Jaji Jalan Jalan: My First Time in Bandung #Part2

13 September


Setelah hampir dua minggu baru sempat update Part 2 untuk trip jalan-jalan ke Bandung hari tu. Nasib baik ni bukan nasi, kalau tak dah basi dah 😝 Ive been super busy lately, with studying and trying to survive life 😂 But good news, Ive passed my PhD proposal defence! Alhamdulillah. Will share the experience on another post soon (kalau sempat dan kalau ingat).

Anyway lets proceed to the actual content of this post! Jadi, pada hari kedua di Bandung, kami dah upah pemandu untuk bawa jalan-jalan. So we went to all the main attractions as advertised on Google 💁 Saya akan tulis berdasarkan turutan tempat yang kami lawati, jom tengok.

1. The Lodge Maribaya


Awesome place! Sebenarnya kami nak ke Dago Dream Park dulu, tapi masa sampai di Dago, tempat tu tutup lagi. Jadi pemandu pun bawa kami ke sini. We had fun taking photos and all. But we didnt spend that much time here bcs our driver is already waiting, plus this place wasnt in our itinerary at first (big mistake! this place is totally worth going). Tempat ni besar, jadi kalau nak luangkan masa kat sini mungkin sekurang-kurangnya satu jam.

Nuur Syuhada Md Tarmizi, akauntan untuk trip kami


2. Dago Dream Park



Honestly were here just for the Aladdin carpet 😂 Tempat ni pun besar, dan banyak tarikan yang ada. Mostly very instagrammable. Tapi setiap satu tarikan tu kena bayar asing-asing, jadi kami cuma pilih tarikan yang kami betul-betul nak je. Maklumlah, percutian "hemat" hehe. Untuk gambar di karpet Aladdin tu, kami kena bayar dalam 30k rupiah, dan ada jurufoto yang akan ambilkan gambar. Lepas tu, gambar kita akan dihantar melalui email. Kami ada cuba untuk main benda lain macam flying fox, tapi masa kami pergi tu masih awal, jadi banyak tarikan yang belum dibuka.


3. Kebun Begonia



This is a very beautiful place. Penuh dengan bunga yang indah, also very instagrammable. Cuma untuk bawa kamera masuk ke tempat ni, kami perlu bayar yuran sebanyak 25k. Tapi kamera phone takpe, boleh je bawa masuk. Well it was worth my 25k rupiah bcs I get to take awesome photos of flowers using my DSLR! 


Jap tengah busy tengok waze

Ada satu pengalaman yang takkan dilupakan kat sini. Masa baru sampai dan masa nak balik tu, kami diserbu oleh penjual keychain dan penjual strawberi yang seakan memaksa kami untuk beli barang mereka. 

"Tolong kak, beli kak".
"Kak, kasihan saya kak"

Disebabkan kesian, saya pun belilah sekotak buah strawberi pada harga 50k. Malangnya... sebahagian drpd kotak yang besar tu sebenarnya kosong, melainkan beberapa biji strawberi yang disusun pada belah atas. Sobs.. tapi takpelah, kami anggap tu sedekah. Lagipun beberapa biji strawberi yang ada tu memang sedap. Okay, moving on to the next destination!

4. Floating Market Lembang


Tempat ni besarrr. We walked thousands of steps here haha. Floating market kat sini banyak jual makanan. Kalau nak beli, makanan tersebut perlu dibayar dengan token (kena beli token dulu). Selain floating market, dalam kawasan yang sama juga ada taman Jepun, boleh sewa kostum Jepun kat sini. Dalam perkarangan yang sama juga ada mini zoo dan Kota Mini. Sempat la juga kami main dengan kambing biri-biri haha. Kota mini tu pula ala-ala Kidzania, jadi kalau bawa budak-budak memang seronok la. Oh btw, tiket masuk kat sini boleh ditukar dengan minuman percuma.



5. Farmhouse Susu Lembang aka Rumah Hobbit


This was the highlight of the day! Kami kat sini lebih kurang 2 jam sebab tempat ni menarik dan cantik. I get to dress up as a Dutch Lady for only 75k! Hehe. Seronok betul berfantasi kat sini. Ive posted a video of me going on a full berangan mode on my Instagram, just in case you want to have a look 🙈😆 


Sebenarnya boleh juga kalau nak pakai kostum Hobbit, tapi saya lebih tertarik dengan kostum Belanda tu (ok sebenarnya nak pakai dua dua but again, this is a budget trip haha). We took so much photos here bcs the setting was awesome. Orang yang dapat idea nak buat tempat ni memang kreatif! Again, kami dapat susu percuma kat sini.





5. Jalan Cibaduyut

The trip to this famous shopping area wasnt as we expected. Pemandu tu bawa kami ke satu pusat jualan je dan kami tak berkesempatan nak jalan di bahagian kedai-kedai tepi jalan yang lain sebab dah lewat, kedai hampir tutup, dan kami pun dah penat. But itsokay, tak shopping maknanya tak adalah spend banyak duit kan hehe. No photos take here tho, sobs.

6. Trans Bandung Mall

I just realised that we didnt take any photos here too! Anyway, the visit to this place was specially requested by Nabila 😂 At first we didnt plan on going bcs we  know it is just a mall, dan kat KL pun dah banyak mall kan. Tapi bukan selalu kita nak pergi mall kat tempat orang, so mehhh, why not 💁 Mall ni lebih kurang macam Pavilion, banyak jenama terkemuka di sini. Tempat ni sebenarnya bergabung dengan satu taman tema yang popular iaitu Trans Studio Bandung. Oh dan kat sini takde McDonalds (Nabila wanted McDonalds so much haha). We ended up buying something from Burger King and ate dinner in our room.


So I think that pretty much sums up our second day. Memang banyak gilaaa ambil gambar haha. The photo transferring was the challenging one 😂 Nasib baik juga kami boleh airdrop je semua gambar dalam phone. Untuk tiga kamera lain, beberapa hari lepas dah balik dari Bandung baru sempat transfer 😌 Apapun, memori tu lebih berharga 💕 Im so grateful to travel with these two friends, they are very discipline when it comes to itinerary and budget monitoring haha. 

I will update the Part 3 (final part) soon! Walaupun mungkin tak ramai yg akan baca posting ni, tapi tujuan asal saya tulis blog memang untuk kenangan sendiri. Cant wait to grow old and look back at these good times :')

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments