Beauty Review: Dua Produk daripada The Ordinary

24 December


Beberapa bulan yang lepas saya beli produk daripada The Ordinary buat pertama kalinya! *drum rolls* haha. Ok lah without further ado, I will start my reviews on these two products: The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% dan Retinol 0.2% in Squalane.

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%


Warna: Jernih
Tekstur: Gel


Jadi pada asasnya, apa fungsi niacinamide ni dan zinc ni? Menurut website TO, gabungan niacinamide dan zinc berfungsi untuk mengurangkan cela (blemishes) dan menyeimbangkan pengeluaran minyak (sebum) pada kulit. Maksudnya kulit akan lebih bersih dan kurang berminyak. Tapi kena take note, produk ni bukan untuk memulihkan jerawat yea. Produk ni juga tak sesuai digunakan serentak dengan Vitamin C sebab boleh menjejaskan fungsi Vitamin C tu nanti.

Pengalaman saya menggunakan produk ni setelah lebih kurang 3 bulan: memuaskan. It does what it says. Biasanya saya akan pakai niacinamide ni pada waktu malam sebab waktu siang saya pakai toner Vit C (tak boleh pakai serentak dgn niacinamide), tapi kadang-kadang saya akan pakai juga pada waktu siang, bergantunglah pada keadaan muka masa tu. Perkara yang palinggg saya suka dgn niacinamide ni adalah fungsinya yang membuatkan pori nampak lebih kecil daripada biasa. Dalam 15 minit lepas pakai tu dah terus nampak perubahan.

Dari segi sebum production, disebabkan muka saya jenis combination, sebum pada hidung tu memang masih ada lah, cuma dah berkurangan. Saya kena selalu peka dan lap muka dengan blotting paper (atau tisu je), sebab kadang-kadang walaupun baru dalam sejam je duduk buat kerja depan laptop, mulalah hidung berminyak 😅😭Mungkin sebab banyak sangat perah otak so keluarlah minyak kat hidung ha ha ha *gelak sedih*.

Next, The Ordinary Retinol 0.2% in Squalane

Warna: Kuning jernih
Tekstur: Macam minyak yang cair

Ok sebenarnya saya kelam kabut beli retinol ni haritu sebab masa tengok cermin tiba tiba rasa macam banyak sangat kedut halus kat bawah mata!! Rasa macam OMG im old!! Memanglah dah tua pun tapi rasa macam nooo I love my age but also nooo I dont want wrinkles, not yet 😆 Faham tak perasaan ni 😂😂😂haha anyways, retinol berfungsi untuk mengurangkan garis halus, photo aging (penuaan disebabkan cahaya) dan proses penuaan lain secara amnya. So at that time, it seems like the best product to treat my under eyes! Haha.

Saya pakai retinol ni pada waktu malam setiap kali sebelum tidur. Produk ni boleh menyebabkan kulit jadi senstitif terhadap UV, jadi kena ingatlah untuk sentiasa pakai sunscreen sebelum keluar. Pengalaman pakai retinol ni? Honestly, it works! Lepas dalam seminggu pakai mula mula rasa macam nak give up je sebab tak ada kesan sangat pun, dah la bila sapu tu rasa panas panas sikit, tapi lepas 2-3 minggu tu dah mula nampak perubahan. Kedut bawah mata saya dah tak ketara sangat, kulit tu macam dah "berisi". Mungkin produk ni berkesan, atau mungkin juga sebab saya banyak minum air kosong 🤔🤔🤔 Anyway you have to try it to belive it!

Saya pun ada belikan retinol ni untuk Mama, tapi yang 1.0% punya. Kalau orang yang tak biasa pakai retinol, disarankan untuk mula dengan retinol 0.2% macam yang saya punya ni dulu.



Ok sekian itu sahajalah segmen Beauty Review saya pada kali ini. Terima kasih kerana sudi baca. Ada banyak lagi produk nak review ni, I really need to find more time to blog! Sebab blogging semestinyalah lagi best daripada tulis tesis ha ha ha *gelak sedih lagi*

Apapun, on top of everything we do to take care of our skin, we need to learn to love ourselves because we are more than just what our skin looks like. Just look at me, I look 30 but in my heart Im actually 23 hahashshhshs. But seriously, lets love and care for ourselves endlessly 💕


Thanks for reading, salam sayang!

You Might Also Like

0 comments