Pengalaman Terbang ke Korea Semasa Covid-19

by - November 18, 2021


Baru-baru ni saya ada terima surat peringatan "extension of stay", maksudnya visa saya dah hampir tamat dan saya kena hantar beberapa dokumen untuk membolehkan saya terus tinggal di Korea lagi. 

Dah hampir setahun rupanya saya kat sini, teringat pula semua pengalaman masa mula-mula nak datang kerja kat Korea ni dulu. Kira-kira 8 bulan lepas... *jeng jeng* bermulalah perjalanan saya ke Korea. Tapi sebelum nak mulakan perjalanan tu, ada macam-macam urusan yang saya kena selesaikan. Ditambah pula dengan Covid, makin banyak urusan tu. Setakat ni, walaupun 8 bulan dah berlalu, setahu saya prosedur dan urusannya masih sama, cuma ada perubahan-perubahan kecil je. Ok lah, kalau nak tahu pengalaman persediaan saya ke Korea pada awal tahun 2021 hari tu, jomlah baca post ni... *terimalah*

1. Surat tawaran bekerja

Disebabkan Covid, kita tak boleh ke luar negara atau masuk ke negara orang lain dengan bebas *cry*. Perlu ada sebab yang mewajibkan perjalanan tu, macam kerja atau belajar. Perlu ada surat tawaran sebagai bukti. Lepas dah ada surat tawaran ni, barulah kita boleh mula buat permohonan visa.

contoh surat tawaran bekerja/certificate of planned employment


2. Permohonan visa

Permohonan visa ni kena buat di kedutaan. Masa saya terima tawaran rasmi untuk bekerja di HUFS tu, saya masih di Penang. Masa tu saya masih dalam proses nak siapkan pembetulan tesis dan tengah PKP lagi, jadi saya tak dapat nak balik KL untuk pergi ke kedutaan Korea tu. Saya telefon mereka untuk tanya kalau dokumen tu boleh pos atau minta wakil yang tolong hantar, tapi mereka kata tak boleh. Mesti datang hantar sendiri juga. Jadi saya terpaksa tangguh permohonan visa beberapa minggu dulu untuk selesaikan semua urusan di USM (submit pembetulan tesis, kosongkan bilik, etc). Lepas dah selesai semua barulah saya balik KL (sekali dengan harta lepas 3 tahun kat USM ๐Ÿ˜…).

Lepas dah ada kat KL, saya pun dengan bersemangatnya rancang untuk pergi ke kedutaan. Sebelum pergi, kita kena buat appointment dulu melalui https://consul.mofa.go.kr/en/main.do Kena create account dan log in dulu sebelum boleh buat appointment. Lepas dah buat, kita akan terima satu penyata macam ni:

Sebenarnya, nak dijadikan cerita (cerita sedih ๐Ÿ˜‚), ada sesuatu yang berlaku masa saya dah sampai di kedutaan, dah siap dengan semua dokumen, dah masuk dan tengah beratur dah. Lepas dah masuk ke kawasan kedutaan tu, mereka ada sediakan kerusi untuk kita duduk kat luar sambil tunggu giliran untuk masuk ke dalam pejabat tu. Masa tu saya sempat berkenalan dengan seorang pelajar yang akan ke Korea untuk sambung master, namanya Aqilah. Aqilah beratur depan saya, dan lepas Aqilah keluar, saya pun dah semangat bangun dan angkat fail sambil flip shawl (dramatic effect), dah bersedia nak masuk pejabat tu. 

Tiba-tiba...

ada seorang lelaki Korea keluar dan beritahu saya suruh balik. Saya pun macam what, why?? Rupa-rupanya... pada hari yang saya datang tu, baru je ada kes positif Covid yang datang daripada pemohon visa lain, jadi mereka terpaksa tutup pejabat secepat mungkin untuk sanitasi pula. Tak ada rezeki saya nak hantar permohonan pada hari tersebut, walaupun memang dah giliran saya untuk masuk. Jadi saya kena balik dan ulang semula proses buat appointment tu untuk minggu depannya pula.

Seminggu kemudian, alhamdulillah saya berjaya hantar permohonan visa, dan saya kena semak status permohonan tu secara online di https://www.visa.go.kr/openPage.do?MENU_ID=10301. Masa tu hampir setiap hari saya buka dan semak status, masih tak ada apa-apa, sehinggalah satu hari tu...

application status: approved!

