PhD at USM: My Online Viva Experience

by - November 01, 2020



Alhamdulillah, no words could describe how happy and grateful I am!! After almost three years, I have finally passed my viva with minor correction. Lama betul nak siapkan sebuah tesis, daripada umur mid 20s sekarang dah late 20s dah 🌝I registered in March 2018, changed my research topic in August 2018 πŸ˜…, had my proposal defence in August 2019, and finally viva in September 2020. Mashaallah it felt like centuries.. and to realise that Im finally (almost) done with it is such a blessing 😿♥️ Alhamdulillah.

Anyway, you're probably here to read about my viva experience because you're about to go for your own viva! If that is the case my dear, my prayers are for you! You can do this! Inshaallah. Ok now I'll talk about my viva experience, hopefully it will help anyone who's preparing for their viva right now..πŸ˜„

Photo taken in front of the school, right after viva


My PhD Viva Experience

Persediaan viva saya bermula kira-kira sebulan sebelum tarikh viva. Masa tu tarikh belum keluar lagi, jadi persediaan tu pun masih main-main dan belum betul-betul bersemangat πŸ˜…Tapi dah mula timbul kesedaran untuk buat persediaan tu sebab rasa macam dah lama sangat tak sentuh tesis. Dua minggu kemudian barulah saya terima emel daripada pihak pusat pengajian (di USM biasanya kami panggil school) menyatakan bahawa viva saya akan berlangsung pada Isnin 28/9/2020. Masa terima je emel tu terus rasa macam alamak mini heart attack πŸ˜±πŸ˜‚Berdebar betul!! Lepas dah tahu tarikh tu barulah saya betul-betul mula buat persediaan. Walaupun viva saya diadakan secara online, persediaannya tak banyak beza dengan viva fizikal.



Persediaan:

1. Baca tesis dengan terperinci. By terperinci i mean line by lineee πŸ˜… Satu bab saya ambil dalam 2-3 hari juga untuk baca. 

2. Catat semua kesilapan dan perubahan yang kita perasan, walaupun satu kesalahan ejaan je. Mata pemeriksa lebih tajam, dan kalau boleh masa ditegur dalam viva tu kita dah peka dengan kesilapan tu terlebih dahulu (penting supaya tak ganggu emosi dan boleh jawab soalan-soalan seterusnya dengan tenang).

3. Masa mencatat tu, pastikan kita guna semua teknik catatan seboleh-bolehnya, supaya kita sendiri faham dan hafal. Lipat muka surat, garis, highlight, tulis rujukan (nama penulis, tahun, etc), dan sebagainya. Asalkan kita faham dan ingat.

4. Baca senarai soalan yang berkemungkinan akan ditanya. Sumber rujukan saya ialah http://www.open.ac.uk/blogs/ResearchEssentials/?p=156. Masa master dulu pun saya guna sumber yang sama. Selain tu saya juga buat sesi mock viva dengan kawan-kawan untuk tahu soalan-soalan lain yang mungkin akan ditanya. Masa mock viva pun dah intense, rasa nak nangis pun ada πŸ˜­πŸ˜…

5. Sediakan jawapan siap-siap. Tulis jawapan kepada soalan-soalan tadi supaya mudah dirujuk semasa viva nanti. Saya tulis atas kertas post-it dan tampal atas kad atau dalam tesis tu sendiri mengikut bab dan muka surat. (and it was so helpful! banyak soalan yang ditanya sama macam yang saya dah sediakan tu)

6. Sediakan power point presentation. Kalau di USM, masa viva normal secara fizikal tu memang tak perlukan slaid, tapi disebabkan kali ni viva online, jadi saya sediakan je slaid supaya saya dapat terangkan lebih jelas tentang perkara yang mungkin tak berapa jelas dalam penulisan tesis tu. 




Hari viva:

1. Viva saya dijadualkan pukul 10.00 pagi. Walaupun viva online, saya tetap bersiap dengan penuh semangat siap pakai baju baru hehe..  Pukul 9 dah ada kat school sebab nak guna wifi kat situ.

2. Nervous!! Berdebar tak terkata hahaha. Masa ni saya doa dan selawat banyak banyak. Sambil buka laptop tu tangan dah sejuk dah πŸ˜‚Saya tak sarapan hari tu, cuma bawa bekal susu dan air kosong je. Nak sarapan pun takde mood, nervous sangat πŸ˜…

3. Sekitar pukul 10.30 pagi viva saya bermula. Dalam conference call tu ada pengerusi majlis, tiga orang pemeriksa, wakil dekan, dan penyelia. Surprisingly, sebaik saya mula bercakap dan cerita tentang tesis, semua debaran tu hilang. Fokus masa tu hanya untuk jawab soalan pemeriksa, dan mereka pun mesra je (tapi tegas).

4. Masa viva, perbincangan dibuat mengikut bab dan setiap pemeriksa akan bagi komen dan soalan masing-masing. Kebanyakan soalan yang mereka tanya memang saya dah anticipate, dan mujur ada nota post-it tu, jadi masa nak jawab tu lebih lancar sebab dah ada jawapan.

5. Viva saya tamat sekitar pukul 12 tengah hari. Saya dikeluarkan daripada conference call tu sekejap, dan lepas masuk semula tu pengerusi terus umumkan saya telah lulus Skala 2 (pembetulan minor). "Ok Saudari Zulfati Izazi... tahniah awak dah lulus dengan skala 2..." (lebih kurang macam tu la ayatnya) hUaRghh ya Allah alhamdulillah! πŸ˜­πŸ’›πŸ’›πŸ’›

It literally felt like a burden is gone. Terus rasa lega sangat walaupun banyak pembetulan kena buat nanti πŸ˜… Petang lepas viva tu saya pergi makan (sempat pergi Family Mart beli sofuto), ambil gambar kenangan sikit, dan balik tu terus tidur. Bahagianya masa tidur tu.. lena dia lain macam tau hehe. Its like replacing all those sleeps ive lost in the past 3 years πŸ˜‚Definitely the best day of my life this year, so far. 



Tapi, orang kata, kebanyakan perkara baik mesti akan ada cabarannya dulu. Antara cabaran untuk saya masa tu adalah: seminggu sebelum viva tu ialah minggu pertama saya mengajar kemasukan baru kursus intensif bahasa Inggeris sebagai guru kontrak di pusat pengajian saya. Minggu pertama yang sangat sangat mencabar.. I dont even want to remember how stressed I was. Another challenge was: saya tiba tiba sakit belakang pula, tak tahulah sebab tersalah workout atau sebab ada satu malam tu saya angkat bakul laundry 8kg... sakit sampai nak rukuk pun takboleh πŸ˜…πŸ˜ΏMaybe aging was the culprit too.. haha.

 So basically I was teaching during the day and preparing for viva at night, with back pain some more πŸ˜­πŸ˜‚All I wanted to do was cry and sleep.. but I couldnt, because life is waiting 😠so I had no choice but to be strong and face them all 😠 My family and friends' prayers kept me together πŸ₯Ίand I am so grateful for everything. Alhamdulillah..

To everyone reading this, if youre going through your PhD journey right now, I wish you all the best πŸ’› Believe that you can do this. Things are hard now but its going to be worth it. You are strong and you will come out even stronger, inshaallah..

You May Also Like

0 comments