#catatanperjalanan di Korea (Yongin-si): Minseokchon (Korean Folk Village), Bojeongdong Jukjeon Cafe Street (thrift shop!)

by - August 10, 2021


Hello and assalamualaikum yeorobun 😛 welcome back to my blog!

Hari ni saya nak cerita tentang beberapa tempat yang saya dah pergi sepanjang di Korea ni. Dalam post ni saya akan fokus pada Yongin, tempat terletaknya kampus saya. Yongin ni besar dan ada banyak juga tempat menarik macam Minseokchon, Jukjeon Cafe Street, dan Everland (ni saya belum pi lagi).

I wish I had gone out more, but the reality is its quite challenging to go out and one of the reasons is because I feel like its so challenging to find proper toilets and prayer place. Tandas kat sini memang kebanyakannya tak ada air 😅Ok je kalau dah terpaksa tu, cuma kurang selesa sikit. Kalau dah rasa kurang bersih tu, nak solat pun tak berapa yakin kan 😥 Tapi tu awal-awal dululah, sekarang saya dah mula biasakan diri dan lebih bersedia. Di bahagian akhir post ni saya akan kongsi sikit beberapa tips untuk anda yang mungkin nak datang jalan-jalan ke Korea satu hari nanti (once covid is finally over).

Btw, Yongin is a city in Gyeonggi province. Yongin ni tak jauh dengan Seoul, kalau saya naik bas tu dari kampus ke Seoul tu biasanya dalam sejam setengah.


Now lets check out these places that Ive been to so far. Happy reading!

(1) Minseokchon (Korean Folk Village), Yongin


Saya pergi tempat ni masa musim bunga hari tu, masa tu masih sejuk dan cantik sangat 😍Kami sewa hanbok (saya pilih warna ✨kuning). Hanbok ni boleh disewa seharian dan boleh pakai untuk jalan-jalan dalam Minseokchon tu (kedai hanbok ni kat luar, dekat dengan tempat letak kereta sebelum masuk pintu utama Minseokchon). Beg comel tu pun kedai ni dah sediakan. Kalau bayar guna kad, harga sewa beg tu dikira asing, tapi kalau bayar tunai boleh terus sewa beg tu sekali, percuma je. Disebabkan masa kami pergi ni masih sejuk, pakai hanbok berlapis dengan baju sendiri kat dalam pun tak rasa panas.


Minseokchon ni besar, hampir tiga jam kami jalan-jalan dalam tu. Dapat tengok macam-macam reka bentuk rumah tradisional Korea. Contohnya, rumah rakyat biasa berbeza dengan rumah orang kerajaan. Dalam ni juga ada beberapa pertunjukan yang disediakan untuk pengunjung, tapi sayangnya kami tak sempat tengok, sebab pertunjukan yang pertama tu baru je habis masa kami sampai, lepas tu pertunjukan kedua pula dah ramai sangat orang beratur nak masuk. Jadi takpe, kami teruskan je jalan-jalan dan ambil gambar 📸

contoh rumah "choga", rumah rakyat biasa masa zaman Dinasti Joseon dulu

Untuk makan tengah hari, kami dah bawa bekal (Ibu Munira buatkan mi goreng 😻). Lepas tu, kami sambung jalan-jalan dan ambil gambar lagi. We took SO MANY PHOTOS and even asked strangers to help take our video hahaha 😂. After a few hours, we returned the hanboks and went back.

2. Bojeongdong Jukjeon Cafe Street


Kali pertama saya datang ke Cafe Street ni dengan ketua jabatan saya, Prof Song. Beliau bawa kami jalan-jalan dan makan kat sini. As the name says, there are a lot of cafes here! Ada banyak pilihan kafe untuk sesi mengeteh atau mengopi hehe. Kawasan ni tak besar, tapi comel dan cantik untuk ambil gambar. Tempat ni juga pernah jadi tempat penggambaran beberapa k-drama. 

Prof Song dan Ibu Munira



Kami makan kat kedai ni, saya makan salad udang

Kali ketiga saya datang sini, baru perasan ada satu thrift shop yang jual baju timbang kilo. Kat kedai ni kita pilih je barang, tak kira berapa helai pun, dia akan timbang je. Saya beli satu trench coat dan satu cashmere blend coat untuk musim sejuk, dua-dua tu baru dalam 30 ribu won. Yang cashmere blend coat tu jenama JONUS. Saya pernah tengok coat JONUS ni kat Shinsegye (gedung macam isetan/Parkson kat Malaysia). Kalau tak salah saya, harga satu coat yang baru dalam 100 ribu won (lebih kurang RM400). Coat yang saya beli tu cantik sangat lagi, dan baru dalam 15 ribu je. What a steal! As a thrifter I enjoyed the discovery of this thrift shop so much hehehe 🌝

the hot pink cashmere coat

Tips jalan-jalan di Korea

1. Korea memang maju dari segi pembayaran tanpa tunai, sebab banyak benda boleh bayar guna kad. Tapi kalau pergi shopping, boleh bawa duit cash siap-siap. Biasanya kedai-kedai kat sini akan bagi diskaun kalau kita boleh bayar guna cash. 

2. Sentiasa bawa tisu dan tisu basah ke mana saja anda pergi ✨Disebabkan tandas kat sini biasanya tak ada air, tisu basah sangat membantu.

3. Selain tisu basah, boleh bawa botol air yang kosong. Nanti boleh isi air kat sinki sebelum masuk tandas.

4. Untuk Muslim, kalau terpaksa, boleh solat dalam fitting room. Biasanya kedai-kedai macam Uniqlo, Zara, ada fitting room bertutup yang sesuai untuk solat. Saya biasanya bawa telekung dan sejadah siap-siap.

5. Guna aplikasi Naver untuk navigate perjalanan anda. App ni sangat memudahkan sebab kalau kita tak pernah datang Korea pun, app ni boleh tolong kita sampai ke destinasi. Maklumat yang dia bagi sangat terperinci, macam nombor bas, nombor exit dekat stesen subway, dan waktu ketibaan bas.

Korea sangat mesra solo traveler, dan saya rasa selamat untuk perempuan datang jalan-jalan walaupun seorang, inshaallah. Some knowledge in the Korean language would be an advantage. But even if you dont, dont worry! Orang Korea secara umumnya agak ramah dan suka membantu.

Okay yeorobun, thats it for now. I hope the tips are helpful. More jalan jalan posts coming soon!

You May Also Like

0 comments