Macam mana mohon kerja di Korea?: FAQs about my job in Korea // Soalan-soalan tentang kerja saya di Korea

by - July 25, 2021




FAQs?? I feel like some company website trying to answer the frequently asked questions from their customers πŸ˜† Sejak saya mula bekerja di sini, saya ada terima soalan-soalan seperti "macam mana sis mohon kerja kat sana?", atau "awak kerja apa kat sana?" Dalam post ni, saya akan cuba jawab soalan-soalan tu, dan beberapa soalan berkaitan kerja atau Korea yang sering saya terima. My intention of sharing this is just to clear some things up for those who asked, and if anyone find it helpful, I would be very happy to have helped. Happy reading!

Soalan 1: Kerja apa di Korea?

Saya bekerja sebagai Assistant Professor di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS). HUFS ada dua kampus, satu kampus utama di Seoul dan satu lagi kampus global di Yongin-si, Gyeonggi-do. Saya di kampus global. Kat sini, kalau jawatan sebagai tenaga pengajar mereka akan panggil Profesor juga, tapi kalau di Malaysia gelaran Prof. tu hanya untuk mereka yang dah ada full professorship. Kalau di Malaysia, jawatan Assistant Professor ni sama dengan jawatan Pensyarah.

my first work name card


Soalan 2: Kerja pensyarah? Mengajar apa?

Saya mengajar kursus-kursus bahasa Melayu sebagai bahasa asing kepada pelajar-pelajar di sini yang hampir kesemuanya orang Korea. Mereka mengambil bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai jurusan utama ijazah sarjana muda mereka, dan ada juga yang mengambil subjek ni sebagai minor. Subjek-subjek yang saya ajar untuk semester lepas (dan semester akan datang) ada 12 jam kredit untuk setiap semester. Salah satu contoh subjek yang saya ajar ialah "Introduction to Malay-Indonesian Linguistics".


a gift from my students for my first teachers day in korea



Soalan 3: Macam mana mohon kerja di Korea?

Saya dah pernah jawab dalam IGTV dulu, tapi saya akan catatkan lagi sekali di sini. Sebenarnya saya tak mohon, macam betul-betul "mohon" yang tengok iklan jawatan kosong dan isi borang semua tu, dan saya sendiri tak pernah terfikir akan dapat peluang untuk bekerja di Korea. Peluang tu datang melalui seorang pensyarah di UM yang kemudiannya menyampaikan nama saya kepada seorang lagi pensyarah di UM juga, dan pensyarah tu cadangkan pula nama saya kepada pensyarah yang bertugas di HUFS. Lepas tu baru saya hantar resume, sebenarnya ini dikira proses permohonan juga la, tapi pada awalnya saya sendiri takkan tahu tentang jawatan kosong ni kalau bukan sebab pensyarah UM tu cadangkan nama saya. Walaupun masa tu saya masih belum tamat PhD secara rasmi, mereka dah bersetuju untuk ambil saya bekerja di sini. Alhamdulillah ada rezeki..

Soalan 4: Buat PhD bidang apa?

Secara umumnya, saya buat PhD dalam bidang linguistik. Saya buat kajian Analisis Wacana (Discourse Studies) dan Sosiolinguistik, yang digabungkan dengan elemen-elemen daripada bidang Computer-Mediated Discourse. Im still very new at this. Masih banyak yang perlu saya belajar tentang bidang ni, dan masih banyak yang saya masih belum faham sepenuhnya. To be honest.. there are days when I think my PhD thesis wasnt good enough, but then again there is no such thing as a perfect thesis. I have to make peace with this.. because its over now, dah tak boleh ubah apa-apa dah kat tesis tu. Its done πŸ˜‚πŸ˜…

Soalan 5: How are you so positive??

I dont know?? Because im not that positive?? πŸ˜‚Soalan ni tak berapa ada kaitan dengan kerja atau Korea, tapi pernah juga saya terima melalui DM (mungkin sebab medial sosial saya nampak macam banyak ✨positive vibes✨ haha) Tbh its impossible to stay positive ALL the time. Cuma saya selalu elak daripada kongsikan apa-apa yang negatif di media sosial, lagi-lagi kalau tengah sedih atau marah. Positif bukan bermaksud kita tak ada perasaan negatif langsung, tapi lebih kepada rasa percaya yang perkara-perkara negatif tu sementara je. Social media is a dangerous place sometimes but I hope it can be a happy place.. πŸ’œIf we spend a lot of time on social media, its important for us to keep it positive as well. Block je mana mana akaun atau content yang kita rasa negatif kalau perlu. Just keep doing whatever that makes us happy, because in the end we are the ones responsible for our happiness πŸ’› One more thing that i like to tell myself whenever im feeling negative is: nothing lasts forever. so the problems and all the negativity we are facing will also eventually come to an end inshaallah..

Soalan 6: Sis memang minat Korea ke?

😒Sebenarnya sebelum datang sini saya tak pernah tengok kdrama langsung.. kecuali Stairway to Heaven yang saya pernah tengok masa sekolah rendah. Lagu-lagu kpop pun saya tahu macam tu je. Huargh i was missing out on so much?? πŸ˜…Ramai kawan-kawan ajak tengok kdrama sebelum ni, tapi saya tak tengok sebab takut terjebak dan takut nanti susah nak berhenti haha. Lepas dah duduk sini, barulah saya mula tonton kdrama dan... ternyata saya dah terjebak πŸ˜†Saya mulakan dengan Start Up, lepas tu Crash Landing on You, lepas tu Vincenzo... dan lepas tu dah tak terkira dah haha. Sekarang saya dah rasmi menjadi peminat kdrama 😎



Soalan 7: Pandai cakap Korea ke?

Saya masih belajar. Saya baru mula belajar sejak datang ke sini. Setakat ni dah boleh pesan air kat kafe, dah boleh minta resit lepas bayar, dah boleh tanya tandas kat mana... ok tu je πŸ˜†

Soalan 8: Berapa lama duduk di Korea?

Buat masa ni kontrak saya untuk setahun, dan boleh diperbaharui untuk setahun lagi bergantung pada keadaan nanti. Mereka kata memang kontrak untuk pensyarah asing tak lama, biasanya dalam setahun dua macam tu. Walaupun tak lama, pengalaman di sini memang sangat berharga untuk saya. Saya cuba belajar sebanyak mungkin dan manfaatkan setiap waktu saya di sini, inshaallah. Kalau ada peluang lagi, selepas beberapa tahun mungkin mereka akan panggil kita semula untuk sesi yang akan datang nanti.


Ok, I think thats all the FAQs for now! Saya faham ramai yang tanya tentang cara mohon kerja tu sebab anda juga mahu cuba peluang yang sama. I would definitely tell if I could! Walaupun saya tak berapa pasti cara sebenar untuk mohon jawatan ni, tapi satu perkara yang saya boleh beritahu ialah: sentiasa ambil semua peluang yang ada selagi mampu. 

Ada orang tawarkan anda bekerja sementara walaupun bukan kerjaya impian anda? Terima dulu.

Ada orang berikan anda tanggungjawab untuk menyelesaikan sesuatu tugasan? Terima dulu.

Ada peluang datang tapi anda tak yakin anda mampu buat? Cuba dulu.

Kita tak tahu, mungkin laluan untuk ke sesuatu yang lebih baik tu sebenarnya perlu melalui perkara-perkara yang mungkin kita agak berat hati untuk buat tu dulu. Sebenarnya, saya perlu menangguhkan pendaftaran PhD saya pada tahun 2017 sebab saya perlu kerja dan menabung dulu untuk bayar yuran PhD. Jadi masa tu, saya bekerja sebagai Pembantu Penyelidik (research assistant) di UM. Tahun 2018 baru saya dapat mendaftar. Tiga tahun kemudian, penyelia saya di UM itulah yang mencadangkan nama saya untuk jawatan di HUFS ni. Rupa-rupanya inilah hikmahnya saya terpaksa menunda perancangan untuk daftar PhD lebih awal dulu. Its the rezeki that comes in the form of unexpected chances.. πŸ’›and I am thankful to everyone who trusted me with this.


If you have the dream of working abroad, never let that dream die. Keep exploring your chances, if its meant to be yours, it will be. Kalau masih belum dapat apa yang kita nak, mungkin ada sesuatu yang lebih baik nanti.

Thanks for reading guys, until my next post! πŸ˜„πŸ’•

You May Also Like

0 comments