Kenangan Bertunang dari Jauh // My Virtual Engagement

by - December 13, 2021



๐Ÿ’I never imagined that I would one day get engaged in a hanbok, away from home. It was surely a moment to remember!

Saya dan keluarga buat keputusan untuk bertunang dari jauh memandangkan masa agak suntuk kalau nak tunggu saya balik dari Korea nanti. Saya dan tunang pun dah bersedia untuk terus melangsungkan perkahwinan lepas saya balik ke Malaysia nanti (inshaallah), jadi kami pun putuskan untuk bertunang secara maya. Thanks to technology, this is all possible!


My tunang outfit, a hanbok

I only brought one baju kurung to Korea and I had worn it for raya a few times before. So for my engagement, I wanted to wear something special, and since Im in Korea, I decided to wear a hanbok. A few days before tunang, I was searching for a hanbok rental place near campus. One evening after class, I was talking to one of my students, Farida while we were walking to go back. I told her about my plan to wear a hanbok for my engagement, and she happily helped me find a hanbok from her friend! So I got to borrow the hanbok for free! Alhamdulillah. Satu urusan dah dipermudahkan. Terima kasih Farida! 


Pelamin dan hantaran tunang

Walaupun saya di Korea, rumah di KL tetap kena berseri. Saya tempah pelamin tunang ringkas daripada @pelamin_by_erynasyraf. Eryn ada bagi beberapa contoh pelamin, dan saya pilih pelamin putih dengan bunga-bunga merah sebagai penyeri. Eryn datang pasang pelamin sehari sebelum majlis dan semuanya dipasang dengan baik. Tak ada caj tambahan pun untuk penghantaran dan pemasangan, semuanya dah termasuk dalam harga pelamin. Eryn siap sediakan karpet putih lebih lagi atas permintaan saya, untuk bagi rumah lagi berseri dan tetamu lagi selesa duduk.

Untuk hantaran pula, saya berikan 7 dulang untuk pihak lelaki. Gubahan hantaran saya tempah daripada @little_lilys_creations. Saya minta tolong sahabat saya, Nuur Syuhada Tarmizi untuk ambilkan barang hantaran dari rumah dan hantar ke rumah tukang gubah ni. Terima kasih Syu ๐Ÿ’•Untuk hantaran ni saya pilih dulang warna dengan hiasan bunga-bunga besi warna emas dan kelabu. Cantik sangat! Saya puas hati dengan hasil tangan Mira (pemilik Little Lilys Creations). Terima kasih Mira!


Jamuan tunang di Cheras

Untuk jamuan di Cheras, saya gunakan perkhidmatan katering daripada Farhana Catering Bangi. Kami pesan makanan untuk 40 orang je tapi Frafrooo kata banyak macam untuk 100 orang haha. Untuk kerusi dan meja pula kami tempah daripada @chiavarina.official. Servis mereka sangat baik, datang pasang tepat waktu dan kualiti kerusi meja pun terbaik. Kalau ada sesiapa yang teringin nak kerusi chiavary untuk majlis tu boleh cuba tengok instagram chiavarina ni.


Jamuan tunang di Yongin-si

Selama ni saya seorang-seorang je di Korea, tak ada saudara dan tak ada kawan yang betul-betul rapat. Kenalan tu ada, tapi biasanya jumpa waktu jalan-jalan je. Mereka pun sibuk dengan urusan masing-masing. Tapi satu hari tu, saya dapat DM di instagram daripada seseorang bernama Tasya, katanya dia pelajar USM dan akan datang ke HUFS untuk satu semester. Kebetulan pula Tasya anak buah Dr Roshidah (sv saya masa kat UM dulu). 

Tasya (kiri), Pijah (kanan)

At first I was like, okay, at least there is another Malaysian here that I can say hi to. Because I thought, given the age difference (6 years) and the short time of knowing each other, how close can we even be. To my surprise, we got along so well! We became so clingy in a very short time. So Tasya and her friend Pijah (now my friend also haha) had the chance to witness my tunang ceremony, and luckily I was in the mood to cook ๐Ÿ˜œ

Tunang hari Ahad, tapi saya dah masak lauk siap-siap hari Jumaat malam tu. Sebab hari Sabtu saya dah kena pergi Seoul untuk ambil hanbok, dan kalau dah pergi Seoul tu biasanya memang seharian (perjalanan pergi balik je dah 4 jam). Ahad pagi dah majlis. Tinggal hari Jumaat je nak masak. Kalau kita tengok cerita krismas kan, dia ada drama sana sini lepas tu tahu-tahu makanan krismas semua dah siap, hadiah dah siap balut, pokok dah siap hias. Realitinya, saya yang masak ringkas-ringkas untuk tiga orang macam ni pun dah makan masa 5-6 jam. Dapur ada satu je, jadi kena tunggu satu lauk siap baru boleh mula masak lauk lain. Belum lagi masuk cerita pergi Daiso beli mangkuk semua. Saya pun kagum dengan kerajinan saya buat persiapan macam ni haha ๐Ÿ˜†


I made kurma daging and ayam masak merah (my Korea version recipe without bawang merah!) to be eaten with nasi hujan panas. Nasi tu tak berapa menjadi rupa dia, mungkin sebab saya tersalah sukatan air. Saya sebenarnya jarang masak guna beras ni, ni beras siam yang saya beli daripada ibu Munira (pensyarah Indonesia) semester lepas. Anyway, Im glad that my simple jamuan tunang went well! Tasya and Pijah loved the food. Malam tu pun kita orang makan malam lauk sama juga hehe.

Majlis pertunangan

Alhamdulillah, majlis pertunangan saya telah selamat dijalankan pada pagi Ahad, 5/12/2021. Keluarga pihak lelaki dari Johor datang ke rumah keluarga saya di Cheras. Saya menyaksikan urusan pertunangan saya semuanya melalui Google Meet.

There were some setbacks though. Makcu sekeluarga dan Atuk terkena Covid, jadi mereka tak dapat datang memeriahkan majlis walaupun Makculah antara yang paling semangat nak tolong-tolong masa majlis ni hehe. Kek hantaran pun Makcu yang sponsor. Terima kasih Makcu ๐Ÿ’•

At first I was a bit nervous, but then Im happy because we managed to plan this all within two weeks! Alhamdulillah. Jadi, inilah kenangan saya bertunang secara maya. Kenangan yang akan diceritakan kepada anak cucu nanti. Semuanya berjalan lancar dan saya berterima kasih sangat kepada semua yang membantu! ๐Ÿ’›

So I guess my blood is officially sweet now? ๐Ÿ˜œ

You May Also Like

0 comments