Idea Menu Sahur Malas Tapi Kenyang 2020 (Edisi Duduk Hostel)

22 April




Dah lama tak tulis blog, sedar sedar dah nak masuk bulan puasa dah. Tapi, seperti yang kita tahu, puasa kali ni tak sama seperti tahun-tahun sebelum ni. Due to Covid-19, there will be no physical bazaars (but thankfully there are online bazaars!) and no solat terawih at the mosque 😔 Who would have ever knew that this is what 2020 had in store for us. Anyhow, we should be thankful because our war only requires us to stay home. Mereka yang duduk dengan keluarga masih dapat meluangkan masa dengan keluarga, yang tak duduk dengan keluarga (macam saya) pun masih diberi kesempatan dan kesihatan untuk beribadah. All these little things that we have to be grateful for. Insyaallah, everything will be okay soon.

Anyway, today's post is about sahur ideas! Memandangkan saya akan menjalani Ramadan di hostel (seperti tahun-tahun sebelum ni 😂), saya nak kongsikan sikit beberapa cadangan menu sahur malas (ye malas 😆) tapi mengenyangkan, hopefully. Malas macam mana pun kena cuba juga untuk bangun sahur okie. Tapi dah nama pun puasa, tak dapatlah nak kenyang sepanjang hari kan 😛 cuma harapnya masih dapat memberikan tenaga sehingga waktu berbuka. Mesti ramai pelajar yang terpaksa tinggal di hostel untuk sementara, sehinggalah kerajaan tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Its okay guys, we are in this together!

Menu yang saya senaraikan ni memang senang nak buat, lagi-lagi untuk pelajar yang duduk hostel. Lets check these lazy menus out.


1. Roti, peanut butter, dan kurma




Untuk roti, saya suka makan roti wholemeal Gardenia. Nak pakai roti putih biasa pun ok je. Peanut butter tu sugarfree dan saya suka jenis yang ada ketulan kacang besar besar tu. Bakar roti (kalau tak bakar pun takpe), sapu peanut butter macam biasa, dan letakkan beberapa biji kurma yang dah dibuang biji dan dipotong kecil. Boleh tambah topping granola kalau ada. Siap!

2. Biskut Digestives dan susu


Three new flavours of McVitie's digestive biscuits have been ...
photo from www.edinburghnews.scotsman.com
These Digestives biscuits are my favourite! Saya kalau makan biskut ni mesti cicah susu sejuk, kalau takde susu tak makan 😝Untuk saya, dalam 5 keping biskut ni dan sekotak kecil susu Dutch Lady dah cukup mengenyangkan. Susu tu kalau sejuk lagi sedap, tapi kalau korang duduk hostel dan takde peti sejuk 😿, minum macam tu pun dah ok.

3. Roti, peanut butter, dan pisang

Snapshot of my previous instastory
Menu ni lebih kurang macam menu pertama tadi, cuma gantikan kurma dengan pisang. Pisang pun tinggi khasiat dan boleh bekalkan tenaga untuk puasa. Kalau ada coklat, boleh patah-patahkan coklat lepas tu tabur atas ni.


4. Biskut Weetameal dan Milo

Jacob's Weetameal 8 Packs 144g - Tesco Groceriesmeal222 - HARUMi

Kalau biskut Digestives tadi sedap dicicah susu sejuk, biskut Weetameal ni pula saya suka cicah dengan Milo panas. Milo saya selalunya kosong je, tak tambah gula atau susu sebab macam tu je dah sedap. Biskut Weetameal ni lebih nipis daripada Digestives, jadi selalunya saya akan makan dalam 8 keping (sepaket ada 4 keping).


5. Quaker Oat Cereal Drink
Quaker Oat 3 In 1 Oat Cereal Original Drink | Shopee MalaysiaQuaker 3in1 Oat Cereal Drink - Matcha Green Tea / Mocha Flavour ...Instant Breakfast Drinks by QUAKER reviews, ratings and best price ...

Ok yang ni paling malas 😂cuma tuang air panas, siap! Oat merupakan sejenis makanan yang lambat hadam, jadi perut akan kenyang lebih lama. Jenama Quaker Oat ni pun ada banyak perisa, jadi bolehlah nak tukar-tukar selera sikit sepanjang sebulan ni.


Ok itulah idea menu sahur malas tapi kenyang yang dapat saya kongsikan, khasnya untuk student yang duduk hostel. Something different than instant noodles haha. Tak perlu ada peralatan memasak (cuma kena ada cerek elektrik/sumber air panas), dan barang-barang lain pun boleh disimpan macam tu je, tak perlu peti sejuk. Kalau anda tak ada makanan-makanan ni semua, rasanya masih sempat lagi nak beli kat Shopee, hopefully they will be able to deliver to your hostels. Macam saya di USM, alhamdulillah kedai runcit kat sini ada jual semua ni. USM siap bagi kupon lagi untuk kami beli makanan dan keperluan lain, terima kasih USM 🥺🥺🥺


Btw, saya ada satu tips untuk simpan biskut kalau tak ada tupperware (a trick that I learned from my roommate back in UKM):



Tadaaa, lipat plastik tu kemas kemas dan sepit je dengan penyepit baju macam ni 😜Trust me it works! Semut tak masuk, biskut pun tak masuk angin haha. #lifehack

Okay guys, thats all from me for now. I am not sure much longer will I be staying in college as a student, its been years. But Im enjoying every moment. There were hard times, there will always be more hard times, but thats life kan. Kita kena sentiasa cuba untuk positif dan percaya, setiap yang terjadi mesti ada hikmahnya. Lets pray for our world to heal soon. Semoga dunia akan kembali pulih dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Thanks for reading!
Salam sayang,
Jaji



You Might Also Like

0 comments