...akhirnya status saya dah berubah daripada "under review" kepada "approved"!! wehoo alhamdulillah. Lepas dah approved, kita boleh muat turun satu dokumen bernama "visa grant notice".



p/s: Dokumen untuk permohonan visa masing-masing bergantung pada jenis visa tu juga. Kalau macam saya masuk dengan visa kerja, dokumen tu termasuk surat tawaran bekerja, kalau masuk sebagai pelajar, kena ada surat tawaran belajar. Selain tu ada lagi urusan lain macam kena buat pemeriksaan kesihatan, Tuberculosis screening, dapatkan borang visa eligibility daripada universiti, dan lain-lain. Boleh rujuk di https://overseas.mofa.go.kr/my-en.

Lepas dah dapat visa tu, tu saya dah boleh maklumkan kepada HUFS untuk mereka uruskan tiket penerbangan saya pula. 

3. PCR Test

Disebabkan sekarang zaman Covid, sebelum terbang tu saya kena buat swab test dulu (72 jam sebelum). Saya buat PCR test di Klinik Putrijaya di Bandar Sri Permaisuri, dekat dengan rumah saya. PCR test tu drive thru, dan keputusan tu mereka akan bagi keesokan harinya. Alhamdulillah urusan PCR test berjalan lancar dan keputusan saya negatif..

4. Terbang ke Korea

Disebabkan tiket saya dibeli oleh pihak universiti, saya tak perlu uruskan apa-apa tentang tiket. Tahu-tahu dah siap beli.. cuma saya kena beli insurans perjalanan sendiri dan kena bayar sendiri untuk bagasi tambahan. Berat beg saya masa tu dalam 60kg juga la ๐Ÿ˜‚Makanan je dah satu beg besar haha.


Sebelum dapat lepas ke boarding gate, kastam memang akan tengok semua dokumen kita sebelum dia cop pasport. Jadi penting untuk kita bawa semua dokumen penting termasuklah keputusan PCR test, surat tawaran bekerja, visa grant notice, dan lain-lain.

Saya naik Korean Air. Masa check in tiket tu, saya ada tanya kepada pekerja di kaunter tu tentang makanan atas flight nanti, sama ada halal atau tak. Akak tu kata "kalau terbang dari Malaysia semua halal dik". 

Lepas tu, fast forward to the part in the flight - after all the hugging with family and pushing my cabin bag dramatically - masa saya tengah tidur dalam flight... saya dikejutkan oleh seorang pramugari. Dia tanya, "miss, do you want Korean style rice with pork, or Chinese style rice with chikin?" ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎMasa tu saya terkejut jugalah dengar pork haha sebab tadi akak kat kaunter tu kata kalau flight yang dari Malaysia semua halal ๐Ÿ˜‚

Takpa, saya pilih je rice with chikin tu tapi saya tak makan sebab was-was ๐Ÿ˜… 6 jam lebih juga saya dalam flight, nasib baik ada bekal biskut. Selebihnya saya tidur je sebab flight pun malam, tahu-tahu dah sampai. Kebetulan row yang saya duduk tu memang saya sorang je, jadi makin best tidur siap baring semua hehe..

Saya sampai di Korea kira-kira pukul 5 pagi. Lepas dah sampai tu, masih ada banyak prosedur yang perlu dilalui. Kami perlu beratur dan install satu aplikasi untuk mereka pantau kita masa kuarantin nanti, perlu isi beberapa borang, dan mereka akan tengok kesihatan kita juga. Kalau badan panas, ada simptom Covid, kena tahan dan tak boleh keluar airpot macam orang lain ๐Ÿ˜…Alhamdulillah saya tak ada simptom dan lepas kira-kira sejam setengah melalui prosedur tu, saya dah boleh pergi ke ruang menunggu untuk dijemput oleh pemandu yang dihantar oleh universiti. Kemudian bermulalah sesi kuarantin saya..

first selfie in Korea! at the airport

Jadi itulah sedikit pengalaman saya pergi ke Korea semasa pandemik ni.. ni pun saya dah ringkaskan, kalau tak sebenarnya macam banyak lagi nak cerita ๐Ÿ˜‚I record it in this blog so I wont forget the memories.. and may its helpful to anyone whos coming to Korea in this Covid era. 

Now I need to get back and settle the extension of my stay here because Im staying a bit longer than a year. Tolong doakan semuanya berjalan lancar tau. See you in my next post!

You May Also Like

0 comments