Produk Rambut (Keriting) Kegemaran Saya // My Favourite (Curly) Hair Products

05 May


Ok so we are back at this topic again! Blogpost tentang rambut dalam blog saya ni sentiasa ada pembaca, walaupun dah ditulis bertahun yang lalu. Jelas bahawa isu rambut sentiasa dialami ramai orang, tanpa mengira masa, usia, atau jantina. So I figured why not I share more about this, who knows it might be helpful to anyone out there. Previously I have shared some tips and tricks that worked to save my hair, you may read it from this link below:


 Sebelum saya cerita lebih lanjut tentang produk-produk yang saya dah suka dan cinta ni, jom kita tengok dulu kategori jenis-jenis rambut yang ada.

photo from cosmopolitan.com

Based on the figure above (wah suddenly I feel like Im writing thesis haha), we can see that there are several main types of hair. Susah nak tentukan rambut saya ni kategori yang mana satu, tapi kalau berdasarkan gambar ni, saya rasa rambut saya berada pada kategori Curly 3a. Keriting, maggie tapi tak maggie sangat, dan boleh disikat. Kadang-kadang kalau lepas basuh tu dia akan jadi macam Wavy 2c, tapi biasanya pada kebanyakan masa, dia macam Curly 3a tu lah. Lain jenis rambut, lain cara pengurusannya, sebab tu kadang-kadang ada orang pakai sesuatu produk tu sesuai, tapi bila kita cuba tak menjadi pula. Mungkin sebab jenis rambut masing-masing tak sama. Selepas jenis rambut, ada satu lagi perkara yang kita perlu ambil kira iaitu masalah rambut. Kalau anda tak ada masalah rambut, tolonglah bersyukur sekarang 😭😂You dont know how lucky you are, love!

Bagi saya, masalah rambut yang paling utama ialah keguguran - ya, mimpi ngeri setiap insan 😂Dulu masalah ni lagi teruk, sekarang dah ok sikit, tapi masih ada. Kedua, masalah saya ialah rambut kering dah senang kusut (disebabkan dia keriting, jadi dia senang tersimpul sesama sendiri). Dua masalah ni adalah perkara utama yang saya beri perhatian untuk menguruskan rambut saya. Masalah rambut kita ada banyak punca, dan mungkin puncanya berbeza untuk setiap orang. Mungkin faktor usia, stress, perubahan gaya hidup, pemakanan, dan sebagainya. Keguguran rambut pun boleh terjadi daripada akar atau disebabkan rambut tu sendiri yang putus. Anyway, I will just generally share my experience of using these products based on my hair condition okie.

So after series and series of purchasing hair products, trying them, and testing them , I finally found a perfect combination for my hair routine (for now). Our body will keep changing and so will our hair, but for now, these products are the ones that I use religiously.



Saya akan ceritakan tentang setiap produk ni mengikut turutan pemakaian, bermula dari syampu sampai hair mist. Anda boleh rujuk gambar setiap satu produk berdasarkan gambar di atas ni ok, saya dah susun ikut turutan. dah (rajin kan). Now lets check them out.

1. Syampu 1 - Audace Regan Extra

This is the right shampoo for my hair fall problem. I find that it reduced the amount of hair that falls during washing and during the entire day. It has a nice scent and one bottle could last me around 3 months. Syampu ni sebenarnya ada dua jenis, satu dengan balm mint (macam dalam gambar) dan satu lagi dengan conditioner. Saya dah pakai dua dua dan saya rasa kesannya hampir sama. Saya dah lama juga pakai syampu ni dan mungkin saya takkan tukar syampu untuk masa yang lama juga lepas ni, sebab dah serasi dengan yang ni. Unless if things decided to change, then I will have to change too!


2. Syampu 2 - Alpecin Caffein Shampoo

Ok at first I thought that this shampoo would probably smells like coffee 😂But it definitely does not. Syampu ni warna biru dan bau dia sama macam rupa dia - cuba bayangkan bau warna biru tu macam mana 😆Syampu ni saya pakai selang dua kali lepas syampu pertama tadi. Saya selang-selikan syampu bergantung pada keadaan atau mood hehe. Honestly I think that this shampoo helps to strengthen the hair from breakage, but not for hair fall problems that are caused from the root. Saya tetap sukakan hasilnya sebab masa sikat rambut tu boleh nampak yang rambut putus tu dah makin kurang. Ok do you realised that these two shampoo brands are both from Germany? 😮


