, jadi banyak tarikan yang belum dibuka.


3. Kebun Begonia



This is a very beautiful place. Penuh dengan bunga yang indah, also very instagrammable. Cuma untuk bawa kamera masuk ke tempat ni, kami perlu bayar yuran sebanyak 25k. Tapi kamera phone takpe, boleh je bawa masuk. Well it was worth my 25k rupiah bcs I get to take awesome photos of flowers using my DSLR! 


Jap tengah busy tengok waze

Ada satu pengalaman yang takkan dilupakan kat sini. Masa baru sampai dan masa nak balik tu, kami diserbu oleh penjual keychain dan penjual strawberi yang seakan memaksa kami untuk beli barang mereka. 

"Tolong kak, beli kak".
"Kak, kasihan saya kak"

Disebabkan kesian, saya pun belilah sekotak buah strawberi pada harga 50k. Malangnya... sebahagian drpd kotak yang besar tu sebenarnya kosong, melainkan beberapa biji strawberi yang disusun pada belah atas. Sobs.. tapi takpelah, kami anggap tu sedekah. Lagipun beberapa biji strawberi yang ada tu memang sedap. Okay, moving on to the next destination!

4. Floating Market Lembang


Tempat ni besarrr. We walked thousands of steps here haha. Floating market kat sini banyak jual makanan. Kalau nak beli, makanan tersebut perlu dibayar dengan token (kena beli token dulu). Selain floating market, dalam kawasan yang sama juga ada taman Jepun, boleh sewa kostum Jepun kat sini. Dalam perkarangan yang sama juga ada mini zoo dan Kota Mini. Sempat la juga kami main dengan kambing biri-biri haha. Kota mini tu pula ala-ala Kidzania, jadi kalau bawa budak-budak memang seronok la. Oh btw, tiket masuk kat sini boleh ditukar dengan minuman percuma.



5. Farmhouse Susu Lembang aka Rumah Hobbit


This was the highlight of the day! Kami kat sini lebih kurang 2 jam sebab tempat ni menarik dan cantik. I get to dress up as a Dutch Lady for only 75k! Hehe. Seronok betul berfantasi kat sini. Ive posted a video of me going on a full berangan mode on my Instagram, just in case you want to have a look 🙈😆 


Sebenarnya boleh juga kalau nak pakai kostum Hobbit, tapi saya lebih tertarik dengan kostum Belanda tu (ok sebenarnya nak pakai dua dua but again, this is a budget trip haha). We took so much photos here bcs the setting was awesome. Orang yang dapat idea nak buat tempat ni memang kreatif! Again, kami dapat susu percuma kat sini.





5. Jalan Cibaduyut

The trip to this famous shopping area wasnt as we expected. Pemandu tu bawa kami ke satu pusat jualan je dan kami tak berkesempatan nak jalan di bahagian kedai-kedai tepi jalan yang lain sebab dah lewat, kedai hampir tutup, dan kami pun dah penat. But itsokay, tak shopping maknanya tak adalah spend banyak duit kan hehe. No photos take here tho, sobs.

6. Trans Bandung Mall

I just realised that we didnt take any photos here too! Anyway, the visit to this place was specially requested by Nabila 😂 At first we didnt plan on going bcs we  know it is just a mall, dan kat KL pun dah banyak mall kan. Tapi bukan selalu kita nak pergi mall kat tempat orang, so mehhh, why not 💁 Mall ni lebih kurang macam Pavilion, banyak jenama terkemuka di sini. Tempat ni sebenarnya bergabung dengan satu taman tema yang popular iaitu Trans Studio Bandung. Oh dan kat sini takde McDonalds (Nabila wanted McDonalds so much haha). We ended up buying something from Burger King and ate dinner in our room.


So I think that pretty much sums up our second day. Memang banyak gilaaa ambil gambar haha. The photo transferring was the challenging one 😂 Nasib baik juga kami boleh airdrop je semua gambar dalam phone. Untuk tiga kamera lain, beberapa hari lepas dah balik dari Bandung baru sempat transfer 😌 Apapun, memori tu lebih berharga 💕 Im so grateful to travel with these two friends, they are very discipline when it comes to itinerary and budget monitoring haha. 

I will update the Part 3 (final part) soon! Walaupun mungkin tak ramai yg akan baca posting ni, tapi tujuan asal saya tulis blog memang untuk kenangan sendiri. Cant wait to grow old and look back at these good times :')

Salam sayang,
Jaji
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI
My friends call me Jaji. Malaysian. Currently in South Korea. I blog for fun, just to share about all the good things in life. I am currently (trying to be) active in sharing about my PhD journey and scribbling about my daily life in Korea.

MY INSTAGRAM

POSTS YOU MAY WANT TO READ

  • Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur
  • THIS ROUTINE SAVED MY HAIR
  • How I DIY My Marble Table / Buat Sendiri Meja Corak Marmar
  • Makan Secara Sihat di Epic Fit Meals
  • 7 Tips Remeh untuk Move On!
  • Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri
  • Review: Najis Berminyak Lepas Makan Kitsui Royal Lipo Trim??
  • My Academic Journey

POSTS FROM THE PAST

  • ►  2021 (11)
    • December (1)
    • November (1)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (1)
    • July (2)
    • June (1)
    • April (1)
    • February (1)
  • ►  2020 (7)
    • November (1)
    • September (1)
    • June (1)
    • May (1)
    • April (1)
    • January (2)
  • ▼  2019 (17)
    • December (2)
    • November (1)
    • September (3)
    • August (1)
    • July (1)
    • June (2)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (1)
  • ►  2018 (26)
    • December (3)
    • November (2)
    • October (3)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (3)
    • June (1)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (3)
    • February (1)
    • January (2)
  • ►  2017 (39)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (2)
    • September (2)
    • August (3)
    • July (4)
    • June (1)
    • May (5)
    • April (4)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (4)
  • ►  2016 (54)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (3)
    • September (5)
    • August (8)
    • July (5)
    • June (7)
    • May (9)
    • April (4)
    • March (3)
    • February (4)
  • ►  2015 (12)
    • December (2)
    • November (2)
    • October (2)
    • September (2)
    • May (1)
    • April (3)
  • ►  2013 (19)
    • December (6)
    • November (4)
    • October (7)
    • September (2)
  • ►  2012 (1)
    • January (1)
  • ►  2011 (1)
    • April (1)
  • ►  2010 (18)
    • December (1)
    • November (2)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (2)
    • May (1)
    • April (3)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (2)
  • ►  2009 (45)
    • December (3)
    • October (4)
    • September (3)
    • August (4)
    • July (5)
    • June (3)
    • May (2)
    • April (6)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (7)
  • ►  2008 (4)
    • December (1)
    • November (2)
    • September (1)

YOU CAN TRANSLATE THIS BLOG

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates