#catatanperjalanan di Korea: Seoul - Myeongdong - My Fav Place in Seoul

by - September 11, 2021



 There are several reasons why Myeongdong is my fav place in Seoul:

1. Its the place my cousin Nelly suggested to me when I first arrived in Korea (masa tu tengah lost lagi)

2. Its the first place I visited in Seoul after quarantine, with the help of a student assistant

3. There is a bus from my campus that takes me directly to Myeongdong within 1 and half hour

4. There is a halal restaurant nearby (Bakso Bejo, Safron) and there is a prayer place there too

5. I usually go out to buy things and Myeongdong itself is a shopping district! ๐Ÿ˜œ



my first photo here


Kedai Apple (Frisbee di Myeongdong

Ada beberapa kedai yang saya akan masuk setiap kali datang ke Myeongdong (walaupun tak beli). Antaranya Zara, H&M, Skechers, dan Innisfree.  Kat sini juga ada kedai kasut yang murah ala-ala Al-Ikhsan kat Malaysia, namanya ABC Mart. Kasut kat sini ada jenama macam Adidas, Nike, Puma, Reebok, dan memang murah berbanding kedai-kedai lain. Saya juga selesa datang ke Myeongdong sebab pekerja di kawasan ni kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris, jadi mudah untuk saya yang masih baru belajar bahasa Korea ni. Ada banyak kedai-kedai kosmetik kat sini yang jual facial mask tu dalam kuantiti yang banyak, sesuai untuk beli sebagai buah tangan. Bukan facial mask je, hand mask, foot mask semua ada. 

happy with my free skechers shopping bag!

Di kawasan Myeongdong ni juga ada banyak kafe-kafe popular macam A Twosome Place, Angel-in-us, Starbucks, Coffee Bean, Osulloc (kedai teh Korea), dan kedai boba macam Gong Cha dan Tiger Sugar. Kafe kucing pun ada, tapi tak puas pergi kafe ni sebab kucing-kucing dia semua malas nak layan orang ๐Ÿ˜นDiorang duduk jauh-jauh kat sudut sudut, lepas tu peraturan kat kafe ni tak boleh angkat kucing tu, boleh usap je.

cubaan mengusap kucing tanpa mengangkat ๐Ÿ˜น

Sebenarnya sejak Covid, banyak kedai yang dah ditutup kat sini. Orang pun tak seramai macam dalam gambar yang saya jumpa di Google. Kedai halal macam Kampungku dan Busan Jin pun dah ditutup. Saya percaya bukan di sini je, tapi di mana-mana tempat dalam dunia pun mengalami benda yang sama. Mungkin akan ambil sedikit masa lagi untuk dunia kembali seperti dulu, atau mungkin juga dunia akan semakin berubah lepas ni. Anyway, Im just glad to have the opportunity to explore Korea right now.

balai polis di Myeongdong (comel sangat!)

my most recent pic in Myeongdong

Selagi saya masih di sini mungkin Myeongdong akan tetap jadi tempat kegemaran saya. Kadang-kadang kalau saya rasa nak buat kerja kat kafe pun saya akan datang sini walaupun kena naik bas hampir tiga jam pergi balik. Thats how much I love Myeongdong ๐Ÿ˜œ๐Ÿ’•Nanti sebelum balik Malaysia for good saya mesti akan datang Myeongdong lagi untuk beli buah tangan. Sedar tak sedar dah 8 bulan dah saya kat Korea! Time flies. Lets enjoy every moment while we still can ๐Ÿ’•Its fall now and I cant wait to FALL in love with the red and yellow trees ๐Ÿ’›

You May Also Like

0 comments