3. Perapi/Conditioner - OGX Marula Oil Conditioner

This smells so good! Saya banyak baca ulasan yang bagus tentang syampu dan perapi jenama OGX ni, tapi ni pertama kali saya beli dan terus jatuh cinta. Kandungan minyak marula dalam perapi ni boleh bantu untuk lembabkan rambut. Untuk rambut yang kering macam saya, pemakaian perapi ni buat rambut saya lebih lembab dan lembut, tak rasa kering sangat. Tapi saya rasa kebanyakan perapi lain pun akan bagi kesan sama macam ni, bezanya saya tertarik dengan kandungan minyak marula tu sendiri. Overall this is just fine. I just dont like the shape of the bottle though, masa mandi tangan basah susah sikit nak tuang 😂


4. Serum kulit kepala/scalp serum - Audace Regan Extra

Lepas selesai syampu dan pakai perapi, langkah seterusnya ialah pemakaian serum kulit kepala. Serum kulit kepala ni khas untuk masalah rambut gugur, sebab serum ni boleh bantu untuk aktifkan akar-akar rambut dan tumbuhkan balik rambut yang dah hilang tu. Saya perasan yang ada anak rambut dah mula tumbuh kat dahi lepas pakai serum ni hari hari... but it takes a veryyy long time. More than 3 months, more than 2 bottles. Slowly but surely, maybe? This serum is very calming too because it has that minty fresh feels. Pakai malam-malam sebelum tidur memang best hihi 💫💫💫


5. Serum rambut/hair serum - Multiple Repair Hair Serum Good Virtues. Co

Serum rambut ni pula berfungsi untuk lembabkan rambut (bcs my hair is dry, remember 😂). Honestly this serum from Good Virtues is my all time favourite! I highly suggest that you give it a try. Biasanya saya pakai serum ni kat rambut dan saya elakkan kulit kepala, sebab kat kulit kepala dan pakai serum kulit kepala tadi kan. Serum ni sumpah best, dia akan kunci kelembapan kat rambut saya untuk 2-3 hari, selagi tak syampu rambut selagi tu lah rambut saya akan lembut dan lembab je #loveee


6. Hair mist - dUCk Cosmetics Mist Independent in Nourish

Okay, final touch! When youre done with all of the routine, it is optional to spray some of this mist! I love this one from Duck because it actually lasts quite long and it smells good. The funny thing is, at first I didnt find the smell good at all 😂Hair mist ni ada minyak avokado. Masa mula-mula pakai tu saya kena ambil masa sikit untuk biasakan diri dengan bau dia, tapi lepas tu dah ok. This is my second bottle already! I would spray this at any time of the day just to make my hair smell good hehe.

Anda boleh dapatkan hair mist ni dari sini: https://www.fashionvalet.com/mist-independent-hair-mist-nourish.html

So thats it! 6 items just for the hair 😂Secara luaranya produk-produk ni memang membantu untuk kurangkan keguguran rambut dan buat rambut saya kembali lembab dan lembut, tapi untuk menjaga rambut, banyak lagi faktor lain yang kita kena ambil kira. Its important to take care of your diet, to manage your stress, and to keep an active and healthy lifestyle. Sebelum beli apa-apa, saya akan pastikan untuk buat kajian sebanyak mungkin (baca kat Google, tengok ulasan kat YouTube, tanya kawan-kawan) supaya dapat kurangkan risiko terbeli produk yang tak sesuai. So far, what I listed here works for my hair type. Honestly my hair is one of the features that I love about myself. Masa kecil-kecil dulu semua orang suka sangat panggil Jaji rambut maggie 😂Million thanks to those people who boosted my self confidence as a child.


Speaking of childhood, in the process of growing (mostly from 11-13 years old), I did get mocked by friends my age at that time. Ada yang panggil rambut saya sarang tebuan, nenek kebayan pun ada 😂Its not their fault though, we were just children. They were also influenced by others (mostly adults) around them, and probably the media who used to portray straight hair as the standard for beauty. Tanggungjawab kita yang dah dewasa ni lah untuk pupuk rasa sayangkan diri sendiri dalam kanak-kanak dan untuk hormat perbezaan pada orang lain. Straight hair or curly or afro, we are all awesome! 

Thanks for reading this post up until here guys 😂
Love you!
Jaji

You Might Also Like

0 comments